Apam Eskrem Conetto | Belle of Paradise


Pengikut

Selasa, 5 Jun 2012

Apam Eskrem Conetto

Assalamualaikum dears,

Dua hari lepas terasa nak makan apam. Tapi nak buat apam polkadot dah bosan. Tiba-tiba teringat Kak Ita the Blogger pernah buat apam eskrem conetto ni. Sangat menarik gambar dia. Tapi masa teringat nak buat apam tu, Cikza dah ada dalam kedai nak beli barang. Satu-satunya barang yang diingati untuk apam ni hanyalah kertas. Agak-agak bahan dia sama je kot dengan apam polkadot.

Bila balik rumah, baru buka resipi. Oh, ada bahan yang tiada rupanya. Air eskrem soda. Malasnya mahu keluar semula pergi beli. Sudah tidak ada adik-adik yang boleh didera untuk ke kedai untuk tolong belikan. Hmmm...Kalau letak soda bikarbonat je dalam air tak boleh ke? Agak-agak apa jadi?? Nanti Cikza tanya kawan.

Malas-malas pun harus jugak pergi ke kedai. Kalau tak kempunan nanti tak dapat buat apam yang comel ni. Nanti teringat-ingat bila sampai UMP. Bila dah cukup semua bahan, barulah boleh sepahkan dapur bonda. Sorry bonda! Tak sempat nak tolong mop lantai before balik sini.

Inilah hasilnya selepas penat menahan mengantuk gulung kon-kon kertas. Hahaha...






Note: Takde DSLR nak ambil gambar cantek2.. Dan terlupa pulak nak g Instagramkan gambar. 

Buat kuih ni kena banyak bersabar. Dari awal sampai akhir. Kalau tak percaya, cubalah sendiri. Rasanya takde satu step pun yang tak memeningkan. Ouh, kecuali step mengadun bahan. Tapi inikan first try~ Erk..nak buat lagi ke selepas ni?? Untuk orang yang disayangi boleh la kot~ Baru berbaloi nak buat.. 

Resipi sila pergi selongkar belog Kak Ita yer..




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

1 ulasan:

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal