Sebelum menulis lagi panjang, Cikza hendak bagitahu sesuatu. Tempoh hari Cikza tersalah setting blog ni kepada Private agaknya. Patutlah visitor zero tempoh hari. Huhu...minta maaf ye readers sekalian~ Tak disengajakan. Kalau ada yang tersalah faham, saya minta maaf sekali lagi.
***********************************************************************************
Semalam bercakap dengan umi. Umi pesan kena banyak berdoa. Doalah yang baik-baik. Kadang-kadang ada benda di luar kemampuan kita. Kita usaha macam mana bagus pun, kita tak akan dapat kalau kita tak minta dari Allah.
Hmmm..betul apa umi cakap. Apa-apa yang kita hendak, kita kena sandarkan pada Allah. Sebab Allah adalah pemilik semua benda di dunia ni. Apatah lagi diri kita. Kalau kita susah, kita kena bagitahu Allah. Kalau kita sakit pun kita kena bagitahu Allah. Kadang-kadang diri ini khilaf. Selalu tersebut di FB kalau sakit. Kalau ada yang tidak senang, abaikan je lah. Kadang-kadang kesakitan itu perlu dikongsi. Tetapi kalau penyampaian tentang rasa sakit itu membuatkan orang rasa menyampah, apa perlu buat. Cikza tidak mampu nak buat semua orang suka pada Cikza dan kata-kata Cikza. Selepas ni, InsyaAllah tiada lagi sebarang rungutan. Terima kasih di atas teguran kalian.
Sebelum berundur, Cikza mohon doa rakan-rakan pembaca sekalian. Doakan salah seorang senior Cikza yang sekarang menghidap Acute Leukimia semoga pulih daripada penyakitnya. Punca penyakit kemungkinan dari chemical pollution dan seterusnya mengaktifkan sel-sel kanser dalam diri dia. Setiap dari kita ada sel-sel kanser. Jadi, jagalah kesihatan dan pemakanan kita. Jangan jadikan gaya hidup tidak sihat dan makanan sebagai asbab kita mendapat penyakit. Yang sedap itulah yang membahayakan!
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Please leave ur comments wisely =)