Assalamualaikum dears,
Cikza sudah berjinak-jinak dengan dunia blog sejak tahun 2007 lagi. Masa tu buat blog saja suka-suka. Rasanya antara orang-orang terawal yang ada blog di kalangan kawan-kawan masa tu. Lepas tu dalam tahun 2008, fenomena blog ni evolved di kalangan pelajar-pelajar UMP. Rasanya hampir 50% rakan-rakan di UMP ada blog. Dan hampir 80% rakan-rakan sekelas mempunyai blog! Siap tak puas hati, aku tulis dalam blog. Siap la ko! Ha, lebih kurang macam tu la dahsyatnya penangan blog ni. Sampai ada satu peristiwa ada pelajar gagal dalam satu subjek gara-gara mengutuk pensyarah akibat tak puas hati kena tegur dalam presentation. Pulak tu pensyarah tu Cikza rasa jenis suka blogwalking. Sekali dia baca luahan tak puas hati pelajar tu. Maka, gagal subjek tu! Kesian~ sape suh cari penyakit kan??
Kenapa Cikza ada blog?
Dulu, Cikza rasa tak ada sebab pun nak buat blog ni. Rasa macam best pulak menulis dalam alam maya. Entah sapa la baca entri-entri dalam blog ni tak kisah lah. Janji seronok menulis. Cikza tak hadkan topik-topik dalam blog ni. Semua Cikza rangkum. Happy moments, sad moments, holidays, convo, friends, family and so on.
Bila scroll balik archive dalam blog ni, awal-awal dulu suka buat C&P. Copy & Paste! Copy articles dari mana-mana website yang best then paste dalam blog sendiri. Pastu tak buat citation! Ngeh3x... Dulu manalah tau citation ni. Ingatkan dunia maya bebas la. Tapi rupanya tidak. Masa tu dimaafkan lagi kot. Sejak dunia tanpa sempadan ni berkembang dengan jayanya, semua orang dah buat IP sendiri. IP tu Intellectual Properties. Kalau nak article aku, korang kena sebut nama aku dalam blog. Lebih kurang macam tu laa.. At least kena backlink ke artikel tu. Pelajar-pelajar IPT mesti familiar la dengan citation ni. Sebab nak buat thesis, tak boleh simply copy paste je idea penyelidik dulu-dulu. Kita kena bagi penghargaan kepada orang yang bagi maklumat kat kita. Ada faham???
Tapi sekarang dah kurang dah C&P ni. Hikhikhik... sekarang dah pandai nak cerita merepek-merapu-akusuka-kotaksukatakpe dah. Macam-macam cerita sekarang tapi gaya penulisan Cikza masih tak matang. Sebab rasa blog ni untuk suka-suka jer. Tak kisahlah tatabahasa tunggang langgang sekalipun. Tet! Marah cikgu ajar BM! Maap Cikgu-cikgu semua~ Entri pun dah bercampur. Ada tulis dalam BI, ada tulis dalam BM. Tapi majoriti BM la... Tak expect ada pengunjung dari luar negara baca blog ni.
Bila kita ada blog, sebenarnya memang la itu hak peribadi nak tulis apa-apa pun. Tapi janganlah sampai kita menulis untuk mengecam orang lain dan seterusnya membuka ruang-ruang supaya orang report blog kita ke SKMM. Padan muka ko kalau kena tangkap! Bagi Cikza, menulis blog biarlah berpada-pada. Tak perlulah menceritakan benda-benda yang mengaibkan diri sendiri dan orang lain. Bimbang menjadi fitnah. Tak eloklah kan?? Jangan juga mendedahkan lokasi tempat tinggal anda dan seumpanya. Nanti jadi sasaran orang jahat pulak!
Cikza cuma menulis blog untuk kepuasan diri sendiri. Hanya mencabar diri sendiri supaya sentiasa belajar menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat. Mungkin dari penulisan yang ringkas yang kita rasa entah apa-apa tu sebenarnya memberi 1001 erti kepada orang yang membaca. Mungkin ada tips, nasihat, motivasi, perkongsian secara tidak langsung kita sampaikan dalam blog. Tak gitu bloggers sekalian??
Cikza ucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog ni. Hihi..ada ke? Tak kisahlah. Cikza bukan selebriti pun nak ada follower beribu-ribu.
Terima kasih semua! Luv ya~
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Please leave ur comments wisely =)