Pengikut

Ahad, 22 Januari 2012

(*_^)

‎___ *♥* ______*♥* ciNta tAKkan dAtaNg
_*♥*__ *♥*_*♥*__*♥* jiKa mEnungGu oRang yAnG sEMpurna 
*♥*_____*♥* ______*♥* tApi ciNta aKan daTang 
*♥*_______________♥* jiKa daPat mEneRima
_*♥*____________*♥* kEtiDaksEmpuRnaan sEsEoRang
___*♥*________*♥* dAn mEnciNtainya
_____*♥*____*♥* deNgan cAra yAng Sempurna
_______*♥*_*♥* — iTuLah CINTA....

__________♥__________________


~comel la pulak kata-kata ni~


*I did my best, but the other part is not mine* ^___^

Kulit merekah, bersisik, kering--->penyelesaiannya?

Assalamualaikum dears,

Hari ni sepanjang hari I rasa sangat sakit di bahagian organ paling besar iaitu KULIT. I boleh rasakan betapa tegang kulit ni, nampak putih-putih, bersisik dan merekah.. uwarrggghhhh SAKIT tau!

Semalam dh pakai losyen sebelum tidur sbb dr semalam lg rasa kulit kekeringan. Hanya orang yang mengalaminya saje tahu mcm ne rasa kulit kering ni. I ni dh la penghidap Psoriasis. Lagi la terasa kesakitan itu. Lagi-lagi I stress hari ini. Stress adalah penyebab kepada psoriasis bertambah buruk!

Esok I nk g Guardian. Cari EPO (Evening Primrose Oil) dan Collagen Dust.. Nk tengok berkesan x guna collagen dust ni. EPO memang dah terbukti berkesan tetapi I dh stop ambil sebab dh refer specialist HTAA. Tapi I rasa, I x cukup nutrient, overdepressed, kurang vitamin, kurang air.. So, I kene ambil supplement.

Esok ingatkan kite ek g Guardian! K bai~

Volkswagen

Jumaat, 20 Januari 2012

Wudhuk itu penyejuk

Assalamualaikum dears,

Tadi sy betol2 sedih, sakit hati, marah, pastu air mata berjurai-jurai (I kan ratu air mata..haruslah air mata tu tumpah dua hari sekali...woooo~wooo~) Tgh makan pon dh sebak..naseb baik tomyam tu pedas. Cover la sikit dari nk cry-cry td. Sy mmg sngt sensitif, mudah sentap sekarang, x leh serabut-serabut (nanti serabut, penat pastu mula la jiwa bak dibawa angin lalu- xde perasaan le maksudnyer). Teruk kan?

Lepas dh cry-cry sikit, n tulis nota2 penting, g amik wudhuk, solat.. Lepas solat, mcm terus lupa ape nk marah td. Dahsyat kan penangan wudhuk? Alhamdulillah...sy dh x marah, x kecik hati.. tp sy dh nekad dengan keputusan sy. Err,,,, korang x faham ek? X pe laa...kang nanti sy citer, sume org tahu lak.

Sy buat belog ni bukan nk citer hal buruk orang atau nk tulis entry marah2 kt someone, pastu citer every single details... NO! that's not my point of making this blog. Belog ni just my personal stuff, yg mane sy leh luah perasaan sy tanpa libatkan mane2 individu. Sy mmg xkn sebut name invidu2 tersebut.. BAHAYA sngt!

K la...tu je nk merepek~

Kisah puding trifle

Assalamualaikum dears,

Semalam buat puding trifle untuk orang tersayang~ Muehehe...siapekah???

Memang mencabar membuat puding ni di hostel sbb guna rice cooker utk masak lapisan kastad. Dh la bab kastad ni, mmg I selalu fail..(selalu x jadi la...) Kadang-kadang keras sngt, kadang-kadang lapisan kastad x melekat dgn jeli dan kek (bila kita potong puding, terus kastad bergolek jatuh ke tepi..hihi). Malam tadi kastad cair la pulak!! 

Ottokey??

 Ini lapisan pertama, Swiss Roll Cake (perisa ape pun x kisah, kut suka la..) Lapisan ni kite siram dengan air buahan koktel ataupon sapu dengan jem. Tujuannya supaya lapisan kastad nanti akan melekat dengan lapisan kek ni.

Ok..ni lapisan kedua (lapisan kastad). Mula-mula kacau kastad ni, kastad berketul-ketul la pulak..Mase tu dh cuak. sebab mmg dh tahu tak jadi ni. Lepas tu I tapis semua kastad yang berketul-ketul tu dan amik bahagian susu je. I suruh Nani kacau lagi 3 sudu besar kastad dalam air masak biasa. Hahaha...baru x berketul! Baru I tahu, sebab ape ketul-ketul masa awal-awal tadi. Okey, lepas ni dh buat dah kacau kastad guna air panas. Satu lagi, jangan tambah kastad direct dalam adunan susu yang panas tu yer, nanti konfem berketul-ketul. Kalau rasa kastad x cukup, u ols kacau dalam air sejuk then baru masuk dalam susu panas tu. Baru la lawa~

Lepas tu untuk lapisan ketiga (lapisan buah-buahan dan jelly), campak je la buahan ape yg u ols nk letak. Jangan letak durian sudah la... teeeet!

Yang ni rupa dia bila dh siap letak jelly kristal. 

Ha..macam ni la rupa dia dari tepi. Kan nampak 3 layers tu. Sebab tu la panggil puding trifle! Lepas tu tunggu sejuk sikit, baru la leh makan. Nak letak dalam peti, lagi best!


Kawan-kawan makan cakap sedap. So, lega la hati walaupun I sendiri x puas hati sebenarnya. Sebab lapisan kastad cair sangat. Jadi bila potong tu, terus melepek jatuh, kali ni x bergolek ok mcm kes lepas~ Tapi, xpe laaa... next tyme I try lagi!

As I made this desert with lots of love, I hope you all love me too!!!

Thanks for reading!!



Mataku pedih

Assalamualaikum dears,


Pedih pulak mata hari ni.. Power mata dah naik la ni agaknyer.. Dh lama x tukar spek mata. Lepas dapat duit elaun ni, nk tukar la... mata kena jaga kan????


Khamis, 19 Januari 2012

Hati perempuan, hati lelaki

Hati perempuan memang sukar untuk ditafsir,

Hati lelaki memang sukar untuk dicerobohi..

Selasa, 17 Januari 2012

Nebes2

Assalamualaikum dears,

Huh..dh tgh2 bulan January!!! Dh start nervous! (Ni pehal tulis entry byk tanda seru??) hahaha...

Bulan depan dah nk present utk proposal defense..ntah satu hape pon x de dlm otak ni.. haru biru dh skrg ni..okeyh2 bertenang!

Esok kite jupe student PSM tu, borak2 sket (eh, silap! bincang banyak2..)

Then, kite decide ape nk buat? So, malam ni kite tdow je la....hahahaha

Buang whiteheads and blackheads..dh xde hidung strawberry!!!

Assalamualaikum dears,

Td ikot my fren (Nani) buat treatment muka di NY Skin Solution, ECM. Sebenarnye ikot die nk g beli fail jer, utk kegunaan study. Tp tibe2 jer my fren offer wat treatment jugak sbb die ade baucer free. Dgn x bersedia mental dan fizikalnyer, melangkahlah kaki ke NYSS. Serba salah jugak sbnrnye, sbb dh tahu xde duit skrg tetibe   org NYSS tu promote2, pengsan nk jawab!

Before buat treatment, specialist dia akan scan kulit muka kita dulu untuk tahu ape mslh kulit dan rawatan yg sesuai untuk kulit kita. Masa dia scan kulit sy, mmg nampak la sngt teruk!!! Terus down kejap~ (kejap jer nk down pon...hahaha..sendiri x jage). Boleh specialist tu ibaratkan hidung sy mcm buah strawberry!!! Sbb banyak bintik2 dan lubang2...pastu berminyak. Dkt forehead pon problem, sblm treatment ade sebijik jerawat yg besar dan sngt teruk rupenye..Dekat dagu pon same. Tp yg paling teruk dkt pipi kiri. Yg ni, sy sendiri pon sedar sbb byk sngt jerawat dan mmg dh lama. Specialist tu cakap sebelah kiri ni dh dijangkiti bakteria n susah nk ubati! Hoho... Oh Allah saje yg tahu..sedey2 

Lepas tu, sy pon masuk bilik treatment dia. Cejukkkkkk sngt!!! Sebelum start treatment, pergi toilet awal2. Sbb treatment mula2 ni ambil masa 3 jam. Lama kan????

Mula-mula, dia bersihkan muka saya guna kapas basah (x tahu la dia basahkan dgn air saja atau dgn air bunga mawar, sbb wangi) untuk buang kekotoran kat muka. Lepas tu dia letak toner, toner dia sngt sejuk. And then, muka kita akan di'steam' selama 10-15 minit kot. Tp ni bukan steam panas, ni steam sejuk tau.. Mmg sejuk..

Lepas tu, dia dtg letak mask topeng tu... Tggu dlm 20 minutes. Masa letak topeng ni, rasa muka sngt tegang. Dh siap tu, specialist pon dtg utk buang blackheads and whiteheads kt muka. Oh, mmg azab!!! sakit sngt! Sbb dia korek, picit, tekan sekuat-kuatnya. Mungkin sbb sy x pernah buat treatment sblm ni, so mmg sakit laa. Tp terasa tau seolah-olah jarum dia tu toreh kitenye kulit,n korek keluarkan nanah. Mungkin orang lain x alami ape yg sy rase sbb different people have different problem n treatment. Sbb jerawat di pipi sy mmg teruk. So, dia kene usaha lebih sikit la utk keluarkan nanah2 dan kotoran dalam tu. Sempat lagi specialist tu pesan, jgn makan pedas dan seafood byk2.. Hahaha... feveret2...ottokey???? Masa dia syok2 picit sy punya whiteheads and blackheads tu, sy sempat tgk tisu yg dia guna..oh, mmg banyak darah sy melekat kt situ! Oh, lupe nk gtaw...menitis jugak air mata akibat dipicit-picit tu. Mcm nk patah, tulang rahang dan tulang hidung taw~

Selepas habis buang whiteheads and blackheads tu, dia pon letak ubat antibacterial rasenye. sbb x nk bg merebak kt tempat lain, yelah td kan dh berdarah-darah. Darah tu la yg akan bawa jangkitan. SBb tu dia letak antiseptic. Ubat tu dia biarkan selama 10-15 minit jugak laaa...Lepas tu, dia bersihkan muka, pakai mask sekali lagi. Mask kali ini gune yg cream. Ntah ape dia campur, pastu dia sapu kt muka gune brush.Kat mata2 sekali dia sapu. lepas 15 minit, dia akan angkat mask tu sekaligus. Senang je nk angkat sbb before dia sapu mask cream tu, dia dh letak kain kt sekeliling muka kita. Bila dia angkat hilang satu beban kt muka kejap. Phewwwww...

Lepas tu, dia cuci muka untuk buang sisa-sisa mask yang tinggal. And then dia sapu toner and moisturizer. Pastu siap!! Eh x habis lagii.....

Selepas rawatan, dia akan scan sekali lg untuk tgk hasil mcm ne. Memang menakjubkan la sbb jerawat kt forehead dh xde, pastu dagu dh licin. bahagian pipi pulak yg tdnye biru dan nmpak bernanah, skrg dh tinggal merah2 jer. dh xde sume yg td...Memang puas hati laaaaa~ I loike!

Overall, rawatan dia mmg bagus. Cuma harga sngt mahal. Berfikir sepuluh kali la klu betol nk buat. Mungkin suatu hari nnt, klu ade duit banyak smpai dh x thu nk buat ape, boleh kot consider???? Hehe....

p/s: Sorry la yer, xde gambar. Sbb mmg policy dia x bg kita amik gambar yg scan tu.. and also million thanx to Nani sbb bg I peluang untuk merasai treatment di NYSS! Maceyy

Thanx for reading!!!



Isnin, 16 Januari 2012

Sy bertekad untuk melupakannya!

Sy rase sy berjalan di awangan hari ni..Sy melintas x tgk kiri kanan, x thu sape kt sblh, ibarat sy dlm dunia sy sendiri..

Sy dh tekad untuk tidak berfikir pasal itu lagi. Sy dh x mahu tidur malam terganggu kerana memikirkannya. Walaupon perkara itu memberi impak yg maksima dlm hidup sy, tp x mengapa, sy akan cuba sedaya upaya untuk bertahan!

Sy percaya, semua ini akan berlalu tanpa sy sedari..Sebagaimana sy mudah untuk mengingati, sebegitulah sy mudah untuk melupakan..

Jumaat, 13 Januari 2012

I got my brother back..Thank u Allah

Bengkak lg mata I malam ni!!!! 

Setelah 6 bulan x bertegur sape dgn abg sy, baru hari ni sy berani bersoal jawab dgn abg sy..Itu pon selepas abg sy tegur sy kt FB td..mule2 mls nk layan sngt sbb kecik hati x hilang dgn abg. Tp abg dh mintak maaf, x thu kenape terus lembut hati ni...eh, bagus la kan???

Alhamdulillah, dh selesai mslh antara kami. Masing-masing dh luah ape yg terbuku... Hmm..bile difikirkan balik, enam bulan mase kitorg terbuang sbb lack of communication antara kami.. Biarlah apa punca kami salah faham dirahsiakan.. Masa telah merawat segala sakit hati, salah faham di antara kami. Semoga lepas ni, dh xde mslh antara kami... Sy hilang seorang abg, hilang tempat mengadu, hilang tempat membebel 6 bulan ni... 

Serius, hidup sngt tertekan walaupon sy buat-buat gembira, mcm xde mslh..Sekarang pon mslh belum selesai, tp beransur-ansur kurang.. Alhamdulillah Ya Allah...Syukur ku panjatkan...

Hatiku Milikmu -Nera AF9

Hatiku...

Hatiku...
Ada ribut melanda di dalam,
Melanda kedamaian di dalam hati,
Hilang sudah ketenangan,
Yang ada cuma kesedihan.

Hatiku...
Menangis dalam diam,
Terguris dek sikap dan tingkahmu,
Langit pun turut bersedih,
Menumpahkan hujannya membasahi bumi.

Hatiku...
Sedingin iceberg di Kutub Utara,
Walaupun keras dan kukuh,
Namun mencair dek panas,
Runtuh bila dilanggar Titanic.

P/s: Ni bukan sajak yer...so jgn nk komplen lebeyh2...hihi




Khamis, 12 Januari 2012

Jodoh, Allah tentukan

Oh, hujan!

Assalamualaikum dears,

Hujan selebat-lebatnye dr subuh yang hening td shg skrg dh tgh hr...dan x nmpk matahari lgsg hr ni~
Dan hujan telah menghalangku ke ofis, ke lab, ke fakulti dll!
Walaupon duk dekat je dgn universiti, namun I tidak sanggup kene hujan...nnt demam sape susah?? I la yg susah~ kene mkn ubat, arghhh x suke!

So, duk je diam2 kt bilik~

 K, bai....nk layan jernel!

Isnin, 9 Januari 2012

Pernah tak?

Assalamualaikum dears,


Pernah tak korang rasa perkara2 di bawah?

  • Tak nak cakap dgn seseorang, tp bila orang tu senyum je, korang terus cair. (Tak jd dh x nk cakap~)
  • Tak nak hirau seseorang, tp bile org tu say 'Hi!' atau buzz korang kt YM, korang terus tersenyum..Hahaha

  • Mogok x nak makan, tp buah hati ajak makan jer, terus cakap YES! (mmg fail la diet klu camni...)

  • Tengah ngantuk giler2, tp someone special msg,"Awk watpe tu?" Terus korang buka mata luas2, pastu balas msg, "Tgh tggu msg awk ler.." (Haha...gewdixx giler!)

  • Takde mood nk study, tp ade ler org tue ajak g study same2, terus korg kemas2 buku n cakap jom! (Study x ekhlas nie~ ekekeke...)

  • Korang suke salah faham ttg benda2 kecik dgn buah hati mcm x reply msg laa, x tnye khabar laa...smpai nangis2, tp esoknyer dh x engat dh sume tu..baik mcm biase (Ni no comment..I pon camtu, x psl2 nanges..pd hal benda kecik jer pon!!!)

Hahaha...x sume org mcm tu yer... Just appreciate your feeling! Allah bg kita banyak perasaan untuk kite experience sendiri..Kalu x, kite xkn tahu mcm ne perasaan gembira, sedih, nanges, benci, sayang, cinta dll...

Happy experiencing your own feelings...tp jgn terbawak2 sngt yer... K bai!

RAMLI dan AYAMAS saje okeh!!!

Assalamualaikum w.b.t,

"Saya x makan sosej dan nuget keluaran lain selain dua jenama di atas. Sekian."

Entry nk kene lempang...tetibe je buat announcement mcm tu ek???












Sabtu, 7 Januari 2012

Handphone baru dan lama

Assalamualaikum dears,

Perkara di atas adalah dirujuk. Cewaaaaahhhh!! Ingat ni surat rasmi ke???? Hahaha...

Ape ke halnye pulak dgn handphone baru dan lame ni yer???


Hari nie sy pergi hantar adik angkat sy Aizudin balik asrama Sek. Men. Sain Sultan Hj. Ahmad Shah atau lebih fames dgn name SHAH Pekan. First tyme smpai sekolah tu...boleh la dikatakan besar dan x crowded mcm sekolah menengah sy..hihi.. angin bertiup sepoi2 bahase, dgn pohon2 besar melambai-lambai....wah, best! mungkin sebab kedudukannya yg dekat dgn laut jd lebih berangin la...

Eh, melalut-lalut smpai ke laut lak ek??

Mcm nie, td sbnrnye teringin nk amik gambar kt sekolah SHAH tu dgn Din... yelah dh la first tyme dtg, mesti la nk abadikan kenangan kan?? tp xde kamera la pulak~ handphone pon x canggeh! 

Ish..ish..sob..sob..sob

Hp skrg bukan xde kamera tp kamera VGA jer dan xleh nk transfer ke leytop nnt. Dulu dh pakai Sony Ericsson tp 5 bulan lepas, HP ku rosak!!! Screen hp jd white..tp sound xde masalah.. dh g hntr kedai, tokey kedai cakap RM70~ 

OMG!

Sebenarnye xde lah mahal sngt..tp disebabkan xde duit, tyme tu lak sibuk nk smbg master, nk berenti kerja lak, x jd la nk baiki tyme tu...huhu..balik rumah, sambar Hp abah yg lame..die dh x nk pakai~ so smpai sekarang la pakai Motorola ni~

Skrg ni tgh duk berpikir2, nk beli handphone baru atau nk baiki handphone SE tu?? Kalu beli baru, sah2 laa kene kuarkan duit yg sngt byk.. Kalu nk baiki baru, xde mslh, cume rase dh ketinggalan zaman sngt.. Hahaha...

Teringin nk beli Galaxy Tab ke Galaxy Note ke~

Galaxy Note

Galaxy tab


Kenape???

Sbb senang nk amik gambar n leh update belog dgn cepatnyer!! Perasan x belog sy xde gambar sngt???

Kan? Kan? Kan??

Mesti korang bosan kan bace belog xde gambar???

Korang doakan la sy dimurahkan rezeki utk beli salah satu perkara di atas!

amiin~



Jumaat, 6 Januari 2012

Salah tafsiran hal mengumpat

SERINGKALI kita mendengar: “Aku bukan nak mengumpat, tapi ini cerita betul, sumpah aku tak tipu...” Kata-kata seperti ini atau yang seumpamanya dimanfaatkan oleh pengumpat sebagai pembuka bicara. Sedar atau tidak, sebenarnya mereka sudah melakukan dosa besar dan berhadapan dengan ancaman Allah. Hal ini berlaku kerana mereka memberikan tafsiran salah mengenai mengumpat. Bagi mereka, bercakap perkara benar yang dibenci pelakunya pada orang lain bukan dikategorikan sebagai mengumpat.
Apa itu mengumpat? 
Mengumpat dalam bahasa Arab adalah ‘ghibah’. Ia berasal daripada perkataan ‘ghaaba’ iaitu hilang daripada pandangan. Disebut ‘ghibah’ kerana perbuatan mengumpat dilakukan tanpa kehadiran orang yang diumpat. (Lihat: 'Umdat al-Qari Syarh Shahih al-Bukhari oleh al-'Aini, 8/208).

Al-Imam al-Munawi berkata: “Ghibah (mengumpat) adalah menyatakan keaiban seseorang di belakangnya sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau isyarat.” (Lihat: Faidh al-Qadir Sayarh al-Jami' al-Shaghir oleh Zainuddin al-Munawi, 3/166).

Nabi sallallaahu 'alaihi wa sallam (s.a.w) pernah menjelaskan mengenai erti mengumpat. Sabda Baginda: “Mengumpat adalah menyebut sesuatu perkara yang tidak disukai saudaramu (di belakangnya). Lalu seorang sahabat Baginda bertanya: Apa pandanganmu sekiranya apa yang aku sebutkan benar-benar ada saudaraku? Nabi menjawab: “Jika engkau menyebut sesuatu yang benar-benar ada pada saudaramu (sedang dia tidak menyukainya), maka kamu sudah mengumpatnya. Jika sesuatu yang kamu sebutkan tidak berlaku ke atas saudaramu, maka kamu sudah memfitnahnya.” (Hadis riwayat Muslim, no: 2591)

Saya anggap penjelasan Nabi sangat mudah difahami. Semua perkara dibenci saudara kita untuk didedahkan walaupun ia benar, maka usaha mendedahkannya dikategorikan Nabi sebagai mengumpat.


Ancaman Allah:

Firman Allah, maksudnya: “Dan janganlah mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang di antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?
Maka tentulah kamu berasa jijik padanya. Dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat, 49:12)

Firman Allah lagi: Maksudnya: “Kecelakaan bagi pengumpat dan pecela.” (Surah al-Humazah, 104:1)

Sabda Nabi maksudnya: “Sesiapa yang menyelamatkan daging (kehormatan) saudaranya daripada diumpat, nescaya Allah akan membebaskan dia daripada neraka.” (Hadis riwayat Ahmad, no: 27062)

Ini bererti sesiapa yang mengumpat, balasannya neraka Allah, na'uzubillah. Bahkan banyak lagi hadis Nabi yang mencela pengumpat.


Mengumpat yang dibolehkan:

Al-Imam al-Nawawi menyenaraikan enam keadaan yang dibolehkan mengumpat.
(Lihat al-Azkar oleh Yahya bin Syarf al-Nawawi, hal. 208).

1. Ketika dizalimi. Orang yang dizalimi harus menceritakan mengenai orang yang menzaliminya kepada polis, peguam, hakim atau pihak berkuasa agar tindakan diambil.

2. Ketika memohon bantuan untuk mencegah kemungkaran. Jika kita terlihat maksiat, tetapi tiada upaya untuk mencegahnya. Seperti tiada ilmu untuk menegur maksiat tersebut. Maka, kita boleh memohon pertolongan orang yang berilmu untuk mencegah maksiat tersebut dengan ilmunya.

3. Ketika meminta fatwa. Seperti isu rumah tangga yang perlukan penyelesaian melalui fatwa hakim atau mufti.

4. Ketika mengingatkan seseorang daripada bahaya. Seperti menasihat penuntut ilmu agar tidak mengambil ilmu dari orang yang jahil.

5. Ketika menegur perbuatan maksiat yang dilakukan secara terang-terangan.
Seperti teguran peminum arak, kaki judi dan lain-lain.

6. Ketika menjelaskan tanda pengenalan diri seseorang: Seperti kita ingin mencari seseorang yang kita terlupa namanya, tetapi kita hanya ingat sifatnya yang kurang sempurna. Lalu dinyatakan sifat tersebut agar dapat menemuinya.


Al-Syeikh Salim Al-Hilali berkata: “Keharusan mengumpat untuk keadaan-keadaan di atas adalah hukum susulan bukan hukum asal. Oleh itu, jika hilang sebab-sebab yang membolehkan mengumpat, maka dikembalikan hukumnya kepada hukum asal iaitu haramnya mengumpat.

Katanya lagi, “Dibolehkan mengumpat kerana darurat. Oleh itu, perbuatan mengumpat itu diukur sesuai dengan keperluannya sahaja. Maka tidak dibolehkan memperluaskan bentuk- bentuk di atas. Bahkan orang yang berada dalam salah satu daripada keadaan darurat di atas (sehingga dia dibolehkan mengumpat) hendaklah bertakwa kepada Allah dan janganlah dia menjadi termasuk di kalangan orang yang melampaui batas.” (Lihat Bahjat al-Naadzirin Syarh Riyadh al-Solihin oleh Salim al-Hilali, 4/35-36).


Isu dan tindakan kita:

Apa yang membimbangkan umpatan pada hari ini berunsur mengapi-apikan antara satu dengan yang lain. Bermula daripada isu politik negara yang membabitkan pemimpin kerajaan dan pembangkang sehingga isu anak melayu yang berkahwin sesama jantina, isu pelajar pintar yang dikatakan berubah sikap, isu gosip di kalangan artis dan lain-lain, kebanyakannya disebarkan dalam bentuk mendukacitakan. Bahkan dilihat seolah-olah melaga-lagakan sesama manusia.


Takuti ancaman Nabi:

Maksudnya: “Tidak akan masuk ke syurga pengadu domba.” (Hadis riwayat Muslim, no: 06).

Kita perlu bertindak lebih matang dan menjaga prinsip sebagai seorang Muslim dalam mengulas apa jua isu agar tidak tergolong di kalangan pengumpat dan pengadu domba, apatah lagi pendusta. Memastikan kebenaran maklumat yang diperoleh, bersangka baik, menasihati secara berhadapan, membetulkan kesalahan secara umum, bersabar dan berdoa adalah jalan keluar terbaik.

Ruangan minda kali ini diakhiri dengan memetik pesanan Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau berdiam diri.” (Hadis riwayat al-Bukhari, no: 6018)

oleh Fathul Bari Mat Jahya Penulis berkelulusan Sarjana Usuluddin Hadis, Universiti Yarmouk, Jordan
Assalamualaikum dears,

Salam Jumaat untuk semua readers..Semoga hari nie penuh keberkatan dan kerahmatan dari Allah S.W.T untuk korang sumer~

Hari ni xde la perkara yg sngt menarik untuk diceritakan.. Hanya rutin seharian jer laa.. pergi kerja kul 10pg, rehat kul 12tghr, balik kul 5ptg...Ni tgh tggu nk balik la ni~ Hihihihi....

Mase rehat td, ofismate ajak g makan2 kt Giant. Pastu diorg nk beli barang2 sikit. Sy pon dh smpai kt situ, gatal jer tgn nk capai itu ini... ish3x

Sempat la jugak capai Bio Essence Gentle Wash satu. Mmg facial wash dh nk habis pon.. Ingt nk tukar jenama lain. Tp malas nk g survey2 harga product2 lain...lgpon yg Bio Essence ni tgh sale => RM16.88 jer... Biase harge die RM 20++... untung la beli.. (hahaha...skrg bru pndai berkire nk beli brg dgn harge murah. dulu main smbar jer!)

Pastu kitorg g mkn KFC. Dh siap2 makan, pastu balik la ofis~ Kerja x habis lg!

Khamis, 5 Januari 2012

We plan, Allah plans

Assalamualaikum dears,

Today, giler nk buat entry.. Kalu malas, lgsg xde entry..Hihi

This morning, I dh plan nk resign dr kerja as part timer kt company skrg ni. Reason? Biar je la I yang tahu..Tp Allah bg ujian td.. Tibe2 je admin officer cakap klu die offer kerja tetap mcm ne? Hah! harus la terperanjat sekajap td.... Tp terus bg jawapan.. 

U ols agak2 ape jawapan I??

Accept?

@

Reject?

My answer was, "Akak, bukan sy x nk kerja tu..tp sy x leh kerja mase sy study. Nanti biasiswa sy ditarik balik!"

Haha...betol ape! memang I xleh accept ape2 job offer right now because once there is record in KWSP/SOCSO/LHDN that I am currently working full time, my scholarship might be terminated... Oh x sanggup!

Mungkin bukan rezeki skrg untuk I kerja...xpe laa

We plan, Allah plan.. but Allah's plan is the best!!



My Someone Special Birthday

Assalamualaikum dears,

Kalu 1 Jan, orang lain sibuk sambut new year, buat azam baru, tp for me, 1 Jan is my mother's birthday. Ti,ap-tiap tahun sy plan nk buat ape, nk bg hadiah ape, mcm ne nk gembirakan umi on her bithday walaupon die cakap xpe laa...bukan bithday sebenar pon. dlm IC je mcm tu~ 

Teringin je nk bawe umi makan best2 kt restoran, bg hadiah gempak2 kt umi..tp x mampu lg. Yelah, sejak bergelar student semule ni, lg la rase semput klu sebut bab duit. Nk makan, duit...Nk beli hadiah, duit....

So, untuk birthday umi kali ni, sy buat kek coklat n chicken chop. Tp chicken chop buat lewat satu hari.. Hehe.. Gambar kek x sempat nk snap~ Umi dh x sbr nk mkn..lgpon die cakap dh bese amik gmbr kek coklat ni.. Ni gambar chicken chop..First tyme try buat. Umi n abah puji..thank u my dear~


Sedap!!!

Sendiri buat, sendiri makan, sendiri puji~

Yela..sape lg nk puji klu bukan diri sendiri kan???

Untuk Umi,
 Selamat Hari Lahir...Semoga Allah merahmati Umi setiap masa. Amiin~
Saranghaeyo!!




AzaM dan Cita-cita

Assalamualaikum dears,

Sedar-sedar dh 5 hari rupernyer berada dalam tahun 2012. Tahun 2011 sudah ditinggalkan dengan banyak memori indah da
n x indah~ Tp, seperti biase, hanya memori indah je akan dikenang.. Yang tak indah, sila campak tepi.. Jangan campak jauh sngt, takut nnt terlupe~ Kadang-kadang kite kene ingt jugak memori x indah ni.. Sbb kite kene bljr dr kesilapan, kegagalan, kepedihan, kepahitan... Cewaaahhh...ayat! Hahaha...

Hmm...ape ek azam tahun ni?? Dh 5 hari sy duk pikir ape die. Rasenye dh jupe... 

Sy BErAZAM untuK HabiSkan Master Sy Tahun Ini!!!

Sy x nk letak AzAm Lain...NNt tak terkejar. Sy bukan jenis yg suke buat byk kerja byk2 dlm satu masa..hehehe...

Kalau boleh nk selesaikan semua eksperimen tahun ini. Tinggal writing thesis je tahun depan. Masa tu dh leh pikir nk cr kerja or smbg PhD pulak...atau Kahwin~ ooppppsss... no comment!

Sy berharap cita-cita sy nk jd lecturer tercapai.. Lepas ni nk kene cr scholar dr mane2 Universiti la untuk mencapai cita-cita ini.. Doakan ye kawan2~

Bye!


Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal