Pengikut

Khamis, 1 Mei 2014

GLOWXCELL-Testimoni

Assalamualaikum dears,

Hari ni nak share testimoni dari pengguna Glowxcell seluruh Malaysia. Ramai dah akui minuman kecantikan ni memang berkesan untuk kesihatan dan kecantikan dari dalam. Maklumlah mengandungi khasiat 200 biji tomato dan sarang burung.



Ini Puteri Sarah Liyana. Dia gunakan produk ni sejak produk ini dilancarkan.


Ha....bab jadi lebih cerah ni diakui oleh jiran saya. Dia dah habis 2 botol Glowxcell ni Dia cakap kat Kelantan panas sangat. Dia yang putih melepak tu dah jadi itam. Tapi lepas minum Glowxcell ni, kulit dia beransur cerah kembali!





Saya pun suka dengan Glowxcell ni. Kulit saya semakin lembap dan nampak basah setelah mengamalkan Glowxcell ni. Maaflah tak dapat nak letak gambar. I is pemalu... Hikhikhik

Jadi Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi Glowxcell sempena Hari Pekerja ni. Sayangi diri anda. 

Nak cantik, nak sihat, ANDA sendiri tentukan!




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Promosi GLowxcell, LOSSKILOSS, dan Bella Beautista Skincare

Assalamualaikum dears,

Rasa nak cuba, nak cantik jugak, nak kurus jugak.

Tapi produk MAHAL!

Jangan risau!

PROMOSI sedang BERJALAN!! Harga teRENDAH!!!!

Dapatkan yang anda inginkan  dengan harga serendah-rendahnya!

Set Bella Beautista Skincare = RM89
Los Kilos = RM75
Glowxcell Beauty Factor = Diskaun sehingga 15%








SMS/WA: 0123282531
Jangan lupa ajak member-member sekali

@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^) 

Rabu, 30 April 2014

PROMO GLOWXCELL, LOSKILOS DAN BELLA BEAUTISTA SKINCARE

Assalamualaikum dears,

Rasa nak cuba, nak cantik jugak, nak kurus jugak.

Tapi produk MAHAL!

Jangan risau!

PROMOSI sedang BERJALAN!! Harga teRENDAH!!!!

Dapatkan yang anda inginkan  dengan harga serendah-rendahnya!

Set Bella Beautista Skincare = RM89
Los Kilos = RM75
Glowxcell Beauty Factor = Diskaun sehingga 15%








SMS/WA: 0123282531
Jangan lupa ajak member-member sekali

@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^) 
 

Selasa, 29 April 2014

PROMOSI GLOWXCELL sempena HARI BURUH 1 MEI 2014!!!! GRAB it!

Assalamualaikum dears,

Alhamdulillah, Allah bagi rezeki.

Hampir 2 bulan lebih berjualan Glowxcell Beauty Factor ni. Tak sangka dapat sambutan menggalakkan dari setiap peringkat umur.

Sempena menghargai pengguna yang dikasihi sekalian dan sempena promosi Hari Buruh, saya akan memberi diskaun untuk setiap pembelian Glowxcell.



Pembelian 1unit Glowxcell 
- Diskaun 8%

Pembelian 2 - 4 unit Glowxcell 
-Diskaun 11%

Pembelian 5 unit ke atas Glowxcell 
- Diskaun 15%

Tempahan dibuka selama 24 jam pada 1 Mei 2014. Bermula 12.00 pagi hingga 11.59 malam. Anda boleh menempah melalui SMS/WA: 0123282531 atau Emel: zaidatulakmal.mm@gmail.com

SATU HARI Sahaja!!!

MARK your CALENDAR today!!!!

Boleh ajak kawan-kawan untuk kongsi beli

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati harga istimewa ini.

Nota: Penghantaran akan dilakukan pada 4 Mei memandangkan Terengganu cuti pada jumaat. Harap bersabar.




Disclaimer: Promosi ini hanya inisiatif saya sebagai Agen CAJM Group. Promosi ini tiada kaitan dari pihak atasan. Anda tidak dibenarkan mendakwa CAJM Group di atas promosi ini. Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada saya Zaidatul Akmal (SMS/WA:0123282531)



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Khamis, 20 Februari 2014

GLOWXCELL-BEAUTY FACTOR (Pre-Order dibuka sekarang!)

Assalamualaikum dears,

Hari ni nak perkenalkan produk baru kepada sayang-sayang semua.

GLOWXCELL!!



Baru dipasarkan penghujung tahun lepas oleh CAJM Group dan telah menambat hati ramai pengguna. Produk ini memang lain dari yang lain. Gabungan daripada Lycopene (tomato) dan sarang burung merupakan kombinasi yang HEBAT untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.

Kebaikan Lycopene


Lycopene adalah sejenis karatenoid yang diperolehi dari buah tomato. Ia adalah salah satu bahan yang kaya dengan vitamin c dan anti oksidan semulajadi yang sangat baik untuk kulit. Selain itu, ia juga amat baik untuk kesihatan dan pencegahan dari pelbagai jenis penyakit. Apa yang menariknya, didalam setiap sachet GlowXcell terdapat 5,000mg lycopene yang bersamaan dengan 200 biji tomato..bayangkan anda makan 200 biji tomato setiap pagi!


Kebaikan Sarang Burung

Sarang burung walit ni memang dah terkenal dengan khasiatnya yang lengkap untuk kesihatan dan kecantikan. Tubuh jadi sihat, bebas dari masalah kesihatan dan dalam masa yang sama kulit jadi lebih halus dan licin. Sarang burung walit ni adalah satu bahan yang sangat tinggi harganya, tapi dalam GlowXcell kami bagi kuantiti sarang burung yang banyak dalam setiap sachet kerana semua sarang burung digunakan adalah dari rumah burung walit milik CAJM Group sendiri di Kedah.

Dan tambahan Hydrolized Collagen, Astaxanthin, Pinebark, Grape Seed Extract, Pomegranate Extracts dsbnya.

Dihasilkan dengan rasa strawberry juice yang amat lazat dan menyegarkan.

Kulit lebih GEBU, CANTIK dan GLOWING dalam masa 7 HARI! Siapa tak nak kan??

dan PUTERI SARAH LIYANA pun dah menggunakannya sebagai persiapan menjelang perkahwinannya. 



Jadi cepat-cepat hubungi saya di 

Emel: zaidatulakmal.mm@gmail.com 

ATAU

Whatsapp 012-3282531 

untuk mendapatkan harga pengenalan terbaik. 30 orang pertama akan mendapat diskaun terhebat!



Pre-Order dibuka sehingga 22 Februari 2014.








@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Sabtu, 4 Januari 2014

Gambar masa kanak-kanak

Assalamualaikum dears,

Ada cerita sangat kelakar semalam. Semasa duk syok layan FB, ternampak sepupuku Anis upload sekeping gambar lama. Eh, macam kenal pulak gambar ni. Rasa-rasa ni gambar sepupu-sepupuku sebelah mak ni. Tetapi masa tu agak susah nak cam. Lepas tu ternampak tikar getah. Eh, ni tikar getah rumah tok! Tok ni nenek aku laaa... Kalau kat Terengganu, nenek panggil Tok dan atuk panggil Tokki.

Boleh pulak ye aku ingat corak tikar getah tu. Mungkin masa kecil, aku suka balik rumah tok, tido sana, makan sana, mandi sana, tok masuk parit, aku ikut sekali masuk, pergi blkg rumah ambil cendawan, aku ikut jugak.. Jadi rumah tok sangat familiar bagi aku.








Lepas dah kenal pasti itu rumah tok, aku cuba cam setiap orang dalam gambar tu. Dari kiri (berdiri), Along, Mizam, Unknown 1, Kak Ngah, Kak De, Aina. Dari kiri (duduk), Diah, Anis, Unknown 2, Unknown 3.

Unknown 1 tu sangat menarik perhatian aku. Sebab aku cuba cam siapa dia. Seingat aku, kalau semua besar macam ni, maknanya dia sebaya aku. Sebab aku sama umur dengan Mizam. Sepupu aku yang sama umur ada 5 orang jer. Tiba-tiba terdetik dalam hati, ke ni aku???

Lepas tu aku tanya Hajar (kawan) sebab dia ada dekat dengan aku dalam lab masa tu. Aku minta dia camkan betul ke tak aku. Dia pun tak berapa pasti sebab macam lain. Lepas tu aku tak puas hati, aku tanya sepupu aku yang upload gambar ni. 

Masa dia bagi jawapan, aku dah guling-guling. Sebab dia cakap itu aku laaaaa!!! Aiyok, muka sendiri masa kecil pun tak cam. Tapi seriously, aku rasa sangat berbeza dengan aku sekarang. Budak dalam gambar ni comel kot! *ceit, ini macam puji diri sendiri*

Aku hantar gambar ni ke mak aku. Dia pun cakap lain sangat tapi dia cam la aku. Namanya mak kan???? Tapi dia tak cam adik aku! Hahaha... sebab adik aku tengok aku. Yang pakai baju melayu biru tu adik aku.

Itu je la nak citer. Aku pun tak ingat masa ni umur aku berapa. Ni yang bersemangat nak kuruskan badan ni. Kena start ambil Shaklee Set Kurus (bajet) jugak ni. Anda nak cuba? Sila emel saya di zaidatulakmal.mm@gmail.com atau SMS ke 0139479147 yer~




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Khamis, 2 Januari 2014

Shaklee - Promosi Bulan Januari 2014 (Alfalfa Complex)

Assalamualaikum dears,

Hari ni dah 2 Januari 2014. Aku masih berkira-kira macam mana nak selesaikan masalah eksperimen aku ni. Dah nampak sedikit cahaya. Tadi pergi cari Pegawai Teknikal, dia tiada di pejabat. Mungkin bertugas mengawas peperiksaan kot. Kalau dapat selesaikan dengan dia esok hari, InsyaAllah minggu depan aku akan teruskan eksperimen menggunakan bioreaktor. Kalau dah selesai ini, InsyaAllah tamatlah segala-galanya. Eh, penulisan tesis aku sambung di rumah la..

Jadi, doakan aku ya kawan-kawan. Moga selesai semuanya semester ini juga.

Itu Intro!

Sekarang aku nak promosikan Shaklee pula. Seperti yang kita sedia maklum, setiap bulan Shaklee akan umumkan satu produk untuk dipromosikan. Beli 6 unit percuma 1. Semudah itu sahaja. Jadi, bulan ini memang sangat tak disangka, Shaklee promosikan Alfalfa Complex!

Apa itu Alfalfa Complex?

-Sejenis tanaman Alfalfa (Medicago sativa), ditanam secara organik di California. Raja segala tumbuhan.
-Kaya dengan pelbagai nutrisi - protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitomikia.
-Fungsi:

  1. Mencuci hati, darah dan usus - buang toksin
  2. Melawan alahan - kulit dan hidung sensitif
  3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - baik untuk penghadaman
  4. Menyingkirkan lemak dan kolesterol - baik untuk pengurusan berat badan
  5. Melawan tumor
  6. Melegakan keletihan
  7. Mencegah dan merawat arthritis

Banyak khasiat kan? Ini adalah produk pertama yang saya beli dari Shaklee. Alhamdulillah sangat berkesan terutama no.3 dan no. 6... 

Jadi, jangan tunggu lama-lama. Hubungi saya cepat-cepat!

Email : zaidatulakmal.mm@gmail.com
SMS No. phone: 013-9479147
PM di Facebook pun boleh..tapi perkenalkan diri dulu yaa~





@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^) 
 

Rabu, 1 Januari 2014

01.01.2014 - Permulaan kepada Kehidupan yang Lebih Bermakna

Assalamualaikum dears,

Aku dah tak nak cerita pasal kesedihan dalam entri ni. Entri untuk tahun baru ni aku nak senaraikan perkara yang perlu aku buat (List-to-Do) sepanjang 2014.


  1. Habiskan Master of Engineering sebelum semester ni berakhir. VIVA VOCE kemudian pun takper.
  2. Sambung PhD sebelum tahun ni berakhir.
  3. Cari kerja, kalau tiada kerja, aku kena cipta kerja untuk aku. Aku banyak bakat terpendam. Tapi sebab aku pendam, aku sendiri pun tak yakin dengan bakat aku. Tapi yang penting, aku kena cari tempat untuk aku jadi pensyarah secepat mungkin.
  4. Ada bisnes sendiri sebelum hujung tahun berakhir. Sekurang-kurangnya aku dah daftar syarikat enterprise aku sendiri. Dan bisnes ni aku harap jadi bantuan secara tak langsung untuk adik-adik aku. Terutamanya yang dua orang tu.
  5. Cukupkan Target Sales untuk Public Mutual (kalau tak, aku tak dapat kekal jadi ejen tahun 2015).
  6. Untuk Shaklee, aku target hujung tahun ni aku dah layak bergelar Supervisor. Jadi aku kena usaha buat jualan supplement ni secara tekun mulai esok.
  7. Sekurang-kurangnya aku ada RM5000 dalam akaun pelaburan amanah saham aku di Public Mutual sebelum 2014 berakhir. (Aku target rendah je ni)
  8. Aku nak kena jaga kesihatan aku dengan baik. Joging dan buat aktiviti senaman wajib buat sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Exercise and toning! Yang ni aku ada target peribadi. Jadi tak boleh cakap kat orang..hahaha. Dan satu lagi, ku kena jaga kulit aku dengan baik. Nanti aku cari apa-apa yang semula jadi untuk tenyeh kat muka aku bagi hilang parut degil ni. Hari tu, dah nak elok pakai kulit kayu manis, tapi aku berhenti. Mengada betul
  9. Aku kena ada sumber kewangan sekurang-kurangnya RM3000 setiap bulan (masak aku nak bayar kereta dan yang berkaitan kereta ni). Duit ni aku harap aku boleh bagi dekat mak ayah aku jugak.
  10. Aku nak sambung pengajian Al-Quran. Aku dah tamat belajar tajwid, jadi aku kena belajar bab makhraj pulak. Ini penting!

Hmm..aku rasa cukup la sepuluh. Nanti aku rasa diri aku tamak pulak. Bab kahwin (aku tahu korang nak tanya, tapi malu kan?), aku tak nak target apa-apa. Kalau dah sampai masa aku kena kahwin, aku kahwin la yer.


Aku harap hidup aku lagi bermakna mulai esok! InsyaAllah. Doakan aku ya kawan-kawan~

P/s: Aku harap aku masih konsisten berblog dan rajin up entri.. Hihihi


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^) 
 

Selasa, 31 Disember 2013

31.12.13 : The End of 2013 - Harapan kepada pengakhiran kesedihan

Assalamualaikum dears,

Semua orang aku rasa buat entry sempena hari terakhir di tahun 2013 ni. Jadi aku pun tak boleh la tak buat. Sebab aku tak pernah buat rasanya entry macam ni. Hehehe... *Malaslah pulak nak cek senarai entry lepas-lepas*


Sepanjang hari ni, aku fikir tahun 2013 apa yang telah aku capai. Aku rasa takde pencapaian pun bagi aku tahun ni. Study, kerja, bisnes, kewangan: semua aku gagal capai target. Master study aku tak siap lagi dan aku gagal nak submit sebelum hari ni berakhir. Bila aku tak habis master, selagi tu aku susah hati. Aku susah hati sebab aku masih di takuk lama, aku tak boleh move on ke step seterusnya. Bila master tak habis, duit aku pulak banyak habis. Dan menambahkan kegusaran, aku masih belum bekerja. Aku nak cari kerja pun aku tak boleh tinggalkan study aku separuh jalan. Sebab aku tak rasa aku akan buat dua benda dalam satu masa. Itu bukan aku! Maksud aku kerja sepenuh masa ya. 

Sepanjang tahun ni aku buat la jugak kerja separuh masa. Antaranya jadi Ejen Pelaburan Syarikat Public Mutual (*okey, aku rasa ni benda terbesar dalam hidup aku tahun 2013 ni). Awal tahun 2013, aku dah berdaftar secara rasmi sebagai ejen pelaburan Public Mutual. Untuk pengetahuan diri aku (sebab aku je rajin baca blog sendiri) dan pembaca senyap sekalian, aku memang tak reti bab-bab duit, pengurusan kewangan apatah lagi nak melaburkan duit aku. Eh, nak menyimpan pun aku tak reti tau! Aku tahu, ade duit, aku bayar kereta, minyak kereta, servis, makan dan minum pun kadang-kadang mak ayah bagi lagi (tak malu betul). Jadi, sejak aku jadi ejen ni, aku kena buat sesuatu yang 180 degree dari perangai sebenar dan memerlukan aku jadi seorang yang sangat menghargai dan menguruskan duit untuk masa depan aku. Sepanjang tahun ni, aku banyak hadiri kursus yang dianjurkan oleh Public Mutual dan aku rasa menyesal gila aku tak menyimpan duit dan buat pelaburan dari awal. Banyak benda aku belajar pasal kewangan dan ekonomi sekarang. Walaupun aku tak mahir sangat, tapi sekurang-kurangnya aku ada alasan kenapa aku kena menyimpan dari sekarang. Jadi, aku nasihatkan kepada semua, sila menyimpan dan melabur duit dari sekarang. Kalau nak tahu pasal Public Mutual, jangan segan silu hubungi aku. Kami sebagai ejen kena menyampaikan maklumat kepada semua orang. (sempat promote..hihi)

Selain dari jadi ejen di Public Mutual, aku buat part time job sebagai penterjemah Szakif Enterprise. Aku memang suka bab-bab bahasa ni. Aku rasa aku salah bidang ambil Sains ni. Aku rasa aku macam dera diri sendiri habiskan master ni. Lagi, kerja apa aku buat yer? Hmm..tahun ni aku kurang ambil tempahan bakeri. Sebab masa aku memang banyak dihabiskan di UMP tercinta. Sejak setengah tahun kedua, aku jadi Pembantu Penyelidik (RA) untuk pensyarah aku. Dapatlah duit aku bayar kereta setiap bulan sementara aku habis belajar. Tu je kot bab kerja.

Bab bisnes, yang ni aku masih gagal lagi. Aku rasa macam aku dah start tapi lepas tu aku stop, lepas tu aku start balik. Ke aku memang takde bakat dalam bisnes? Aku kena fikir semula ni~ Bila bisnes, kerja aku kurang berjaya (gagal tu macam teruk sangat jer kan?), aku tiada sumber kewangan yang kukuh. Jadi sasaran kewangan aku pun kurang berjaya.

Tapi, aku malas hendak bersedih mengenangkan semua ni. Takde apa-apa aku boleh buat. Sebab aku kena berfikir positif. Aku dah berusaha. Tapi mungkin usaha aku masih kurang, tawakal aku belum sepenuhnya. Aku tak boleh salahkan orang sekeliling aku, sebab aku pernah berjaya walau keadaan sekeliling aku tak membantu aku masa tersebut.

Jadi, cukup-cukuplah aku nak hidup dalam kesedihan sebab aku kurang berjaya tahun ni. Mesti korang hairan kan sebab aku berani mengaku kegagalan. Tiada apa nak dihairankan. Ini kan blog aku. Hahaha... Aku pun tak tahu siapa baca. Aku tulis supaya aku rasa malu dengan diri sendiri. Supaya aku tak pandang belakang dan nampak kesedihan jer.

Ada lagi lebih kurang 40 minit sebelum 31.12.13 pergi. Aku kena rancang kehidupan aku untuk hari esok dan sepanjang tahun 2014. 

Aku harap 2014, aku jadi seorang yang lebih berjaya. Doa-doakan aku ya kawan-kawan~




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Selasa, 17 Disember 2013

Mengapa perlu Omega Guard Shaklee dalam pemakanan seharian?

Assalamualaikum dears,

Hari ni nak cerita lebih lanjut tentang kebaikan OmegaGuard ni. Untuk pengetahuan semua, Shaklee OmegaGuard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan Negara Jepun. Shaklee OmegaGuard merupakan minyak ikan terbaik di dunia. 



Berbanding dengan produk Omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid lemak, Omega 3, EPA dan DHA. Jadi, berbaloi kan? Beli OmegaGuard dapat semua kebaikan asid lemak~ 


Antara 24 Kebaikan Omega Guard Shaklee :

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin - (Mengapa Omega Penting ketika hamil)
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Wah, banyaknya kebaikan OmegaGuard ni!! Tak sangka 1 supplemen mempunyai begitu banyak kebaikan yang tersembunyi. Jadi, tunggu apa lagi? Laju-laju SMS saya atau emel untuk mendapat harga yang terbaik.

*Next entry kita cerita pasal kaedah pengekstrakan Omega Guard Shaklee ni pula ya~



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal