Pengikut

Isnin, 31 Disember 2012

Selamat tinggal 2012, Selamat Datang 2013

Assalamualaikum dears,

Lagi beberapa jam nak tinggalkan 2012. Tahun ni paling banyak dugaan buat saya. Tahun bersedih agaknya. Rasa penat sangat. Penat menanggung kesedihan yang tak putus-putus. Penat menaruh harapan dan impian. Mungkin kurang usaha. Sebab itu gagal.

Menceritakan ibarat membuka luka lama. Jadi lebih baik disimpan. Hendak dilupakan, tak mampu. Sudah berbulan peristiwa itu berlalu. Kalau boleh dilupakan, pasti dah lupa. Tapi nampaknya masih kekal di ingatan. Sakit pun masih terasa.

InsyaAllah, 2013 semuanya akan berubah. Walaupun payah, tapi harus dan wajib dilakukan. Biarlah Allah mengadili semua yang berlaku. Dia Maha Adil. Maha Mengetahui apa yang terjadi sebenarnya.

Semoga kebahagiaan muncul selepas ini dan semoga saya menjadi orang yang baru.




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Isnin, 24 Disember 2012

Email customers masuk spam

Assalamualaikum dears,

Hari ni rasa terbuka hati nak jelajah spam emails dlm gmail. Scroll punyer scroll tibe2 nampak order dr customer.. 

Oh, NO!!!

12 days ago pulak tu.. cian kat customer, cian kat kiter juge! (*nanes)

Cepat-cepat reply email customer minta maaf... 

Tapi still wondering mcm mane google sort out ni email spam ke tak? sebab orang lain hantar email tanya pasal collagen dust tak masuk spam pulak?

*wondering...wondering


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Khamis, 20 Disember 2012

2012.2012

Assalamualaikum dears,

Its 20122012!!

*Gambar hiasan semata-mata. Koleksi peribadi~

Nak citer ape ek? Hari ni baca journal je. Kuar dr bilik untuk g beli makanan. Kalau ade makanan kat bilik, confirm tak keluar. 

Kite cite pasal semut lah, boleh?

Pagi tadi lepas solat subuh, tarik buku log dari rak buku. Sekali tarik, bersembur (betul ke perkataan ni) keluar si semut dan kawan-kawannya (semut jugak) dan partikel-partikel halus (makanan dia kot dan sarangnya). Oh, terperanjat kite taw~

Rasanya baru letak buku tu 2 minggu kat situ. Dah bersarang semut pulak. Kalau biskut sarang semut tu boleh gak makan. Hahahaha...hampeh ^______________^

Pagi tadi malas nak bersihkan semua buku tu lagi kat rak. Sebab lapar. So, kite brekfes dulu la... Sedapnya makan sandwich tuna letak tomato dan zucchini sejuk. Rasa mcm makan eksrem tomato pulak. Lepas dh buat kerja sambil dengar Prof Muhaya bercakap (sila download rakaman audio dari laman sesawang IKIMfm kalau nak dengar nasihat Prof Muhaya setiap masa), barulah bersihkan rak buku tu. Sekarang dah jadi habit, bangun pagi pergi download motivasi Prof Muhaya kat IKIMfm and dengar sambil breakfast and wat kerja. Petang dengar lagu rock! Hahahaha...

Ok, sambung citer semut semula..



Tapi kan............


Semut dan kawan-kawannya dah takde!!! cepatnya mereka berhjrah??
Tinggal mayat askar-askar je. Ratu semut dah blaaah kot... Heh!

Dah alang-alang dah keluarkan buku-buku dari rak, laplah semua buku-buku tu.. Oh, dah berhabuk buku-buku.. Cian diorang. Sepi di atas rak~ Ish..ish..ish (*panjang pulak entry ni jadinya)

Rasanya dah takde makanan kat atas meja ni yang terdedah. Memang simpan elok-elok tak nak bagi semut makan free. Tapi semut ni pandai jer eh? Hish.. Aku rasa semut ni sejuklah. Jadi dia nak tidur dalam buku. Berhibernasi.. Yelah, buku-buku kat rak sebulan sekali belum tentu sentuh.. Diorang pun tahu! Hihihi..

K la~ Bai!

*Tengah tunggu video nikah and sanding Maria Elena loading..
Sorrylah entry takde kaitan dengan tajuk =P



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Selasa, 18 Disember 2012

International Nights Universiti Malaysia Pahang 2012

Assalamualaikum dears,

Last night, I went to International Nights 2012 at Astaka UMP which is organized by International Office and 1 UMP 1 World Committee. This programme is an annual event which involves all international students from different countries for introducing their cultures and to foster the spirit of cooperation and unity between students and staffs.

It is a great platform for them to introduce their cultures and traditions. The theme was 'Colours of the Worlds'. It was a splendid night for me because I felt like I was in Libya, China, Egypt, Bangladesh, Indonesia, Palestine, Yemen, India and Korea. Hahaha.. nice!

So, enjoy the pics!


Please focus on the banner. Like its theme, the banner was also colourful. I loike~
On the stage, they were students from India. You see the little boy on the stage. How excited was him last night. From Bollywood movies, I knew that Indians love to dance. They can dance anywhere and anytime. The dance on the stage is the common dance I watched in movies. (Rasa nak menari jugak jer malam tadi..hahaha)


Above pics show how happening was the last night event. So many people, shows, dancing and singing and of course lots of foods! Weird foods~ Erk...
The girls in cheongsam (Malaysian called this apparel, cheongsam, but I don't know the true name of it!). Anyway, they were doing some strings showcase. Actually I do not the name of games because it was so loud last night. MC was talking, but the audience voices arte louder than the speaker. So, how to listen well?? Haha..so, have fun je la..  Just watch and see they enjoyed themselves.


Hidayah and Naniey got presents in lucky draw session. How lucky they are. Congrates roomates! The second picture is the pic of my roomates. I just went to the country booths for picture snapping jer. (Tak sempat nak baca pon. Seronok sangat tengok gelagat manusia)


What is this baby's name eh? I forgot. I just knew she is the daughter of Syahid Ali and Mayra. Syahid Ali is from Pakistan. He married Mayra, a Malaysian who is my friend's cousin. How lovely is the baby right? So cute and sporting!! She was a star last night~ Hikhikhik


The first two pictures were taken with my Indonesian friends, Iin, Irma and Apit. They are students in FIST. The third pic is Dr. Abdurrahman Hamid Nour with his daughter and wife. The fifth pic is Naniey and her 'lovely' sister.. Hahahaha... And the last is students from China.


These pics was the traditional fashion showcase. They wore their own traditional apparels. Sorry dears, I do not remember which countries are they. Hihihi.. I just can identify a few only. The third is from Sudan. 4th is from India, 6th is from China, 7th is from Indonesia, 8th id from Bangladesh and last one I think from Iraq.

This is the best scene last night. They are from Iraq and my lecturer was also dancing on the floor. I do not know the name of dance, but they just moved their legs with similar patterns and they dance in circle! They toured half of the hall last night. The first round was only the Iraqis. They were really enjoyed themselves in this dancing. I do not know what they said in the singing because it was in Arabic. And suddenly for the last round, our Dato' NC, Dato' Daing Nasir also joined them in the dancing. Hahaha... so nais! The hall light up with the dancing mood from the time. I think everybody is making their moves to see the dancing. Less people sit on the chair~




These booths are from Yemen, China, Egypt and India.


These are the booths froms Libya, Bangladesh, Indonesia and Malaysia.


Haaaa... this is the weirdo foods I told you before. Some desserts are nice to see and nice to eat, but some are nice to see but not nice to try, and some are not nice to see but very delicious. Hahaha.. and sorry again! I really do not know the names of the foods. -Failed as blogger-

I really enjoyed myself last night. Thank you roomates for going together to the event! Luv ya all~

@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Selasa, 11 Disember 2012

Entry all in one

Assalamualaikum dears,

Hai semua orang!! Sekarang saat ini ditulis, jam menunjukkan pukul 2.15 pagi. Hahahaha.. Ye! Saya tak tido lagi. I know I should sleep. Lebih-lebih lagi dah makan ubat demam tadi. Well, it turned out my eyes are still widely opened! *Deng!

So, untuk mengisi masa lapang ni, marilah kita buat satu aktiviti. Walaupun syok sendiri, sekurang-kurangnya terisi la jugak blog ni yer~

Saya akan pilih gambar-gambar dalam laptop ni secara rawak dan cerita sikit ttg gambar itu. Okeyh? Jom kita tengok gambar-gambar pilihan mata malam ni. Eh, pagi la!

Ini Encik Akauntan tempat saya kerja dulu. Masa ni birthday dia thn ni.. Bape ek umur dia? 30 kot~
Dengan dia la, saya banyak belajar pasal akaun-akaun ni. Terima kasih Encik Akauntan sebab sudi ajar sy yang selalu blurr ni.. Haha



Amboi! Keningnye terangkat! 
Hi, saya Fayyadh!!
Ini anak ketiga Kak Ct Riwati, staf UMPH, tempat sy kerja dulu. Masa ni dia tengah tidur, 
Tapi sebab saya jeles tengok dia tidur, saya kejutkan dia. Akhirnya dia bangun dan buat muka mcm tu! Sangat comel~


Eh, apa ni??
Korang rasa apa?
Ini doh roti yang dah kembang. Lama tau nak uli roti ni. Sejam lebih. Nasib baik buat 500g jer. Tu pun dah nak tercabut lengan mengulinya.
Nak wat macam mana? Takde BM-Breadmaker.
Oh, nak masukkan dalam wishlists la. Kawin nanti, nak hadiah BM okeyh~ 
Ini first trial buat pizza sendiri.

Wow, rainbow!! Seingat saya, ini kek masa Hari Ibu. My mom request dia nak kek macam ni. Sebab cantik! ^_^
Lepas beberapa bulan berlalu, pernah tanya umi, nak buat lagi tak kek tu. Dia cakap, tak nak dah!
Hahaha...

Hmm.. ini gambar sebahagian barang-barang untuk pengurusan jenazah. Masa ni attend kursus pengurusan jenazah di rumah Cik Ngah. Best jugak pergi kursus ni. Sanggup tak balik UMP sebab nk menghadirkan diri ke kursus ni. Banyak yang dipelajari masa ni. Macam mana nak mandikan jenazah, nak kafankan jenazah. Tapi lagi best kalau ada praktikal sekali.


Oh, ni gambar Bulan Mei kot. Masa ni lalu highway yang sedang dibina dari Bukit Besi ke K.Trg. Saje drive lelaju. Nak tengok mampu setakat mana kawal kereta. 160km/j! Tapi masa tu je la. Lepas tu, dah tak pernah bawa lebih dari 140km/j dah. =P

Itu adik bongsu saya and my mother.
Ada kisah di gambar ni. My sis jeles sebab I kissed my mommy's cheek and snapped a picture together with her. My sis saw it and she wanted mommy to kiss her also. What a little girl! So, sebab tu lah ada adegan di atas.

Me, Note and Ameena!!
Hello Ameena~
How are you in Kerteh? Ingat aunty lagi tak?? Nanti aunty g lawat Ameena and Ummi di Kerteh yer.

Gambar ni, sila fokus kepada kari kepala ikan itu. Oh, sangat sedap!! Ala..dahlah tengah lapar sekarang. Tengok gambar makanan bisa buat perutku berkeroncong buat Ana la. Kari kepala ikan ni akan disantap apabila Mak Cik Fatimah belanja makan. Eh! Hahaha...sebab tu sedap~

Erin, Dc and Me
Masa ni tengah tunggu waktu berbuka di Padang Hadapan Masjid Negeri di Kuantan.
Tradisi la kat Kuantan ni untuk berbuka di padang. Dulu sy pun hairan. Takde kerja ke nak makan kat padang??
Cuba dulu eh. Baru tahu best ke tak~ 
lalalala...

Erk!
Apesal suci sangat muka time ni?
 Oh, ni masa tengah tunggu semua orang nak daki Bukit Pelindung. Masa ni hujan renyai-renyai.

Ni pun gambar di Bukit Pelindung. Masa ni dah separuh perjalanan. Sedang menuruni bukit untuk turun ke Teluk Cempedak.

Ai suka gambar ni!!!
Kalau edit lagi ni, lagi cun~ tapi tak reti. Biarkan je la macam ni.
Puas hati tau sebab berjaya daki Bukit Pelindung ni. Walaupun penat masa naik tu. Sebab minda tak sedia. Tiba-tiba panjat bukit! Ini dah kali ketiga panjat bukit. So, ok la sikit. 
Ok ke? *Matakeatastangandidada

Ini gambar Hari Raya Korban tahun ini. Alhamdulillah, tahun ni selesai hajat untuk menunaikan ibadah korban. InsyaAllah tahun-tahun depan pun nak buat lagi. Kepada pelajar-pelajar IPT, jangan rasa diri tak mampu untuk berkorban sebab takde duit. Kalau niat nak korban tu ada, dari hari ni dah start kumpul RM1-RM2 sehari untuk ibadah korban tahun depan. Amacam, boleh?? 
Teringat kata-kata Prof. Dr. Muhaya dalam IKIMfm. "Berkorban sesuatu yang tidak baik kepada yang baik. Duit adalah benda yang tak baik, kita korbankan duit untuk sesuatu yang baik iaitu pahala."


Ni sebahagian dari daging lembu yang dikorbankan tadi.

Ha.. ni peta dari rumah saya ke SMKKGB. Adik bongsu la punye kerja ni. Dia paksa saya buat homework dia. Sebab dia tak reti cari peta dari rumah ke sekolah dan macam mana nak tandakan kat peta. Ini saya guna Note jer. Susah jugak nak edit kat laptop. Takde Photoscape masa tu. *eh, sekarang pun takde~ Teeheee

Donato!!!
Donut+Potato=Donato
First time buat masa ni. sangat lembut. Semua orang suka. 
Well, like my old friend said, whatever we cook, if we made it with love, it will be so tasty!!
Yeah, I admit it!

Pavlova!
Seseorang pernah cakap dia nak makan ni kalau dia datang rumah saya. Saya tunggu dia datang tapi tak datang-datang. Dan mungkin tak datang dah. Dia hilang tanpa berita. Saya tak mampu nak cari dia. Walau di mana dia berada, saya doakan dia selamat. Dah tak makan pavlova sekarang. Sebab malas nak pergi beli whipping cream! Hahaha

Roti Pita.
Saya suka makan makanan macam ni. Arabian+Western style. Sandwich style. Rasa sedap dan seronok   jer makan.


Ha...ini capati!!
India mari punya~ Hahaha
Takdelah dari India. Saya buat sendiri ni. Quite ok untuk kali pertama percubaan. Lepas ni nak cuba lagi buat. Tapi kena beli non-stick pan dulu. Nanti melekat kalau guna pan biasa. Best makan ni sebab tak guna minyak pun. So, sangat healthy. Wah..tak sabarnye nk buat capati lagi kat rumah!!

Ini masa hantar kereta untuk rotate tayar. Masa ni dah 20000km dah. 

Nabilah, Me and Nani.
Masa ni depan Parkson. Boleh kami semua duk bertenggek kat situ, bergambar sakan. Masa ni Nani tak kawin lagi!! 

Ini kat Johor Premium Outlet (JPO)
Dengan Iffah dan Nadira. Saya sekadar berjalan-jalan kenal tempat orang jer. Mahal kot nak shopping sin.

Oh, dah habis???
Baguslah...mata pun dah berat. Mungkin bakal tidur dengan lenanya bila rebah di atas katil nanti. Tak sempat dah nak cek ejaan entry ni salah ke betul. Biar je la eh?

Goodnite semua~

Catatan tamat pada 3.21a.m





@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Isnin, 10 Disember 2012

Exam Public Mutual, Kenduri Kahwin dan Demam

Assalamualaikum dears,

Sepanjang minggu lepas berhempas-pulas belajar untuk menduduki peperiksaan untuk ditauliahkan sebagai Unit Trust Consultant (UTC) di bawah Public Mutual. Haru jugaklah kehidupan minggu lepas kerana terpaksa belajar perkara dan terma-terma baru dalam skop pelaburan. 

Exam ni guna komputer. Tak reti komputer, takleh jawab exam!


Ada slip exam tau..hahahaha

Dan akhirnya? Alhamdulillah dah lulus! Tunggu dapat kad kuasa dari Public Mutual, dah boleh mula potpetpotpet.. hahaha (eh, lupa nak snap gambar slip result)

Balik dari exam Sabtu lepas, dah mula rasa tak sedap badan. Rasa sakit tekak pulak tiba-tiba. Tapi abaikan je. Nanti eloklah tu. Tapi bila malam, dah rasa pening-pening pulak. Terus makan panadol 2 biji tak nak bagi melarat demam ni. Sy kalau demam, memang akan ambil masa untuk pulih. 

Bangun pagi tu rasa macam tak berubah jer panas badan. Lepas sarapan, terus makan panadol lagi 2 biji. Lepas tu pergi basuh baju. Tu pun pilih baju apa nak basuh sebab tak larat nak basuh semua. Maklumlah, cucian tangan sahaja.

Lepas dah basuh baju, mandi dan bersiap untuk ke kenduri Nadira dan Faris di Kg. Padang (Kuantan). Terkilan sebenarnya tak dapat pergi masa Nadira dan Faris akad nikah. Tapi nak buat macam mana, kena exam.

Menjeling-jeling eh korang.. Romantik tak? Both are my friends during Undergraduate Study.


Akhirnya sampai ke kenduri mereka walaupun sesat sekejap kerana peta yang diber sedikit mengelirukan. Nasib baik dah pernah sampai rumah Faris sebelum ni. Jadi, ingat-ingat lupalah jalan itu. Masa kami sampai, Nadira dan Faris baru sampai ke rumah. Oh, ini majlis bertandang yer. Majlis sebelah rumah keluarga lelaki. Sempatlah bergambar sekeping dua dengan pengantin perempuan sebelum masuk ke dalam untuk makan. Eh, dah lapar ni! Jom tinggalkan pengantin.. Kita makan dulu~

Hai pengantin!

Bersungguh-sungguh Nadira makan.  
I nampak u makan dengan berseleranya. tak control ayu langsung. 

Lepas makan, masuk dalam rumah bergambar lagi dengan pengantin. Hmm...barulah lengkap semua roomate ada.

Tahniah Nadira and Faris!!


Lepas tu, kami pergi UIA Kuantan untuk hantar Hidayah ke sana. Ada 'meeting'! Bukan 'dating' okeyh. Hehehe.. Lepas tu gerak g Megamall. Oh, lupa nak cerita, masa kat UIA sempat lagi kena hujan. Terus rasa pening. Dah cuba elak hujan tu tapi tak mampu. Sampai Megamall, dah tak larat. Jalan sekejap, lepas tu duduk. Kirim je kat kawan-kawan mintak belikan itu ini. Dalam Megamall, sejuk sangat. Dah menggigil-gigil kaki masa tu. Masa nak balik pulak, menghadap cahaya matahari yang sangat panas dan terik. Tepat pada mata. Sampai je bilik terus pengsan. Tak sempat nak buka stokin pun. hahaha.. terus tidur. Bangun-bangun sebab nak buang air. Lepas tu salin baju, makan roti sambil mata terpejam, makan ubat dan tidur. Tidur sejam jer tapi tak lena sebab kaki cramp, pinggang sakit. Ambil masa la nak turun panas badan malam tadi. Huhu.. 

Lepas dah rasa okey sikit, bangun makan sup sayur yang dah order sebelum tu kat kawan-kawan. Oh, susahnya nak telan. Sebab tekak sakit. Rasa macam dah bengkak dalam ni. Akhirnya kirim roti wheatgerm kat Dayah sebab takut malam nanti dan pagi esok tak tahu nak makan apa. Biskut memang tak boleh telan la. Sebab manis.

Akhirnya hari ini makan sandwich sajalah. Ini je yang mampu ditelan oleh tekak. Demam dah makin kurang tapi tekak sakit sangat lagi. Sob3x~

Sandwich!! Inilah breakfast, lunch and maybe y dinner tonight~




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^) 
 

Rabu, 21 November 2012

Jangan tewas dengan diri sendiri

Assalamualaikum dears,

Sorry lama tak hapdet! ekekekeke... (ayat biasa)

Last weekend, pergi camp! Yeay! Dah lama tak buat kerja-kerja luar ni. Nasib baik tak mental breakdown kejap. Rindunya program-program mcm ni. Dah lama tak jadi fasilitator, dah lama takde adik2 angkat utk 3 hari, dah lama tak berlari-lari di tengah panas, dh lama tak pakai vest fasi+tshirt lagi di tengah panas, dah lama tidur x cukup, dah lama tak bangun pagi (tp sy bgn lambat jugak), hahahaha...

Owh, menjadi fasilitator untuk program baru-baru ini memang tidak dirancang. Dengan sy tak tahu nama programnye, tak tahu exact tempat, tak kenal siapa terlibat, then I said YES when my friend PROPOSED to become a facilitator. Once again laughing hardly.. (memang kerja gila)

Sy rasa perangai sy yang "DO NOT THINK, BUT JUST DO IT! IF YOU THINK, YOU WILL NOT DO IT" dah kembali semula. I did not give a fully though about why I want to join this programme, what will happened, am I ready untuk bersusah payah dalam programme? I really did not think about it really hard. I just asked myself, "wanna go or not?"

Tapi, bila dah pergi sini dh reset minda. Lepas balik dari kem, nak jadi orang baru. Someone different! It is worth trying than do nothing right?

What I want to change, why I want to change, I want to keep it as a secret to myself. Just pray for me~

Ok. Jom Layan Gambars saje la.. penat nak bebel. Sy tak study lagi untuk exam 8 December ni.. wakakaka

Excited!

Abang Amir sedang membantu peserta yang first time main Paintball. 

Paintball.

Lupa dah nama budak ni. Diorang tgh main game musang berjanggut. kena asingkan kacang-kacang yang dah bercampur aduk. Ala..mcm dalam Musang Berjanggut P. Ramlee tu lerrr

Slot dengan pegawai psikologi ni tak terkawal. Peserta jadi hyperactive sngt.. Kitorg terpaksa berada dekat dgn peserta utk kawal keadaan. Penceramah first time handle kids audience..


Ok.. Yang ni Group sy! Ada 6 orang~


Yang pandang kamera tu Mursyidah, main hp Izzati dan yang menulis Syamimi

Nasyrah, Me, Izzati, Mursyidah, Mimi, Ain dan Syuhada


Majlis Penutup

Yang pandang kamera tu Ain

Hahaha.. Akmal tidow!

Sy jadi wakil untuk Timbalan Kem Komandan untuk ambil sijil sebab dia balik awal.

Sekian, berita melaporkan aktiviti hujung minggu lepas.

Hahaha...dh nak masuk weekend baru!


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal