Bersabarlah dan Hargailah | Belle of Paradise


Pengikut

Ahad, 1 Julai 2012

Bersabarlah dan Hargailah

Sudah 2 minggu.. Dua minggu yang betul-betul sepi. Dua minggu yang penuh persoalan kenapa, kenapa dan kenapa?  Dua minggu yang tercari-cari jawapan. Dua minggu yang meruntun jiwa dan perasaan. Dua minggu tak lena tidur, kadang-kadang ditemani air mata. Adakah dia juga begitu? Atau hanya aku yang merasakan demikian?

Salah siapa? Salah dia? Rasanya tidak. Dia tidak melakukan kesilapan. 
Jadi salah akukah? Rasanya aku tidak melakukan kesilapan juga. Atau adakah kata-kataku mengguris sekeping hati kepunyaan dia? Aku tidak pasti..

Dan aku sudah mohon maaf di akhir perbualan. Tapi dia terus menyepi. Sepi-sesepi-sepinya..Lantas aku pun turut menyepi. Kononnya memberi kelapangan waktu dan ruang untuk dia. Dan aku setia menunggu sehingga kini tapi masih tiada sebarang salam dan sapaan dari dia. Sememangnya aku merindui dia tapi aku tidak berdaya kerana aku bukan pemilik hatinya. Hanya Allah~

Terima kasih Allah kerana menganugerahkan dia walaupun seketika cuma untukku. Aku sangat bahagia dengan kehadirannya. Sehingga aku terlupa dia hanyalah satu pinjaman dari-MU. Apabila Kau menariknya kembali, barulah aku tersedar dan aku hampir memberontak. Maafkan aku Ya Allah. Kerana  mengabaikan cintaku terhadapMu. Aku mohon Kau menjaga dia kerana Kau sebaik-baik penjaga. Jagalah imannya kepadaMu dan jagalah hatinya agar dia sentiasa gembira. Sekiranya Kau mengizinkan lagi pertemuan kami, temukanlah kami dalam keadaan yang Engkau redhai..Aku serahkan kepadaMu urusan kami berdua. Dan aku redha atas ketentuanMu. Ameen Ya Rabbal Alamin~

Notahati: Mungkin ini ujian Allah untuk kita. Semoga saya dan awak kuat menempuhnya.


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal