Dah lama tak update blog. Seminggu kot. Rindu sangat. Banyak betul perkara berlaku seminggu ni. Last entry, Cikza bgtahu kan yang nak pergi Melaka, hantar adik masuk KMM. 3 hari duk kat Melaka. Sempat la berjalan ke Bandar Hilir bawak family berjalan-jalan. Nah, tepek satu dua keping gambar kat Melaka. Tapi selebihnya masa banyak kat Masjid Tanah. Tak tahan, hari Ahad sampai ke Masjid Tanah, terjumpa ex-neighbour bilik masa degree dulu. Hahaha...
Ouh, sepanjang perjalanan dari Gambang ke Melaka memang Cikza yang drive. Balik pun Cikza jugak yang drive sampai ke Gambang sebab lepas tu bonda nak drive dari Gambang ke Gong Badak pulak. Jadi tak nak la dia penat kalau drive straight.
Tapi nak dijadikan cerita, UMP tiada air waktu Cikza sampai. Semua roomate nak balik hometown sebab tak tahan takde air ni. Jadi, Cikza pun bonda suruh balik jugak la. Tak sempat nak fikir dah. Ambil bakul kain, buku-buku dan laptop, terus vroooooom balik Gong Badak. Kali ni balik ikut Jabor-Jerangau dan highway baru. First time balik ikut jalan ni drive sendiri. Hihi.. Jadi, Cikza drive dari Melaka-Gambang-Gong Badak! Ouh...lebih kurang 500km kot drive hari tu.. Malam tu pengsan!
On the way balik sempat kami sekeluarga menyinggah di Jakel Segamat. Haha...sempat la tabur duit kat situ. Beli baju raya. Jauh beli baju raya kali ni. Bau Segamat~ Kebetulan kat situ jualan murah tudung bawal. Murah-murah pulak. RM10 dapat 3 helai.. haruslah beli!
Berehat di rumah 2 hari, Jumaat terus gerak ke Kelantan. Sepupu Cikza kawin di Melor. Ouh, keluarga abah memang di Kelantan. Tapi CIkza je yang lama sangat tak balik. Bila balik, sepupu semua dah besar. Siap lupa nama. Mintak maap! Tapi yang terkejut, Cikza baru tahu Cikza ada sepupu yang berumur 7 bulan! Wah..comel sngt my cousin. Keturunan Cikza mmg comel2 kot~ *perasan!
Me and Muhammad Arami
*abaikan mukaku yang berminyak tu.. =P
Sekian saja entry kali ni. Nanti kita citer psl apam eskrem conetto pulak. Sesiapa ada instagram n Fb mesti dh tengok apam ni~
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Please leave ur comments wisely =)