Seminar Thesis Writing by Dr. OT | Belle of Paradise


Pengikut

Sabtu, 23 Jun 2012

Seminar Thesis Writing by Dr. OT

Assalamualaikum dears,

Khamis lepas, Dr. OT datang UMP! Siapa Dr. OT? Beliau merupakan pensyarah di UPM dan dia terkenal kerana membantu para pelajar IPT ni untuk menulis thesis untuk degree, master atau PhD dengan cepat! Oh, nama penuhnya Dr. Othman Talib. Nak tahu lebih lanjut, sila klik sini.

Selepas satu hari berbengkel bersama beliau, semangat untuk menghabiskan master semakin berkobar-kobar sebab tak sabar nak tulis thesis! Hihihi... 





Bengkel bermula pukul 10.30 pagi tepat. Seperti biasa, pergi bengkel kenalah bawa buku nota. Tapi kami semua tulis dalam buku log research je. Malas nak bawak buku banyak sangat. Apa Dr. OT cakap, kami tulis. Apa ada di skrin putih, mana yang penting kami catit. Kesimpulannya bersemangat la nak kutip semua ilmu-ilmu Dr. OT ni. Terfikir jugak nak guna Galaxy Note nak mencatit tapi sebab nak tebalkan buku log jadi batalkan niat nak guna Note. Tetapi, selepas sejam setengah kami duk syok menulis ni, tiba-tiba Dr. OT sound kami. "Eh, apesal you all semua duk menulis ni? Kenapa nak guna pen dan kertas? Mana laptop you all? Nanti sy nak you all guna laptop untuk experience sendiri Doc Map and segala macam yang saya cerita ni. Kenapa you all tak menggunakan teknologi yang ada? Gunalah notepad and Microsoft Word untuk catit nota. Dan sy juga cukup tak faham kenapa ada orang nak beli recorder canggih-canggih sebab nak rekod mana-mana presentation. Padahal dalam laptop masing-masing dah ada recorder. Kenapa tak guna? I hope this session is paperless session."



Hahaha...kalut kejap! Perlahan-lahan letak pen dan tak menulis. Semua orang di meja Cikza macam tu. Meja orang lain tak sempat nak tengok. Apa lagi, buka laptop yang memang dah letak atas meja. Tutup buka perlahan-lahan dan letak tepi. Dan mula menggunakan teknologi yang ada! Selepas rehat semua orang wajib membawa laptop masing-masing!

Selepas rehat, kami pun mula membuat praktikal work dengan laptop masing-masing. Sangat menarik ilmu yang kami pelajari hari ni. Selama ini hanya menggunakan Microsoft Word untuk menaip dan hanya tahu serba sedikit sahaja tentang fungsi-fungsi dalam MW ni. Setakat nak masukkan jadual, rajah, referens tahulah kami. Tapi hari ini kami belajar MW secara eksklusif. Bagaimana nak tetapkan margin, clear formatting, link MW dengan Mendeley (satu aplikasi untuk manage jurnal-jurnal yang kita ada dalam laptop) dan banyak lagi la. Beliau menekankan konsep '1 file 1 thesis'. Maknanya kita cuma perlu satu fail sahaja untuk siapkan thesis kita tanpa masalah-masalah yang biasa kita hadapi.

Biasanya para pelajar IPT ni suka buat 1 fail 1 bab. Mudahlah kononnya! Siapkan bab demi bab. Tapi sebenarnya memeningkan terutama bila sampai bab menulis referens. Bayangkan apabila kita menulis 5 bab, kita akan ada 5 referens juga (ini cara Cikza sebab Cikza terus masukkan referens setiap kali ada citation). Masalah akan timbul bila kita nak gabungkan semua bab ni. Haih~ penat pulak nak masukkan satu persatu referens ni walaupun hanya copy and paste! Tapi hari ni, dah jumpa jalan penyelesaiannya! Setiap kali kita edit citation dalam thesis, kita akan terus update referens. Baguskan?




Seterusnya bila masukkan rajah dan jadual. Bila sampai bab data dan perbincangan (bab 4), kita akan ada banyak jadual dan rajah ni. Dan bila nak hantar thesis, mesti sakit kepala nak pastikan setiap jadual dan rajah yang kita masukkan sama dengan penerangan dan juga sama dengan senarainya di muka hadapan. Hari ni Dr. OT dah tolong kami selesaikan masalah ini. Rupanya senang sangat okeyh! Lepas ni boleh cek thesis sambil tengok Running Man. Opps~

Seronok sangat dengan perkongsian ilmu oleh Dr. OT ni. Harap-harap lepas ni dah takde alasan lambat siapkan thesis yer~






@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal