Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Bloggerzz Blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bloggerzz Blogging. Papar semua catatan

Ahad, 15 Mei 2016

Computers, Laptop, Notebook - Obsessed!!

Assalamualaikum dears,

Dah menjelang petang ni. Masing-masing mesti dah tak sabar nak balik rumah. Untunglah kalau balik pukul 5 petang. Aku kena tunggu lagi setengah jam Pukul 5.30 petang baru boleh balik -____-

Hari ini, tiba-tiba 2nd Bos aku bawa balik ofis laptop baru. Jenama HP.


Canggih la sekarang laptop baru. Dah Windows 10 rupanya sekarang. Dah lama tak ambil tahu pasal Windows2 dan Intel Processor. Dulu kemain, kalau orang tanya laptop apa paling bagus, mesti panjang explanation aku. Hahaha... bajet pandai sangat bab-bab teknologi ni.

Dulu masa umur aku 12 tahun (1999), aku dah mahir guna komputer untuk menaip. Umi dapat komputer dari abang dia rasanya sebab pak cik aku dah tak nak guna dah komputer tu. Dah beli baharu. Ok, takpe. Jom kita guna sepenuhnya. Jadi dari situlah aku ni reti bab-bab komputer. Abah pulak sambung internet kat rumah. Lagi la advance masa tu. Masa tahun 1999 tu kalau ada internet kat rumah, memang kira canggih la. Tapi dulu pakai wired LAN lagi. Tak de lagi wifi masa tu. Atau mungkin dah ada, tapi kat Terengganu tak berapa maju lagi. 

Lama juga guna LAN kabel. Tahun 2006, masa tu baru merasa dapat laptop baru. Eh, bukan dapat free ye. Beli la bayar ansuran masa tu sebab beli laptop Acer paling mahal dan canggih. Bayar dua kali kot masa tu. Laptop tu bertahan selama 4 tahun setengah. Habis degree, ada lagi laptop tu tapi flip dia dah keras. Tak boleh buka tutup dah laptop tu. Kena stay satu tempat je.

Pastu bila dapat kerja, umi dapat cabutan bertuah laptop ACER notebook series yang colourful tu. Lama jugak pakai, dekat 4 tahun. Tak ingat sebab apa rosak. Rasanya gambar tak keluar dah. 

Pastu dah tak pakai laptop sebab tak kerja dan tak belajar dah. Jadi tak penting sangat la laptop. Lagipun ada je laptop adik kalau ada emergency. Tapi aktiviti blogging memang full stop la masa tu bila takde laptop. Aku tak reti nak berbelog guna smartphone. Sakit jiwa duk tekan2 skrin sepanjang masa. Hahaha....

Tahun lepas kahwin. Suami ada laptop DELL yang diwarisi oleh abang dan kakak dia dari 2006. Pergh.... masih bertahan laptop DELL tu sebab dah 10 tahun. Sekarang aku yang guna. OK la walaupun lama, tapi masih laju nak buat kerja-kerja dan menaip. Sebab ada laptop ni la aku dapat design kad kawin, cari idea untuk wedding dan buat bisnes. Sekarang kembali berbelog sebab ada DELL.


Inilah DELL yang dimaksudkan~

Suami dah pesan. Jaga laptop ni baik-baik. Sebab ini warisan dari abang-abang dia. Lagipun laptop lama memang berkualiti tak sama dengan laptop baru. Tak tahan lasak laptop baru. Sekejap je mesti ada masalah. Cuma dari segi kecangggihan software memang tak dapat dinafikan la. Laptop baru memang advanced. Sebab tu jakun sekejap bila 2nd Bos aku suruh tengokkan laptop dia. Maksudnya nak suruh install la apa yang patut. Masukkan password WIFI. Key in password email. Gitu laa..

By the way, suami baru beli laptop Macbook Apple. hahaha.. tapi bukan yang baru la. Yang lama. 2nd hand. Dia beli harga RM400. Tapi sekarang charger rosak. Putus. Kena beli charger baru. Ingat weekend ni nak pergi lowyat cari. 



Resipi Nasi Ayam Penyet -

Assalamualaikum dears,

Ni dah lama sangat buat. Dua bulan dah terperam dalam phone. Hehehe... Resipi memang ikut sebiji dari blog Kak Ita.. sebab banyak penerangan. Resipi saya ada salin di bawah. Tapi step by step boleh refer blog Kak Ita.


NASI AYAM PENYET


Rujukan : My Resepi

Sebelum tu nak bagitahu, ayam untuk hidangan ini perlu di perap semalaman bersama rempah ratus sebelum di goreng. Ia supaya ramuan dan rempah ratus tu menyerap dalam daging ayam. Tapi bagi anda yang nak cepat, perap 2 atau 3 jam pun ok!



Bahan-bahan Untuk Perapan Ayam



1 ekor ayam 
Ayam ni potong ikut kesesuaian, biasanya ayam di potong 4 atau di potong 8
cuci ayam bersih-bersih
Ayam kemudian di rebus hingga empuk. Boleh tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.
Bila dah empuk angkat ayam dan toskan
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.

 Bahan Perapan

1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
* Kesemua bahan ini di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum


1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS

1 sudu besar kunyit serbuk BABAS

1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
1/2 cawan tepung beras ~ tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur ~ tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup

Caranya

Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus. 
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.
Perap ayam ini semalaman sebelum di goreng. Bagi anda yang nak cepat 2 atau 3 jam perap pun ok!



Baki ramuan perapan ayam tu jangan di buang. Anda boleh ambil sedikit, dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali tapi dalam bekas berasingan dengan ayam ya.



Bila dah perap bolehlah di goreng. Anda boleh goreng ayam ni bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah di sediakan. 


Baki perapan ayam atau tahu atau tempe tu.. anda campurkan dengan tepung beras dan telur. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.

Celupkan ayam tadi dalam campuran tepung dan telur tadi dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.

Baki adunan tepung mengoreng ayam tu anda renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
Jika tak suka ayam yang di celup tepung anda boleh terus mengoreng ayam yang telah di perap tadi


Bahan-bahan Untuk Nasi Ayam



3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan airnya
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga
sedikit butter
secubit garam
6 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ni bergantung pada beras yang anda gunakan.
1 helai daun pandan di simpul



Cairkan butter

Tumiskan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang dan daun pandan hingga harum

Masukkan beras dan masak sebentar 3 hingga 5 minit
Kemudian baru masukkan air rebusan ayam
Perasakan dengan garam
Anda boleh juga masukkan kub ayam, ita tak masukkan sebab masa rebus ayam ita dah masukkan kiub ayam. 
Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna

Ok nasi kita pun dah siap. Sementara tunggu nasi kita masak kita sediakan sup pula.




Bahan Untuk Sup Ayam



Baki air rebusan ayam
1 bungkus sup bunjut
1 batang serai ~ di titik
1 inc halia ~ dihiris
daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng ~ untuk hiasan

Baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat masak nasi dan separuh lagi kita buat sup
Panaskan semula atas dapur
Tambahkan serai, halia dan sup bunjut
Masak hingga didih
Perasakan dengan garam
Taburkan daun sup dan daun bawang
Bila hidangkan taburkan bawang goreng jika suka.

Ayam dah siap, nasi dah siap, tempe dan tahu pun dah goreng, sup pun dah masak sekarang kita sediakan sambal power ni pulak ya



10 tangkai cili padi

10 tangkai cili merah

10 biji bawang merah ~ belah 4
3 biji bawang putih ~ hiris
5 biji tomato ~ belah 4 ( ita kurangkan )
5 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah ~ gula ni ikut secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi



Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan

Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur

Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesen kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisarkan sekali belacan bakar.
Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum
Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam
Angkat dan hidangkan
Bila nak makan nanti perahkan jus limau..







Banyak kan step dia? So, pandai-pandai la sesuaikan nak buat mana dulu. Sebelum buat tu, baca betul-betul resipi. Takut ada bahan tak cukup la, lupa itu la lupa ini la... Nak jimatkan masa lagi, nasi tu masak nasi putih saja. Tak perlu tanak nasi dengan rempah ratus bagai.

Ok...selamat mencuba!





Ahad, 27 Mac 2016

Majlis Kahwin dan Penangan Ellfie Beauty Skincare

Assalamualaikum dears,

Semalam pergi kenduri anak sepupu di Kemaman. Ini cucu lelaki Che We, kakak mak aku yang sulung. Jumpa ramai saudara-mara. Keluarga sebelah mak aku memang ramai tapi jarang jumpa kalau tak de kenduri kahwin. Raya pon tak pergi berjalan sebab jauh sangat. Masing-masing ada komitmen keluarga masing-masing. Tak ape lah.. Asalkan bila jumpa, still bertegur-sapa dan happening!


Pukul 9pagi dah gerak dari Kuala Terengganu sebab nak sampai awal. Masa pergi lalu ikut LPT 2, exit Kijal.. Sebenarnya main redah je exit. Ingat nak exit Chukai tapi takut jauh pulak nak patah balik nak pergi Jalan Air Putih (Kg.Mak Chili). Bila exit Kijal, mula-mula jumpa simpang 3 trafic light. Nak pergi kiri ke kanan? Kanan ke Pengkalan Kubu kot, kalau kiri ke mana entah. Lupa pulak..Tapi aku lalu kiri. Lepas tu jalan jumpa lagi simpang, sekali lagi keliru kiri atau kanan. Ke kanan, pergi arah Chukai. So, ke kanan la... Jalan lagi jumpa simpang ke Air Putih, so belok ke kanan masuk ke jalan Air Putih. Jalan terus rupanya terus sampai ke rumah sepupu aku kat Mak Chili. Kiranya tak sesat jalan la...

Disebabkan sampai awal, jadi kita naik ke rumah dulu la jumpa mak saudara dan sepupu sepapat sebelah ibu. Dah salam and peluk cium, nampak ayam goreng KFC (style KFC, bukan betul-betul KFC) atas meja. Wow...terus pergi ambil pinggan dan mencekik dahulu. Terus lupa nak snap gambar, maaf lah. Kalau nampak makanan, mesti kena makan dulu. Gambar kemudian. 

Setengah jam lepas tu makan nasi di luar rumah. Banyak juga lauk yang disediakan dan lain dari yang lain.

Nasi Minyak/Nasi Putih, Daging Masak Hitam, Sayur Batang Keladi Cili Padi, Kupang Masak Taucu, Ayam Goreng Style KFC, Acar, Buah Tembikai, Satay Ikan, Aiskrim, Bubur Kacang Hijau, dan Aiskrim.

Tapi aku tak makan banyak lauk-lauk tu sebab dah makan ayam goreng tadi. Satay ikan faveret pon tak jamah sangat. makan 2 cucuk je.

Masa wedding semalam, adalah saudara-mara aku tanya, makan apa sekarang? Nampak lain muka, nampak lagi berseri. Wow! Terus dalam hati melompat-lompat kesukaan. Pastu ceritalah serba-sedikit tentang Ellfie Beauty Skincare. Memang semua tak tahu tentang Ellfie Beauty ni sebab produk Malaysia dan tak berapa dikenali lagi. Walaupun belum dikenali tapi produk ni memang terbaik! 

Sebelum pakai Ellfie Beauty Skincare ni, aku stop pakai apa-apa produk dalam sebulan. Kiranya aku tak pakai apa-apa dalam sebulan dua sebab gila nak try Ellfie Beauty. Suka sangat baca pasal produk ni dari awal lagi dipasarkan oleh Kak Elly, Kak Filla and Peej.


Aku beli 2 set terus masa 1st time beli. Sekarang dah pakai sebulan setengah. Perbezaan ketara pakai Ellfie Beauty Skincare adalah kulit muka lebih lembut dan segar sangat. I guess sebab rumusan cleanser dan toner dia memang jenis yang sangat lembut, jadi lepas cuci muka dan sapu toner, kulit terus jadi soft and supple. 

Krim siang aku pakai 2 kali sehari. Sekali sebelum pergi kerja di waktu pagi. Dan sekali lagi selepas solat zohor di waktu tengahari. Pakai krim nipis-nipis je. Senang sapu dan tidak meninggalkan kesan minyak di muka mahupun tangan. Kadang-kadang tak pakai bedak sebab rasa macam pakai bedak lepas pakai krim muka ni. Nice kan? 

Waktu malam sebelum tidur, pakai night cream dia. Bau harum dan menenangkan minda. Terus tidur lena malam tu. Esoknya bangun, buka lampu tengok muka tak berminyak. Ok, Ellfie Night Cream passed! Boleh review dan promote kepada orang lain. 

Aku memang jenis pakai dulu sebelum aku start nak jual kepada orang lain. Sebab aku takut customer tanya apa-apa, aku mengigau cari jawapan. Sebab tu aku jual skincare 1 jenis je dalam satu-satu masa. 

Masa ni muka aku naik rashes dan menggerutu halus. Kalau buang tudung memang nampak muka macam bengkak. Tak tahu sebab apa. Suddenly je jadi macam tu. Muka agak gelap sebab lama tak pakai apa-apa skincare masa ni dan tak mekap juga.

Sekarang, semua masalah tu dah takde. Baru pakai Ellfie Beauty Skincare sebulan setengah dah nampak perbezaan. Bukan 100% dah takde masalah kulit. Cuma sekarang Ellfie Beauty Skincare membantu mencerahkan kulit kusam, melembapkan dan melembutkan kulit. Dari segi jerawat, jerawat kalau dia bagi salam dan hello to world, I wanna come out, selepas tenyeh Ellfie Beauty Skincare, esoknya dia terus kering. Tak bernanah dah jerawat tu. Kalau dulu, ambil masa nak kering kan? So, dari segi Ellfie Beauty Skincare membantu mengawal jerawat.

Ok, ni aku sekarang. Lebih cerah dan muka tidak sembap dah. 

Tuan belog pakai tudung hitam. Tudung biru adik tuan belog.











Sekian. Nanti lepas 2 bulan, kita tengok lagi Ellfie Beauty Skincare buat apa kat kulit kita yeh~



















Khamis, 24 Mac 2016

Grocery Listing!

Assalamualaikum dears,

Sejak dari aku kecil, memang aku peneman umi pergi beli barang dapur. Kalau 25hb tiba je, akulah orang paling sibuk nak list barang dapur... Dulu-dulu tak pernah list pon, tapi sebab umi selalu lupa barang apa nak beli, jadi kena tulis la. Selalu je ada barang tak ingat nak beli.




Biasanya list barang hanya untuk panduan. Nanti dah sampai sana, tiba-tiba teringat oh barang ni tak tulis dalam list, so ambil laa... Selalunya macam tu la.. -_____-

And then the list will continue until legs are too weak to stand. Masa tu lah baru jomlah umi kita balik... Haha..




Selasa, 22 Mac 2016

Magnum Black Espresso

Assalamualaikum dears,


Dah renyuk plastik magnum ni aku lipat-lipat letak dalam beg... Sebab nak letak dalam blog punya pasal. Sorry ye aiskrim tak sempat snap gambarnya sebab:-

1. gelojoh tak sabar nak makan
2. tangan comot 
3. makan dalam kereta dan sambil tunggu ubat abah siap kat farmasi KK 

Alasan.

Review:

Magnum Chocolate tak pernah mengecewakan aku setakat ni. Rasa coklat gelap sebenar  memang sentiasa menggoda dan membuatkan aku jatuh cinta. Rasa coklat gelap yang melting in the mouth ni memang membangkitkan deria rasa lidah di dalam mulut. Otak aku terus berfungsi dengan laju bila menikmati ais krim mewah ini. Walaupun aku makan aiskrim ni dalam cuaca yang panas siap letak dekat handbrake kereta masa nak pusing kat selekoh pun tetap tak cair meleleh. Bentuknya yang seksi masih ada.

Part aiskrim di dalam pula adalah perisa vanila yang diselitkan dengan perasa kopi espresso. Gabungan vanila dan espresso memang memikat dan tidak menjadikan aiskrim ini muak. Rasa espresso mengimbangi kemanisan aiskrim ini. 

So, aku bagi 5 bintang dari 5 untuk Magnum Black Espresso ni!

Lepas ni nak try Magnum Pink Pomegranate. Delima favourite aku tapi bila masuk dalam aiskrim aku tak dapat bayangkan.






Gagal lagi

Assalamualaikum dears,

Bulan lepas langsung tak period. Ingatkan dah lekat embryo dalam rahim. Rasa happy sangat-sangat sebab tak period. Plan nak pergi klinik cek dengan suami. Dia cakap tak perlu la cek guna alat tu. Mak aku pun tak bagi cek guna alat tu. Padahal aku macam orang saiko nak pergi beli alat tu. Hahaha...

~Ihsan Google~

Nasib baik tak jadi beli. 11 hb 3 tahun 2016 aku period pulak. Dan dilengkapkan dengan senggugut. Terpaksa telan panadol sebab takut tak larat sangat lagipun ada majlis kenduri kahwin anak saudara. Jadi nak tak nak, kena la pergi kan...

Nak kata tak sedih, sebenarnya sedih juga sebab dah berharap setinggi gunung Everest. Tapi aku rasa suami lagi sedih kot. sebab dia macam moody tapi tak nak tunjuk tapi dalam masa yang sama annoyed and annoying. -____- Sorry hubby~

Kita cuba lagi eh next time~







@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^) 

Isnin, 21 Mac 2016

Cough/Moody/Do-not-disturb-me-mode

Assalamualaikum dears,

It comes back! The cough. I think the cough just went away a few week for a holiday. Now it comes back for work in my throat, trachea and lung. So pain.

Doctor said the virus or some kind of bacteria are too strong living/dancing/partying/napping in my body. The doc already gave me drugs for two weeks to be eaten without excuses. I obediently ate those drugs without fail. And it worked! But only for a few week~   -___-

Actually I think I would not be sick again if my hubby did not give his virus to me! He returned home for vacation a week and obviously very sick. I think he bled his throat as he cough, the blood came out as well with the phlegm. Poor him. I cannot bear seeing him very sick. At the end we both ended up sick together, battling whose cough is harder and louder! Hahaha...

As I am not well these days, my mood has become wild too. I tend to live alone, does not want to talk to anyone. I am in the do-not-disturb-me-mode. Because when I talk, my throat will feel itchy and uncomfortable and I will start to cough like crazy woman. That's why I do not want to talk. Just whatsapp me even you are just inch away from me. *Sigh* My bad... Sorry colleagues!


My bff now

I always drink a lot of water to reduce the sore throat and to cope with the hot weather.  I just cannot eat anymore medicine because I will sleep like a baby then. 

Alhamdulillah, weather in Kuala Terengganu is hot but not superhot like in Perlis. I heard the soil is cracking and the temperature goes up to 39 degree celcius. Like an oven! So peep, drink a lot of water ya~

O Allah, please grant us husband and wife a good health so that we can live our life normally and can resume our work after this.... Please Allah~




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Selasa, 23 Februari 2016

KASUT ADIDAS UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum dears,

Lawa tak kasut ADIDAS ni? Ni kasut husband. Dia baru je beli bulan lepas. Tapi sekarang sibuk nak jual. Dia selalu macam tu. Suka beli, lepas tu jual balik. Kadang-kadang dia jual sebab dia dah bosan. Padahal baru pakai sekejap.

Ni dia cakap longgar sikit dengan dia. Aku nampak dari luar macam OK je. sebab kasut ni macam fit dengan kaki. Tapi tuan kaki sendiri kata longgar nak wat macam mana kan? Dia pakai baru beberapa kali je sejak beli.


JENAMA : ADIDAS
SAIZ : 6 1/2






smart kan kasut ni? Sayang nak jual ni. Tapi kalau dah longgar dengan kaki, simpan pun tak guna. Lain la ada almari kasut khas macam artis Korea. hahaha...


Tapak pun tak haus lagi.


Kasut ni boleh bawa pergi jalan-jalan sebab sangat lawa. Kalau nak bawa pergi bersukan tu boleh juga. 

Kalau berminat nak beli, bolehlah whatsapp dia. (Mr. Khairi : 0139156642)

Harga : RM120
Pos : RM10

Orang kat Alor Setar boleh pergi tengok sendiri kasut kalau berminat. Husband kat Alor Setar sekarang.

Okey!















@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Khamis, 18 Februari 2016

Empat Sahabat, Sehidup Semati

Assalamualaikum dears,

Mesti ramai dah tahu pasal cerita ini. Al-fatihah buat arwah empat sahabat yang ditemui dalam kereta yang menjunam ke dalam sungai Tenggaroh berhampiran Mersing.

Kegembiraan hendak pergi bercuti bersama rakan-rakan akhirnya bertukar tragedi apabila kereta mereka dipercayai terbabas ke dalam sungai tersebut semasa mereka dalam perjalanan dari Bandar Seri Alam ke Kuala Terengganu pada 10 Februari lepas.

Identiti 4 Sahabat Disahkan Meninggal Dunia 17 Februari 2016
  1. Luqman Jainie, 21 tahun
  2. Abu Izzani Abu Bakar, 21 tahun
  3. Nik Shakir Zufayri, 21 tahun
  4. Muhammad Asyraf Isa, 21 tahun
Kronologi Kes 4 Sahabat Hilang Ditemui Mati Lemas

10 Februari 2016: Kesemua 4 sahabat yang berusia 21 tahun telah bertolak dari Bandar Seri Alam pada jam 9.30 Malam Rabu ke Terengganu untuk bercuti. 2 Jam selepas itu, kesemua mangsa gagal dihubungi oleh ahli keluarga

11 Februari 2016: Laporan polis dibuat mengenai kehilangan kesemua 4 mangsa




17 Februari 2016: 4 mayat dengan kenderaan mereka “JEB9978″ ditemui orang awam dalam sungai di Jalan km50 jalan kota tinggi-mersing pada jam 10.00 pagi. Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia akibat mati lemas sejurus kenderaan yang dinaiki mereka terbabas. Kesemua mayat telah dijumpai selepas 7 hari hilang.



Al-Fatihah.




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Rabu, 17 Februari 2016

Psoriasis Vulgaris

Assalamualaikum dears,

Dulu rasanya pernah dah share dengan u ols yang aku ade Psoriasis Vulgaris , sejenis penyakit kulit. Aku tak tahu pun penyakit kulit aku ni dikategorikan sebagai penyakit serius. Selama ni aku ingat aku gatal-gatal biasa je. Tak pun aku ada eczema. Tetapi tekaan aku salah sebenarnya.

Masa belajar di Kuantan dulu, aku dah tak tahan asyik gatal-gatal di bahagian leher dan bahagian-bahagian lipatan. Aku nekad aku nak pergi jumpa pakar kulit di HTAA. Aku tak nak jumpa doktor biasa. Akhirnya aku dirujuk ke Klinik Pakar di HTAA. Masa tu doktor yang rawat aku Dr. Aung. Kalau tak silap aku, dia ketua klinik tu masa tu.

Dia diagnose aku ada penyakit Psoriasis Vulgaris. Pertama kali dengar penyakit tu. Aku dengar betul-betul doktor cakap pastu balik baca dalam Google. Hmmm, penyakit ni tiada ubat untuk hentikannya. Cuma ubat yang diberi boleh mengawal keadaan psoriasis tu sendiri dari terus merekah dan berdarah atau merebak ke tempat lain.

Aku punya keadaan sebenarnya tak teruk berbanding pesakit lain. Aku masih boleh menjalani kehidupan normal, boleh pergi bekerja dan buat aktiviti seharian macam biasa. Cuma aku tidak boleh hadapi tekanan yang tinggi. Nanti psoriasis tu macam dapat baja, terus membiak macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau dia tengah berlumba-lumba nak bersisik di kulit ni, aku macam hopeless, sebab tak boleh buat apa-apa. Aku akan alami depression sebab aku rimas, panas dan tidak selesa. Kulit akan mengering. Tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari yang terik dan cuaca sejuk yang melampau. 


Aku tak boleh nak tunjuk gambar sebab aurat. Bukan tak nak share ye. 

Ihsan: Google

Ini kesan biasa yang akan jadi kepada pesakit psoriasis. Kuku akan terpisah dari isi. Aku pun ada dua kuku jadi macam tu tapi aku sempat selamatkannya. Aku akan bersihkan betul-betul kuku aku kalau jadi macam ni. Aku akan kikis kotoran dan isi yang macam baru nak tolak kuku ke atas.

Ihsan: Google

Tengok gambar before. Keadaan ni tak teruk ya. Ini baru sedikit. Gambar bawah ni lagi teruk. Yang ni baru doktor akan kata ini serius. Baru akan rawat dengan rawatan lain.

 Ihsan: Google

Ihsan: Google

Yang ni pulak di kulit kepala. Exactly macam aku alami. Ni bukan gambar aku. Sorry lah tak dapat nak tunjuk. Aurat.



Walaupun yang aku alami ni sedikit sahaja berbanding dengan orang lain, tapi aku memang rasa tak selesa. Rasa tertekan sebenarnya sebab dalam keluarga aku, aku seorang je kena. Tapi bila aku kahwin ni, baru aku tahu abang ipar aku pon ada jugak. Tapi dia teruk macam gambar badan di atas. Dua bulan tak pergi kerja. Kau mampu???!! 

Lain kali aku share ubat apa doktor bagi aku pakai. Sekali pergi hospital aku kena bawa beg besar untuk bawa ubat balik. Hahaha...






@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal