Pengikut

Selasa, 26 Jun 2012

Sandarkan kepada Maha Pencipta

Sebelum menulis lagi panjang, Cikza hendak bagitahu sesuatu. Tempoh hari Cikza tersalah setting blog ni kepada Private agaknya. Patutlah visitor zero tempoh hari. Huhu...minta maaf ye readers sekalian~ Tak disengajakan. Kalau ada yang tersalah faham, saya minta maaf sekali lagi.

***********************************************************************************

Semalam bercakap dengan umi. Umi pesan kena banyak berdoa. Doalah yang baik-baik. Kadang-kadang ada benda di luar kemampuan kita. Kita usaha macam mana bagus pun, kita tak akan dapat kalau kita tak minta dari Allah. 

Hmmm..betul apa umi cakap. Apa-apa yang kita hendak, kita kena sandarkan pada Allah. Sebab Allah adalah pemilik semua benda di dunia ni. Apatah lagi diri kita. Kalau kita susah, kita kena bagitahu Allah. Kalau kita sakit pun kita kena bagitahu Allah. Kadang-kadang diri ini khilaf. Selalu tersebut di FB kalau sakit. Kalau ada yang tidak senang, abaikan je lah. Kadang-kadang kesakitan itu perlu dikongsi. Tetapi kalau penyampaian tentang rasa sakit itu membuatkan orang rasa menyampah, apa perlu buat. Cikza tidak mampu nak buat semua orang suka pada Cikza dan kata-kata Cikza. Selepas ni, InsyaAllah tiada lagi sebarang rungutan. Terima kasih di atas teguran kalian.

Sebelum berundur, Cikza mohon doa rakan-rakan pembaca sekalian. Doakan salah seorang senior Cikza yang sekarang menghidap Acute Leukimia semoga pulih daripada penyakitnya. Punca penyakit kemungkinan dari chemical pollution dan seterusnya mengaktifkan sel-sel kanser dalam diri dia. Setiap dari kita ada sel-sel kanser. Jadi, jagalah kesihatan dan pemakanan kita. Jangan jadikan gaya hidup tidak sihat dan makanan sebagai asbab kita mendapat penyakit. Yang sedap itulah yang membahayakan!










@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Isnin, 25 Jun 2012

Progress report submitted!

Assalamualaikum dears,


Alhamdulillah.. akhirnya dah hantar progress report sem ni. Sampai naik juling mata tengok jurnal dan setiap masa rasa nak termuntah.. uwekkk!






Makanya, kita boleh online FB dah sekarang! Yeay!


Notahati: I wonder what he is doing right now~




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Terkepit ibu jari

Assalamualaikum dears,

Pagi tadi masa datang lab, terkepit pintu kereta. Uwaaaa..sakit! Berdenyut-denyut.. Nasib baik air paip dalam lab ni sejuk macam ais. Pergi letak jari kt situ kejap..tahan la sikit. Tapi still sakit.. sob3x

Berat rupanya pintu kereta tu~




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

 

Ahad, 24 Jun 2012

I love rain

Assalamualaikum dears,

Alhamdulillah, akhirnya hujan turun membasahi bumi Gambang. Entah berapa kurun dah Gambang ni tak hujan lebat. Sekadar hujan gerimis, tanah tak sempat basah, hujan dah berhenti tu pernahlah 2 kali. Sekarang Cikza tengah berusaha siapkan Progress Report untuk semester ni. Due date esok! Hahahaha...

Seronok pulak dengar irama hujan menari di atas bumbung asrama ni. Tambah lagi duk tingkat atas. Lagilah kuat bunyinya. Oh, ada guruh sekali. Sempat jugaklah terlelap sekejap tadi setelah bosan menulis progress report ni. Haih la..

Entah bilalah nak siap progress report ni. Dah rindu nak buka FB. Oh, Cikza memang kuarantin diri sendiri dari buka FB kalau nak submit progress report, atau ada important works nak kena submit. Hehehe... baik kan? Dah seminggu tak tengok FB. Adakah FB dah berubah?

Oklah..Cikza mahu sambung buat report. Nanti lambat siap, lambat submit, tak boleh buka FB!!!




pics from Google


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Sabtu, 23 Jun 2012

Seminar Thesis Writing by Dr. OT

Assalamualaikum dears,

Khamis lepas, Dr. OT datang UMP! Siapa Dr. OT? Beliau merupakan pensyarah di UPM dan dia terkenal kerana membantu para pelajar IPT ni untuk menulis thesis untuk degree, master atau PhD dengan cepat! Oh, nama penuhnya Dr. Othman Talib. Nak tahu lebih lanjut, sila klik sini.

Selepas satu hari berbengkel bersama beliau, semangat untuk menghabiskan master semakin berkobar-kobar sebab tak sabar nak tulis thesis! Hihihi... 





Bengkel bermula pukul 10.30 pagi tepat. Seperti biasa, pergi bengkel kenalah bawa buku nota. Tapi kami semua tulis dalam buku log research je. Malas nak bawak buku banyak sangat. Apa Dr. OT cakap, kami tulis. Apa ada di skrin putih, mana yang penting kami catit. Kesimpulannya bersemangat la nak kutip semua ilmu-ilmu Dr. OT ni. Terfikir jugak nak guna Galaxy Note nak mencatit tapi sebab nak tebalkan buku log jadi batalkan niat nak guna Note. Tetapi, selepas sejam setengah kami duk syok menulis ni, tiba-tiba Dr. OT sound kami. "Eh, apesal you all semua duk menulis ni? Kenapa nak guna pen dan kertas? Mana laptop you all? Nanti sy nak you all guna laptop untuk experience sendiri Doc Map and segala macam yang saya cerita ni. Kenapa you all tak menggunakan teknologi yang ada? Gunalah notepad and Microsoft Word untuk catit nota. Dan sy juga cukup tak faham kenapa ada orang nak beli recorder canggih-canggih sebab nak rekod mana-mana presentation. Padahal dalam laptop masing-masing dah ada recorder. Kenapa tak guna? I hope this session is paperless session."



Hahaha...kalut kejap! Perlahan-lahan letak pen dan tak menulis. Semua orang di meja Cikza macam tu. Meja orang lain tak sempat nak tengok. Apa lagi, buka laptop yang memang dah letak atas meja. Tutup buka perlahan-lahan dan letak tepi. Dan mula menggunakan teknologi yang ada! Selepas rehat semua orang wajib membawa laptop masing-masing!

Selepas rehat, kami pun mula membuat praktikal work dengan laptop masing-masing. Sangat menarik ilmu yang kami pelajari hari ni. Selama ini hanya menggunakan Microsoft Word untuk menaip dan hanya tahu serba sedikit sahaja tentang fungsi-fungsi dalam MW ni. Setakat nak masukkan jadual, rajah, referens tahulah kami. Tapi hari ini kami belajar MW secara eksklusif. Bagaimana nak tetapkan margin, clear formatting, link MW dengan Mendeley (satu aplikasi untuk manage jurnal-jurnal yang kita ada dalam laptop) dan banyak lagi la. Beliau menekankan konsep '1 file 1 thesis'. Maknanya kita cuma perlu satu fail sahaja untuk siapkan thesis kita tanpa masalah-masalah yang biasa kita hadapi.

Biasanya para pelajar IPT ni suka buat 1 fail 1 bab. Mudahlah kononnya! Siapkan bab demi bab. Tapi sebenarnya memeningkan terutama bila sampai bab menulis referens. Bayangkan apabila kita menulis 5 bab, kita akan ada 5 referens juga (ini cara Cikza sebab Cikza terus masukkan referens setiap kali ada citation). Masalah akan timbul bila kita nak gabungkan semua bab ni. Haih~ penat pulak nak masukkan satu persatu referens ni walaupun hanya copy and paste! Tapi hari ni, dah jumpa jalan penyelesaiannya! Setiap kali kita edit citation dalam thesis, kita akan terus update referens. Baguskan?




Seterusnya bila masukkan rajah dan jadual. Bila sampai bab data dan perbincangan (bab 4), kita akan ada banyak jadual dan rajah ni. Dan bila nak hantar thesis, mesti sakit kepala nak pastikan setiap jadual dan rajah yang kita masukkan sama dengan penerangan dan juga sama dengan senarainya di muka hadapan. Hari ni Dr. OT dah tolong kami selesaikan masalah ini. Rupanya senang sangat okeyh! Lepas ni boleh cek thesis sambil tengok Running Man. Opps~

Seronok sangat dengan perkongsian ilmu oleh Dr. OT ni. Harap-harap lepas ni dah takde alasan lambat siapkan thesis yer~






@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Andai Lelaki Tahu

Ini entry copy paste dari FB sajer..







ANDAI LELAKI TAHU...BETAPA SAYANGNYA WANITA KEPADA MEREKA...


ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.



ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

ANDAI LELAKI TAHU...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Terima kasih atas nilai sebuah persahabatan

Assalamualaikum dears,

Bila kita timbulkan persoalan, "Awak ikhlas ke berkawan dengan saya?", mesti kita akan jawab,"Tentulah."

Mustahil kita akan cakap sebaliknya kan?

Kononnya hendak menjaga perasaan saudara-mara/kawan/pasangan kita. Namun, kelakuan, tindak-tanduk dan percakapan di luar sedar kita tidak selari dengan kenyataan keihlasan sebelum ni. Dalam hendak menjaga perasaan supaya tiada orang terluka, kita sebenarnya melukai hati orang lain. Nauzubillah~

Kalau kita suka atau sayang dengan saudara-mara/kawan/pasangan kita, mestilah kita mahu buat yang terbaik untuk mereka. Sebab kita mahu mereka bahagia dan gembira sentiasa. Kalau boleh, tidak mahu ada riak duka di wajah mereka apatah lagi ada titisan air mata jatuh dari mata mereka yang cantik. Kalau boleh, biarlah kesakitan dan kesusahan mereka itu kita yang tanggung asalkan mereka bahagia.

Tapi kita lupa, kita manusia biasa. Allah ciptakan manusia penuh dengan perasaan dan setiap perasaan ada lawannya. Allah bagi perasaan sayang dan kasih. Lawannya Allah bagi perasaan benci. Allah bagi kita rasa gembira, dan Allah juga bagi kita sedih. Allah bagi kita marah tetapi Allah bagi kita sabar. Kita tidak mampu mengelak perasaan ini kerana kita manusia yang lemah. Kadang-kadang kita rasa sangat terbeban dengan perasaan kecewa, sedih, marah sehingga kita lupa sebenarnya perasaan itu Allah kurniakan kepada kita untuk kita pelajari sesuatu.


Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud 
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Mengukur nilai persahabatan bukanlah mudah. Bolehkan mengukur nilai persahabatan kerana kita merasakan mereka sekepala dengan kita? Adakah kita bersahabat kerana teman itu baik rupa parasnya? Adakah kita bersahabat kerana kekayaan kawan kita atau kebaikannya atau keimanannya kepada Allah Taala atau kegemarannya menonton wayang, melepak di kedai kopi sampai jam 2 3 pagi atau kerana sayangnya dia kepada binatang atau atas ukuran apa sebenarnya? Siapa ada jawapannya? 

Kadang-kadang kawan yang kita sangkakan baik itu sebenarnya punya hasad dengki terhadap kita. Kadang-kadang-kadang kawan yang kita suka itu sebenarnya tidak suka berkawan dengan kita. Kadang-kadang dalam sesetengah perkara yang kawan kita lakukan, kita tidak menyukainya dan mereka juga tidak menyukai perkara yang kita lakukan. Kita tidak mampu untuk menjadi mereka dan mereka tidak mampu untuk menjadi diri kita kerana setiap kita berbeza seperti berbezanya cap jari kita. 

Manusia fitrahnya menyukai apabila setiap perkara dan perlakuan mengikut kehendaknya. Apabila sesuatu bertentangan dengan kehendaknya, maka konflik akan berlaku. Manusia akan mula bergaduh, bermusuh, berdendam dan perasaan tidak suka dan tidak puas hati akan mula timbul. Dan silaturrahim mulai terlerai tanpa kita sedari. Mula-mula berdiam diri, kemudian tidak bertegur sapa, kemudian tidak pernah bertanya khabar dan akhirnya terputus hubungan. Maka bersoraklah syaitan kerana berjaya memutuskan satu lagi tali persaudaraan. 

Setiap manusia punya ego. Yang membezakan setiap manusia adalah bagaimana mereka menguruskan ego mereka. Salahkah kita menerima teguran dari sahabat kita? Sedarkah kita bahawa mereka mengumpul kekuatan untuk menegur kita kerana mereka menyayangi kita? Tahukah kita betapa susah hati mereka jika kita sering terleka dan berbuat silap? Mungkin teguran yang diberi tidak menggembirakan hati kita. Tetapi ambillah masa sejenak. Berfikirlah dengan mata hati. Tidak salah kan? Tetapi kita sering takut untuk mengakui kesalahan sendiri. Sehingga sanggup mengorbankan nilai persahabatan.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi  boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Al Baqarah: 216)

Marilah kita berfikir dan muhasabah diri. Nukilan ini adalah karya sendiri. 

Notahati: Saya mohon maaf kepada awak. Saya mungkin tersalah cakap menyebabkan awak sekarang berdiam diri. Kalau persahabatan kita sampai di sini sahaja, saya ucapkan terima kasih atas segala-galanya. Mungkin kita tiada jodoh untuk terus bersilaturrahim. Terima kasih Allah kerana mengirimkan awak walaupun sekejap kepada saya. Semoga Allah sentiasa menjaga awak kerana saya menyayangi awak dari hari pertama awak mengucapkan salam.



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Khamis, 21 Jun 2012

Mengapa saya ada blog?

Assalamualaikum dears,

Cikza sudah berjinak-jinak dengan dunia blog sejak tahun 2007 lagi. Masa tu buat blog saja suka-suka. Rasanya antara orang-orang terawal yang ada blog di kalangan kawan-kawan masa tu. Lepas tu dalam tahun 2008, fenomena blog ni evolved di kalangan pelajar-pelajar UMP. Rasanya hampir 50% rakan-rakan di UMP ada blog. Dan hampir 80% rakan-rakan sekelas mempunyai blog! Siap tak puas hati, aku tulis dalam blog. Siap la ko! Ha, lebih kurang macam tu la dahsyatnya penangan blog ni. Sampai ada satu peristiwa ada pelajar gagal dalam satu subjek gara-gara mengutuk pensyarah akibat tak puas hati kena tegur dalam presentation. Pulak tu pensyarah tu Cikza rasa jenis suka blogwalking. Sekali dia baca luahan tak puas hati pelajar tu. Maka, gagal subjek tu! Kesian~ sape suh cari penyakit kan??

Kenapa Cikza ada blog?

Dulu, Cikza rasa tak ada sebab pun nak buat blog ni. Rasa macam best pulak menulis dalam alam maya. Entah sapa la baca entri-entri dalam blog ni tak kisah lah. Janji seronok menulis. Cikza tak hadkan topik-topik dalam blog ni. Semua Cikza rangkum. Happy moments, sad moments, holidays, convo, friends, family and so on. 

Bila scroll balik archive dalam blog ni, awal-awal dulu suka buat C&P. Copy & Paste! Copy articles dari mana-mana website yang best then paste dalam blog sendiri. Pastu tak buat citation! Ngeh3x... Dulu manalah tau citation ni. Ingatkan dunia maya bebas la. Tapi rupanya tidak. Masa tu dimaafkan lagi kot. Sejak dunia tanpa sempadan ni berkembang dengan jayanya, semua orang dah buat IP sendiri. IP tu Intellectual Properties. Kalau nak article aku, korang kena sebut nama aku dalam blog. Lebih kurang macam tu laa.. At least kena backlink ke artikel tu. Pelajar-pelajar IPT mesti familiar la dengan citation ni. Sebab nak buat thesis, tak boleh simply copy paste je idea penyelidik dulu-dulu. Kita kena bagi penghargaan kepada orang yang bagi maklumat kat kita. Ada faham???

Tapi sekarang dah kurang dah C&P ni. Hikhikhik... sekarang dah pandai nak cerita merepek-merapu-akusuka-kotaksukatakpe dah. Macam-macam cerita sekarang tapi gaya penulisan Cikza masih tak matang. Sebab rasa blog ni untuk suka-suka jer. Tak kisahlah tatabahasa tunggang langgang sekalipun. Tet! Marah cikgu ajar BM! Maap Cikgu-cikgu semua~ Entri pun dah bercampur. Ada tulis dalam BI, ada tulis dalam BM. Tapi majoriti BM la... Tak expect ada pengunjung dari luar negara baca blog ni. 

Bila kita ada blog, sebenarnya memang la itu hak peribadi nak tulis apa-apa pun. Tapi janganlah sampai kita menulis untuk mengecam orang lain dan seterusnya membuka ruang-ruang supaya orang report blog kita ke SKMM. Padan muka ko kalau kena tangkap! Bagi Cikza, menulis blog biarlah berpada-pada. Tak perlulah menceritakan benda-benda yang mengaibkan diri sendiri dan orang lain. Bimbang menjadi fitnah. Tak eloklah kan?? Jangan juga mendedahkan lokasi tempat tinggal anda dan seumpanya. Nanti jadi sasaran orang jahat pulak!

Cikza cuma menulis blog untuk kepuasan diri sendiri. Hanya mencabar diri sendiri supaya sentiasa belajar menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat. Mungkin dari penulisan yang ringkas yang kita rasa entah apa-apa tu sebenarnya memberi 1001 erti kepada orang yang membaca. Mungkin ada tips, nasihat, motivasi, perkongsian secara tidak langsung kita sampaikan dalam blog. Tak gitu bloggers sekalian??

Cikza ucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog ni. Hihi..ada ke? Tak kisahlah. Cikza bukan selebriti pun nak ada follower beribu-ribu.

Terima kasih semua! Luv ya~ 







@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Rabu, 20 Jun 2012

Paku di Dinding Hati


Paku di Dinding Hatimu..


Ini kisah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tak dapat mengawal kemarahannya walaupun kerana satu masalah yang kecil je. Suatu hari, Abah dia hadiahkan pemuda tu dengan seguni paku.
"Nak buat apa dengan paku-paku ni, Abah?" tanya pemuda tu.
"Setiap kali kau marah, kau pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ni bagi melepaskan kemarahanmu," jawab Abahnya.


Pada hari pertama je, pemuda tu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya daripada memukul paku menembusi tembok batu tersebut.



Akhirnya, tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun pergilah memberitahu Abahnya tentang perkara tu dengan perasaan gembira. Abahnya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut semula paku-paku tu satu persatu, pada setiap hari yang dia dapat lalui tanpa kemarahan.



Hari berganti hari, akhirnya pemuda tu berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Dia pun lantas memberitahu Abahnya dengan bangganya. Abahnya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata:


"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku. Tapi lihatlah kesan lubang-lubang di dinding batu ini. Tembok ni tidak kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu, atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka yang nampak di mata". 

Cerita ini bukan Cikza yang karang. Tapi ambil dari blog Dawai Kokot. =)


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Sabtu, 16 Jun 2012

UMP-KL-Klang-Seremban-Klang-KL-UMP

Assalamualaikum dears,

Hihihi..baca balik blog sendiri pagi ni. Wah, entah apa2 merepek malam tadi yer. Sudah cukup sudah (ikut rentak Nirwana Band punya lagu).

Biasalah tu. Hidup tak selalu gembira. Kalau kita gembira sangat, di akhirnya pasti ada duka. Jadi, lepas ni kena hidup dengan sederhana saja.

Nak cerita apa ya hari ni? Rasa macam nak cerita percutian ke KL dan Seremban minggu lepas. Hihi..sudah seminggu, baru nak story mory yer. 

Jumaat 8 Jun 2012

Cikza bertolak dari UMP ke Pudu pukul 11 pagi. Mula-mula tu cuak jugak sebab seorang diri je dari UMP ni ke KL. Tak pernah-pernah dibuatnya. Dah la lama tak naik bas. Setahun lebih dah. Sejak ada kereta sendiri, Cikza lebih suka memandu ke mana-mana saja. Tapi bukan ke KL. Masih tak yakin. Sampai ke Pudu lebih kurang 2.30petang. Masa tu perut sangat lapar. Tapi takde selera nak makan. Pagi tu hanya minum susu dan nugget. Tapi rasanya nugget tu dah tak berapa elok la. Cirit-birit lepas makan. Jadi ke KL tu perut memang dah kosong. Haih! Cikza pun beli susu kotak UHT Dutch Lady Low Fat tu untuk alas perut. Mahal! RM2 kat sana. sabo je la. Lepas solat kat surau di Pudu Sentral, terus gerak g stesen LRT. Sampai jer stesen LRT terus blurrr. Alamak, macam mana nak beli tiket ni? Dah la kena guna mesin TVM ni. TVM tu Token Vending Machine. Cikza dah google route LRT ni before this. So, xde la cuak sangat nak naik. Cuma nak beli tiket ni yang merisaukan. Nasib baik ada pegawai LRT ni kat situ. So, dia ajarkan. Selamat!

Route dari Plaza Rakyat (Pudu Sentral tu la) ---> Masjid Jamek (Tukar tren. Kena amik Line Kelana Jaya pulak) ---> KLCC. 

Kawan Cikza (Akak a.k.a Maryam) dah pesan kalau nak g Jalan TAR, turun la kt Masjid Jamek tu. Hahaha...haruslah tidak Cikza g merayau-rayau seorang diri. Dah la baru sampai. Mental shock lagi. Ok, terus g KLCC dan sampai dalam kul 4.00petang. Walaweyh~ Nak buat apa ni? Kena tunggu 2 jam before my friend habis kerja. Terfikir jugak nak masuk Aquaria KLCC ataupun Petrosains. Mak aih...mahalnye tiket!. Biasalah orang kampung masuk bandar. Semua berkira. Hehehe... Merayau-rayau je la dalam KLCC tu sampai penat. Memang penat.

My lunch -Mushrooms salad- RM 5.60. bought at Isetan. 
Kelas ko jah. Beli kat Isetan! Ni dah makan separuh. Dan beli pisang 2 biji. Oh, lunch Cikza pukul 4.30ptg. Hahaha...

Petronas Twin Tower.
Masa ni sesat dalam Suria KLCC tu. Dah stress duk dalam tak jumpa jalan keluar, terus keluar cari langit. Pastu masuk balik Suria KLCC ikut pintu depan.


Ape ni ek? Lupa dah nama dia. Sempat lagi Cikza snap gambar ni. Nak naik jugak! Sapa nak belanja??


Skybridge at Petronas Twin Tower.
Teringin sangat nak naik skybridge tu. Tapi limited tickets. Kena datang seawal pagi dan beratur.


At KLCC Park.
Malam nanti ada pertunjukan musik dan bunga api.


Bvulgari
Motip ambil gambar kedai ni? Hahaha..it reminds me to someone~
Tak tahu pulak ade jual jewelleries jugak kat sini. Hmm.. 

inside Suria KLCC

Gambar lift dalam Suria KLCC pun mahu amik.

Wajah kebosanan+keletihan!

Dah tak larat nak jalan. Akhirnya lepak saja depan restoran Mama Kwans. Ambil bau... Sedapnyer.. Nak makan. Tunggu kawan la dulu. Cikza tak reti makan seorang diri. Rasa macam kurang kasih sayang pulak. :D
Lepas tu my friend pun habis kerja. Kitorg gi makan kat FoodCOurt KLCC tu. Makan je la ape2 pun. Sebab perjalanan masih jauh. Nanti nak balik KLang pulak.. Nak balik Klang, kne naik komuter. So, dari KLCC naik LRT sampai KL Sentral. Then amik komuter ke Klang. Wah, tukar-tukar tren memang bagi pengalaman baru kepada Cikza. Hihihi...

Sabtu 9 Jun 2012

Hari ni kenduri Awe (Said). Awe ni kira adik beradik Cikza la dalam keluarga MPP UMP 2007/2008. Kitorg ada gelaran masing-masing. Cikza adalah Ude dalam family. Kitorg ada 17 adik-beradik sebenarnya.  Inilah tujuan asal datang menjelajah pantai barat ni sebenarnya. Tapi kenduri Awe kat Seremban sebenarnya. Hmm..jauh lagi perjalanan ni. Asalnya naik kereta Along (Ooi) dengan Akak dan Cikma (Emma). Tapi Along terpaksa kerja hari Sabtu. Jadi, dia tak dapat nak bawak kami semua. Huhu... Masing-masing dah tak tahu nak buat macam mana. Akak takde kereta. Cikza pulak kereta dia bizi masa tu sebab adik Cikma kawin pada hari sama. Uteh (Afiq) pulak ada kat Terengganu. Tak sempat balik.

Akhirnya Cikza pun suggest ke Akak kite naik komuter la ke Seremban. Then mintak Angah (Fatin) ambilkan di KTM Seremban. Alang-alang Angah nak ambil Andak (Mogan) di stesen bas Seremban. Angah pun setuju. So, kami pun naik la komuter ke Seremban. Memang betul-betul traveller la Cikza dua hari ni. Sangat familiar dengan sistem KTM dan LRT dah sekarang ni. Hahaha.. Sampai-sampai di Seremban dan pukul 11.30pagi. Terus pergi Seremban Parade sebab Angah tunggu sana. Tunggu Angah tak sampai-sampai. Rupa-rupanya Angah tunggu kat Parkson dekat stesen bas, Cikza dan Akak tunggu di PArkson Seremban Parade. Ya Allah.... Sabar je la.. Kitorang pakat gelak je la time tu.

Then, Angah pun dengan yakinnya membawa kami ke rumah Awe. Dah setengah jam, tak sampai-sampai lagi. Entah kampung mana dah angah drive kami semua ni. Rupa-rupanya GPS, Guna Pon Sesat! Deng! Akhirnya setelah menggunakan 2 GPS dan masukkan koordinat yang awe bagi, kami pun sampai ke tempat ditujui setelah pusing-pusing Seremban. Thanx Angah! Hahaha..sangat lawak keyh.



Dari kanan: Andak, Ude (Eh, Cikza la tue), Awe, Ikin, Akak, Nora and Angah


Sedap makanannya. Nasi Gajus.

 Thanks Awe! Selamat Pengantin Baru Awe dan Ikin. Cepat-cepat la dapat baby! Ekekeke...

Habis je g kenduri dan bergambar, kami pon ke Seremban Parade semula sebab nak shopping! Hahaha..jauh shopping! On the way balik, terserempak dengan Abang (Jamil) dan family Herbalifenye! Hihihi.. Lepas shopping, Nora hantar kami ke Stesen KTM Seremban. Padahal boleh je jalan kaki tapi sebab susah nak lintas, kami pusing-pusing sikit dengan Myvi Nora. Thanx Nora!

Akak masuk je komuter terus tido lepas baca paper. Cikza jugak tak boleh nak tido. Eksaited naik komuter tak habis lagi! Haha... Nah, tepek lagi muka sendiri kat blog sendiri~


Nampak tak Akak tido? haha..


Komuter ni berhenti pulak kat Kajang selama setengah jam kot. Sebab ada masalah ape ntah. Bosan giler. Nak tido, tak lena. Tapi tertido jugak. Sebab penat sangat. Tapi sekejap je tido. Komuter gerak, terus bangun tido. Hahaha.. Sampai KL Sentral, kitorg keluar untuk solat jap dan makan-makan dan shopping sikit. Haih la... Kat KL Sentral pon Cikza shopping. Lalala... Kebetulan masuk Guardian, nampak krim muka umi kirim. Sebab kat Terengganu mahal sangat. RM90++ kot. Then, wakil Olay kat situ cakap kalau beli apa2 barang, 2nd barang dapat off 45%. Oh, menarik! So, Cikza pun belilah untuk umi. Rugilah tak beli sebab dah murah sangat. Even offer krim tu saja pun takkan dapat harga RM63. Ini RM63 dapat dua barang. Best2.. Okey, then balik Klang, mandi dan tido.


Ahad 10 Jun 2012

Okeyh, hari ni wajib balik UMP. So, Cikza gerak dari Klang ke KL Sentral kul 9.45 pagi. Nani mesej dia nak balik UMP hari tu. So, tumpang la dia balik tapi dia nak gerak lepas Zohor. Walaweh...nak buat apa berjam-jam lagi ni?? KL Sentral dah puas dah pusing2. Akhirnya kuatkan semangat naik LRT g Masjid Jamek. Kononnya nak pergi jalan-jalan kat Jalan TAR. Entah celah mana la Jalan TAR tu. SOGO kat mane pun ta tahu. Cikza tak berani pergi merayau-rayau jauh dari pintu keluar dari stesen LRT tu. Karang sesat padan muka sendiri! Sudahnya sebab pintu keluar yang Cikza lalu ke Jalan Masjid India, maka Cikza pun jalan-jalan di situ je la... Banyak sangat barang-barang situ. Oh, tudung, shawl, beg, brooch! Semua memanggil-manggil Cikza.. Datanglah amik saya! Hihihi..

Cikza sempat beli beg comel RM10, sehelai shawl RM 7.80.. Hahaha... Rasa nak borong semua je shawl kat situ. Boleh tak?? Bankrupt la... Then dah kul 12.30 tengah hari. Jom la balik KL Sentral. Dari KL Sentral kena pergi Segambut naik komuter. Cikza naik komuter kul 1.30 petang. Tapi komuter mengalami masalah rel pulak! Jadi satu landasan je digunakan. Sob3x.. Dahlah lapar masa tu. Stress rasa sebab kena menunggu lagi. Kul 2.30 ptg baru sampai rumah Nani. Lama tak jumpa Nani. Sebulan. Cikza cuti seminggu, then dia cuti 3 minggu untuk kawin. Kul 3.30 ptg baru gerak balik dari rumah Nani ke UMP. Oh, how I miss my katil, my car and someone(hihi..padahal hari2 msg, tp sbb travelling rase mcm x sempat nk fokus).

Jadi, itu sajalah cerita bercuti last week.. Lepas ni ke Mersing pulak. =)


P/S: Thanx to someone who spared some precious time to see me here. I really love it!












@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Serba tak kena

Ish...td nk off tenet kt Note ni. Tp ter'off' alarm yg set utk subuh esok pulak.

Entah kenapa la sedey2 mlm ni. Saje g cari penyakit walhal diri tak sakit. Astaghfirullahalazim..

Semoga hari esok lagi baik dari hari ini.

Published with Blogger-droid v2.0.5

Keliru

SUSAH NAK BUAT BIASA-BIASA JE SEDANGKAN BENDA TU DAH JADI LUAR BIASA. NAK ABAIKAN MUSTAHIL. NAK HIRAUKAN PUN PAYAH.


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Jumaat, 15 Jun 2012

Beku lagi?

Assalamualaikum dears,

Hari ni nak membebel kat blog ni. Sebab Cikza sorang je kat lab sekarang ni. Jadi tak de orang nak bercakap dengan Cikza. Hukhukhuk

Semalam nak buat eksperimen untuk culture bacteria. Sebelum ni dah prepare nutrient agar dah tapi letak dalam freezer sebab tak nak bagi rosak. Jadi kena cairkan dulu agar dalam bottle Schott tu sebelum letak dalam petri dish. Kisah semalam hanya mencairkan agar tu je. Sebab tak berani nak buat suhu tinggi. Sebelum ni dah ada kes yang cairkan agar guna suhu tinggi dan botol tu meletup! Tak nak la jadi macam tu. Wat malu je nnt~ 5 tahun kot dah kat UMP ni. Jangan buat perangai! Hahaha...

Fasa mencairkan agar semalam berhasil di saat-saat hati dah gelisah nak balik dan perut tersangatlah lapar. So, dah tak boleh fokus nak buat eksperimen. Akhirnya letak dalam incubator saja agar yang dah cair tu dengan harapan pagi ni masih CAIR la. Namun hampa! Pagi ni bila tengok, oh BEKU pulak!.. Sob3x (*kesathujungmatayangtakdeairmatapun*)

Jadi, kena la buat pencairan semula. Tapi sekarang takde mood lagi. Baca jurnal dulu la...



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

 

Selasa, 12 Jun 2012

Masa sentiasa berdetik

Assalamualaikum dears,

Begitu cepat masa berlalu. Antara sedar atau tak sedar, atau buat-buat tak sedar, dah masuk pertengahan tahun 2012. Hmm...apa dah yang dicapai? Apa yang belum tercapai?

Rasa berdebar pulak kalau buat refleksi macam ni. Tapi kena buat. Supaya diri kita sedar diri.Biar berpijak di alam yang nyata. Masa tak akan tunggu kita. Setiap saat kita kena hargai.





P/S: Hmmm...Lagi sebulan...(Berpeluh!)

@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^) 
 

Ahad, 10 Jun 2012

bye2 KL!

Assalamualaikum dears,


Sekarang ni Cikza ada dalam komuter dari Teluk Gadong, Klang dan menuju ke KL Central. Lepak di sana dulu. Tengahari sikit baru gerak ke Segambut g umah kawan. Hari ni balik Kuantan dgn dia.. Maka tamatlah percutian di KL dan Seremban 3 hari ini. Duit pon habis...oopppsss!


♥♡★☆


Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 7 Jun 2012

Hoi, wat kerja la!

Assalamualaikum dears,

Sekarang tengah bersemangat. Mari kita buat kerja dengan bersungguh-sungguh. Sila off tenet di Note dan Netbook.. Kuikuikui~

*berlakon je ni~

P/S: Esok nk g KL.. sape nk ikot? beli tiket sendiri okeyh~ ahahaha


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Rabu, 6 Jun 2012

Akhirnya, pergi jugak ke JPN buat IC

Assalamualaikum dears,

Hari ini hari berurusan dgn pejabat kerajaan dan bank. Pagi tadi pergi Jab. Pendaftaran Negara di Kuantan sebab nak tukar IC. Hihi..dari tahun lepas nak tukar IC tp tak jadi-jadi pergi. Selalu lupa.. maklumlah dah tua! Hujung tahun lepas dah plan nak pergi, tapi masa tu kerajaan baru announce nak lancarkan IC baru yang lagi canggih manggih, terus tunda lagi pergi JPN! Bile dah launch IC baru, dengar cerita, ramai sangat orang serbu JPN. *sigh* I don't like pergi tempat ramai orang. STRESS nanti! Hahaha... Pastu terus lupa nak pergi.Sekarang dah tak boleh lupa-lupa dah. Bulan depan dah cukup umur 25. Nanti kena denda kalau tak tukar lagi. 

Hari ini baru berkesempatan nak pergi. Itupun sebab DC nak pergi Maybank. Jadi alang-alang keluar Kuantan, bolehlah pergi JPN kejap. Eyh, kejap ker?

Sampai ke JPN dan 9.50 am. Ada 30 orang lagi yang belum dilayan. Oh, no! Tapi tunggu je lah. Bukannya kita ni VIP nak suruh orang layan kita dulu kan? Hihi... Tiba-tiba terserempak dengan pensyarah UMP merangkap PA kami berdua laa, En. Rozaimi. Dia hilang wallet di Singapore dan IC, bankcards sume hilang. Kena denda RM110! Huhu..jangan cari pasal pergi hilangkan IC tau! Kang melayan duit~ Cikza kena RM10 untuk urusan pemprosesan.

dh renyuk dikerjakan. 


Sambil menunggu tu sempat la berborak tak hengat dunia. Hahaha.. Kitorg memang mcm ni. Kalau bersembang, macam-macam cerita keluar. Gosip-mosip Mak Jemah jadinyer~ Ish3x... 

Nasib baik ade geng bersembang. Kalau tak, gila sejam menunggu tak buat apa. Sekarang urusan kat JPN dah bertambah baik kot compared 10 tahun dulu (that was my last time pergi JPN buat IC). Dah xde isi borang bagai! Selamat. Cikza memang tak suka isi borang government ni. Selalu oldschool borang dia. Wakaka.... Tak faham kenapa diorg x boleh type borang tu dalam MW cantik2 gune font TNR size 12 and then print laser jet, then fotostat lawa2. Dunia dah canggih kot? Borang ntah ape2... Baru-baru ni pergi Pejabat Agama Negeri Terengganu pun sama la.. Oldschool giler borang! Ish, tolong la.. Takkan la xde orang yang perasan benda ni? Atau semua orang yang kerja govt. ni buat dunno jer? Sebab gaji aku masuk tiap2 25hb.. yang lain aku tak pedulik!?? Oh, tetibe bengang! K stop! Dah melalut ke lain~

Bila tiba kaunter ambil gambar, kena tukar tudung pulak! Nak kaler hitam jugak. Menawan sangat ke kaler hitam tu? Tak suke itam! Wallaaaaa... dah la ada tudung awning jer. Memang Cikza tak pakai la... Nak tengok IC tu sampai tua weyh! eh, sekurang-kurangnya sehingga dh pindah duk dgn keluarga baru! Sanggup pergi ambil tudung dalam kete. Hahaha.. memang dh prepare tudung awal-awal dalam car. Kesian brother JPN tu tggu Cikza melawa dulu~ Naseb la...

Pastu baru pergi Maybank untuk reset balik akaun Maybank2U. Sekarang dh boleh online banking! Sukenyer! Cepat la nanti susut duit dalam akaunku... (Tadi dah melawat website beli barang-barang online..ekekeke)

Key la... esok kite sambung lagi dengan cerita merapu lain.





@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal