UMP-KL-Klang-Seremban-Klang-KL-UMP | Belle of Paradise


Pengikut

Sabtu, 16 Jun 2012

UMP-KL-Klang-Seremban-Klang-KL-UMP

Assalamualaikum dears,

Hihihi..baca balik blog sendiri pagi ni. Wah, entah apa2 merepek malam tadi yer. Sudah cukup sudah (ikut rentak Nirwana Band punya lagu).

Biasalah tu. Hidup tak selalu gembira. Kalau kita gembira sangat, di akhirnya pasti ada duka. Jadi, lepas ni kena hidup dengan sederhana saja.

Nak cerita apa ya hari ni? Rasa macam nak cerita percutian ke KL dan Seremban minggu lepas. Hihi..sudah seminggu, baru nak story mory yer. 

Jumaat 8 Jun 2012

Cikza bertolak dari UMP ke Pudu pukul 11 pagi. Mula-mula tu cuak jugak sebab seorang diri je dari UMP ni ke KL. Tak pernah-pernah dibuatnya. Dah la lama tak naik bas. Setahun lebih dah. Sejak ada kereta sendiri, Cikza lebih suka memandu ke mana-mana saja. Tapi bukan ke KL. Masih tak yakin. Sampai ke Pudu lebih kurang 2.30petang. Masa tu perut sangat lapar. Tapi takde selera nak makan. Pagi tu hanya minum susu dan nugget. Tapi rasanya nugget tu dah tak berapa elok la. Cirit-birit lepas makan. Jadi ke KL tu perut memang dah kosong. Haih! Cikza pun beli susu kotak UHT Dutch Lady Low Fat tu untuk alas perut. Mahal! RM2 kat sana. sabo je la. Lepas solat kat surau di Pudu Sentral, terus gerak g stesen LRT. Sampai jer stesen LRT terus blurrr. Alamak, macam mana nak beli tiket ni? Dah la kena guna mesin TVM ni. TVM tu Token Vending Machine. Cikza dah google route LRT ni before this. So, xde la cuak sangat nak naik. Cuma nak beli tiket ni yang merisaukan. Nasib baik ada pegawai LRT ni kat situ. So, dia ajarkan. Selamat!

Route dari Plaza Rakyat (Pudu Sentral tu la) ---> Masjid Jamek (Tukar tren. Kena amik Line Kelana Jaya pulak) ---> KLCC. 

Kawan Cikza (Akak a.k.a Maryam) dah pesan kalau nak g Jalan TAR, turun la kt Masjid Jamek tu. Hahaha...haruslah tidak Cikza g merayau-rayau seorang diri. Dah la baru sampai. Mental shock lagi. Ok, terus g KLCC dan sampai dalam kul 4.00petang. Walaweyh~ Nak buat apa ni? Kena tunggu 2 jam before my friend habis kerja. Terfikir jugak nak masuk Aquaria KLCC ataupun Petrosains. Mak aih...mahalnye tiket!. Biasalah orang kampung masuk bandar. Semua berkira. Hehehe... Merayau-rayau je la dalam KLCC tu sampai penat. Memang penat.

My lunch -Mushrooms salad- RM 5.60. bought at Isetan. 
Kelas ko jah. Beli kat Isetan! Ni dah makan separuh. Dan beli pisang 2 biji. Oh, lunch Cikza pukul 4.30ptg. Hahaha...

Petronas Twin Tower.
Masa ni sesat dalam Suria KLCC tu. Dah stress duk dalam tak jumpa jalan keluar, terus keluar cari langit. Pastu masuk balik Suria KLCC ikut pintu depan.


Ape ni ek? Lupa dah nama dia. Sempat lagi Cikza snap gambar ni. Nak naik jugak! Sapa nak belanja??


Skybridge at Petronas Twin Tower.
Teringin sangat nak naik skybridge tu. Tapi limited tickets. Kena datang seawal pagi dan beratur.


At KLCC Park.
Malam nanti ada pertunjukan musik dan bunga api.


Bvulgari
Motip ambil gambar kedai ni? Hahaha..it reminds me to someone~
Tak tahu pulak ade jual jewelleries jugak kat sini. Hmm.. 

inside Suria KLCC

Gambar lift dalam Suria KLCC pun mahu amik.

Wajah kebosanan+keletihan!

Dah tak larat nak jalan. Akhirnya lepak saja depan restoran Mama Kwans. Ambil bau... Sedapnyer.. Nak makan. Tunggu kawan la dulu. Cikza tak reti makan seorang diri. Rasa macam kurang kasih sayang pulak. :D
Lepas tu my friend pun habis kerja. Kitorg gi makan kat FoodCOurt KLCC tu. Makan je la ape2 pun. Sebab perjalanan masih jauh. Nanti nak balik KLang pulak.. Nak balik Klang, kne naik komuter. So, dari KLCC naik LRT sampai KL Sentral. Then amik komuter ke Klang. Wah, tukar-tukar tren memang bagi pengalaman baru kepada Cikza. Hihihi...

Sabtu 9 Jun 2012

Hari ni kenduri Awe (Said). Awe ni kira adik beradik Cikza la dalam keluarga MPP UMP 2007/2008. Kitorg ada gelaran masing-masing. Cikza adalah Ude dalam family. Kitorg ada 17 adik-beradik sebenarnya.  Inilah tujuan asal datang menjelajah pantai barat ni sebenarnya. Tapi kenduri Awe kat Seremban sebenarnya. Hmm..jauh lagi perjalanan ni. Asalnya naik kereta Along (Ooi) dengan Akak dan Cikma (Emma). Tapi Along terpaksa kerja hari Sabtu. Jadi, dia tak dapat nak bawak kami semua. Huhu... Masing-masing dah tak tahu nak buat macam mana. Akak takde kereta. Cikza pulak kereta dia bizi masa tu sebab adik Cikma kawin pada hari sama. Uteh (Afiq) pulak ada kat Terengganu. Tak sempat balik.

Akhirnya Cikza pun suggest ke Akak kite naik komuter la ke Seremban. Then mintak Angah (Fatin) ambilkan di KTM Seremban. Alang-alang Angah nak ambil Andak (Mogan) di stesen bas Seremban. Angah pun setuju. So, kami pun naik la komuter ke Seremban. Memang betul-betul traveller la Cikza dua hari ni. Sangat familiar dengan sistem KTM dan LRT dah sekarang ni. Hahaha.. Sampai-sampai di Seremban dan pukul 11.30pagi. Terus pergi Seremban Parade sebab Angah tunggu sana. Tunggu Angah tak sampai-sampai. Rupa-rupanya Angah tunggu kat Parkson dekat stesen bas, Cikza dan Akak tunggu di PArkson Seremban Parade. Ya Allah.... Sabar je la.. Kitorang pakat gelak je la time tu.

Then, Angah pun dengan yakinnya membawa kami ke rumah Awe. Dah setengah jam, tak sampai-sampai lagi. Entah kampung mana dah angah drive kami semua ni. Rupa-rupanya GPS, Guna Pon Sesat! Deng! Akhirnya setelah menggunakan 2 GPS dan masukkan koordinat yang awe bagi, kami pun sampai ke tempat ditujui setelah pusing-pusing Seremban. Thanx Angah! Hahaha..sangat lawak keyh.



Dari kanan: Andak, Ude (Eh, Cikza la tue), Awe, Ikin, Akak, Nora and Angah


Sedap makanannya. Nasi Gajus.

 Thanks Awe! Selamat Pengantin Baru Awe dan Ikin. Cepat-cepat la dapat baby! Ekekeke...

Habis je g kenduri dan bergambar, kami pon ke Seremban Parade semula sebab nak shopping! Hahaha..jauh shopping! On the way balik, terserempak dengan Abang (Jamil) dan family Herbalifenye! Hihihi.. Lepas shopping, Nora hantar kami ke Stesen KTM Seremban. Padahal boleh je jalan kaki tapi sebab susah nak lintas, kami pusing-pusing sikit dengan Myvi Nora. Thanx Nora!

Akak masuk je komuter terus tido lepas baca paper. Cikza jugak tak boleh nak tido. Eksaited naik komuter tak habis lagi! Haha... Nah, tepek lagi muka sendiri kat blog sendiri~


Nampak tak Akak tido? haha..


Komuter ni berhenti pulak kat Kajang selama setengah jam kot. Sebab ada masalah ape ntah. Bosan giler. Nak tido, tak lena. Tapi tertido jugak. Sebab penat sangat. Tapi sekejap je tido. Komuter gerak, terus bangun tido. Hahaha.. Sampai KL Sentral, kitorg keluar untuk solat jap dan makan-makan dan shopping sikit. Haih la... Kat KL Sentral pon Cikza shopping. Lalala... Kebetulan masuk Guardian, nampak krim muka umi kirim. Sebab kat Terengganu mahal sangat. RM90++ kot. Then, wakil Olay kat situ cakap kalau beli apa2 barang, 2nd barang dapat off 45%. Oh, menarik! So, Cikza pun belilah untuk umi. Rugilah tak beli sebab dah murah sangat. Even offer krim tu saja pun takkan dapat harga RM63. Ini RM63 dapat dua barang. Best2.. Okey, then balik Klang, mandi dan tido.


Ahad 10 Jun 2012

Okeyh, hari ni wajib balik UMP. So, Cikza gerak dari Klang ke KL Sentral kul 9.45 pagi. Nani mesej dia nak balik UMP hari tu. So, tumpang la dia balik tapi dia nak gerak lepas Zohor. Walaweh...nak buat apa berjam-jam lagi ni?? KL Sentral dah puas dah pusing2. Akhirnya kuatkan semangat naik LRT g Masjid Jamek. Kononnya nak pergi jalan-jalan kat Jalan TAR. Entah celah mana la Jalan TAR tu. SOGO kat mane pun ta tahu. Cikza tak berani pergi merayau-rayau jauh dari pintu keluar dari stesen LRT tu. Karang sesat padan muka sendiri! Sudahnya sebab pintu keluar yang Cikza lalu ke Jalan Masjid India, maka Cikza pun jalan-jalan di situ je la... Banyak sangat barang-barang situ. Oh, tudung, shawl, beg, brooch! Semua memanggil-manggil Cikza.. Datanglah amik saya! Hihihi..

Cikza sempat beli beg comel RM10, sehelai shawl RM 7.80.. Hahaha... Rasa nak borong semua je shawl kat situ. Boleh tak?? Bankrupt la... Then dah kul 12.30 tengah hari. Jom la balik KL Sentral. Dari KL Sentral kena pergi Segambut naik komuter. Cikza naik komuter kul 1.30 petang. Tapi komuter mengalami masalah rel pulak! Jadi satu landasan je digunakan. Sob3x.. Dahlah lapar masa tu. Stress rasa sebab kena menunggu lagi. Kul 2.30 ptg baru sampai rumah Nani. Lama tak jumpa Nani. Sebulan. Cikza cuti seminggu, then dia cuti 3 minggu untuk kawin. Kul 3.30 ptg baru gerak balik dari rumah Nani ke UMP. Oh, how I miss my katil, my car and someone(hihi..padahal hari2 msg, tp sbb travelling rase mcm x sempat nk fokus).

Jadi, itu sajalah cerita bercuti last week.. Lepas ni ke Mersing pulak. =)


P/S: Thanx to someone who spared some precious time to see me here. I really love it!












@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal