Pengikut

Selasa, 2 Oktober 2007

{MPP} tergalasnya amanah di bahuku....


seminggu yang lepas, bermulalah hidupku dalam ketidakpastian..dari saat penamaan calon, hidupku dilanda kerisauan.mampukah aku memikul semua ini?? kutabahkan hati, kuatkan semangat utk meneruskan perjuangan ini. mantan-mantan mpp dan senior-senior byk membantu dan mendorongku..rakan-rakan seperjuangan juga turut sama memberi tunjuk ajar. seminggu berkempen merupakan dugaan paling besar dan juga kenangan manis yang tidak mungkin dilupakan. malam manifesto pertama sangat mengujakan semua mahasiswa UMP. debaran memang tidak dapat dielakkan. inilah kali pertama aku berhadapan dengan semua ini. setiap perkara pasti ada kali pertamanya...kujadikannya kenangan indah dalam hidup...selama 4 mlm manifesto berlangsung, aku sempat turun utk 2 mlm. kadang-kadang kesian dekat zafar n k.luqluq yang pening dgn karenah kami semua. minta maaf ek mantan-mantanku...hehe..maka tibalah harinya..2 oktober merupakan hari yang penuh debaran...sepanjang hari x senang duduk..maklumlah saingan calon FKKSA sangat sengit.semuanya berpotensi...tepat pukul 5.05 petang, maka pengumuman keputusan pilihan raya diumumkan oleh yg. bhg Prof. Dr. Abdul Jalil bin Borham, Dekan JHEPA. Alhamdulillah,kemangan berpihak kepada aku...syukur pada Illahi..tapi harus diingat..bila kita memegang amanah, maka sebelah kaki melangkah ke syurga dan sebelah kaki ke neraka. Ya Allah, besarnya amanah-Mu ini..bantulah hamba-Mu yang lemah ini dalam perjuangannya...kuharap setahun yang mendatang akan dapat mematangkanku dalam hidup...rakan-rakan,bantulah aku.....

Kalau dahi x mencecah sejadah di dunia...

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!Dengan kain kafan yang serba putih!Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....Walaupun orang yang hadir itu merintih....Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah.Dengan empat kali takbir dan satu salamBerserta Fatihah, Selawat dan doa....Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah.Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....Usunglah dirimu ke tikar Solat....Sebelum kamu diusung ke liang lahad....Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!Iringilah dirimu ke masjid....Sebelum kamu diiringi ke Pusara!Tangisilah dosa-dosamu di dunia....Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....Bukan yang pergi!Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!Ingatlah di mana saja kamu berada....Kamu tetap memijak bumi Tuhan!Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!Serta menikmati rezeki Tuhan!Justeru bila Dia menyeru,....Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....memanggilmu buat kali yang terakhirnya!Ingatlah kamu dahulu hanya....setitis air yang tidak bererti!Lalu menjadi segumpal darah!Lalu menjadi seketul daging!Lalu daging itu membaluti tulang!Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....Yang lebih agung dari malaikat!Lahirmu bukan untuk dunia....Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....Dengan penuh rela dan bersedia!Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....Jalan kemenangan akhirat dan dunia!Ingatlah yang kekal ialah amal....Menjadi bekal sepanjang jalan!Menjadi teman di perjalanan.. ..Guna kembali ke pangkuan Tuhan!Pada hari itu tiada berguna....Harta, tahta dan putera....Isteri, kad kredit dan kereta....Kondominium, saham dan niaga....Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal