Beku lagi? | Belle of Paradise


Pengikut

Jumaat, 15 Jun 2012

Beku lagi?

Assalamualaikum dears,

Hari ni nak membebel kat blog ni. Sebab Cikza sorang je kat lab sekarang ni. Jadi tak de orang nak bercakap dengan Cikza. Hukhukhuk

Semalam nak buat eksperimen untuk culture bacteria. Sebelum ni dah prepare nutrient agar dah tapi letak dalam freezer sebab tak nak bagi rosak. Jadi kena cairkan dulu agar dalam bottle Schott tu sebelum letak dalam petri dish. Kisah semalam hanya mencairkan agar tu je. Sebab tak berani nak buat suhu tinggi. Sebelum ni dah ada kes yang cairkan agar guna suhu tinggi dan botol tu meletup! Tak nak la jadi macam tu. Wat malu je nnt~ 5 tahun kot dah kat UMP ni. Jangan buat perangai! Hahaha...

Fasa mencairkan agar semalam berhasil di saat-saat hati dah gelisah nak balik dan perut tersangatlah lapar. So, dah tak boleh fokus nak buat eksperimen. Akhirnya letak dalam incubator saja agar yang dah cair tu dengan harapan pagi ni masih CAIR la. Namun hampa! Pagi ni bila tengok, oh BEKU pulak!.. Sob3x (*kesathujungmatayangtakdeairmatapun*)

Jadi, kena la buat pencairan semula. Tapi sekarang takde mood lagi. Baca jurnal dulu la...



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal