Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Public Mutual. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Public Mutual. Papar semua catatan

Rabu, 1 Januari 2014

01.01.2014 - Permulaan kepada Kehidupan yang Lebih Bermakna

Assalamualaikum dears,

Aku dah tak nak cerita pasal kesedihan dalam entri ni. Entri untuk tahun baru ni aku nak senaraikan perkara yang perlu aku buat (List-to-Do) sepanjang 2014.


  1. Habiskan Master of Engineering sebelum semester ni berakhir. VIVA VOCE kemudian pun takper.
  2. Sambung PhD sebelum tahun ni berakhir.
  3. Cari kerja, kalau tiada kerja, aku kena cipta kerja untuk aku. Aku banyak bakat terpendam. Tapi sebab aku pendam, aku sendiri pun tak yakin dengan bakat aku. Tapi yang penting, aku kena cari tempat untuk aku jadi pensyarah secepat mungkin.
  4. Ada bisnes sendiri sebelum hujung tahun berakhir. Sekurang-kurangnya aku dah daftar syarikat enterprise aku sendiri. Dan bisnes ni aku harap jadi bantuan secara tak langsung untuk adik-adik aku. Terutamanya yang dua orang tu.
  5. Cukupkan Target Sales untuk Public Mutual (kalau tak, aku tak dapat kekal jadi ejen tahun 2015).
  6. Untuk Shaklee, aku target hujung tahun ni aku dah layak bergelar Supervisor. Jadi aku kena usaha buat jualan supplement ni secara tekun mulai esok.
  7. Sekurang-kurangnya aku ada RM5000 dalam akaun pelaburan amanah saham aku di Public Mutual sebelum 2014 berakhir. (Aku target rendah je ni)
  8. Aku nak kena jaga kesihatan aku dengan baik. Joging dan buat aktiviti senaman wajib buat sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Exercise and toning! Yang ni aku ada target peribadi. Jadi tak boleh cakap kat orang..hahaha. Dan satu lagi, ku kena jaga kulit aku dengan baik. Nanti aku cari apa-apa yang semula jadi untuk tenyeh kat muka aku bagi hilang parut degil ni. Hari tu, dah nak elok pakai kulit kayu manis, tapi aku berhenti. Mengada betul
  9. Aku kena ada sumber kewangan sekurang-kurangnya RM3000 setiap bulan (masak aku nak bayar kereta dan yang berkaitan kereta ni). Duit ni aku harap aku boleh bagi dekat mak ayah aku jugak.
  10. Aku nak sambung pengajian Al-Quran. Aku dah tamat belajar tajwid, jadi aku kena belajar bab makhraj pulak. Ini penting!

Hmm..aku rasa cukup la sepuluh. Nanti aku rasa diri aku tamak pulak. Bab kahwin (aku tahu korang nak tanya, tapi malu kan?), aku tak nak target apa-apa. Kalau dah sampai masa aku kena kahwin, aku kahwin la yer.


Aku harap hidup aku lagi bermakna mulai esok! InsyaAllah. Doakan aku ya kawan-kawan~

P/s: Aku harap aku masih konsisten berblog dan rajin up entri.. Hihihi


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^) 
 

Selasa, 31 Disember 2013

31.12.13 : The End of 2013 - Harapan kepada pengakhiran kesedihan

Assalamualaikum dears,

Semua orang aku rasa buat entry sempena hari terakhir di tahun 2013 ni. Jadi aku pun tak boleh la tak buat. Sebab aku tak pernah buat rasanya entry macam ni. Hehehe... *Malaslah pulak nak cek senarai entry lepas-lepas*


Sepanjang hari ni, aku fikir tahun 2013 apa yang telah aku capai. Aku rasa takde pencapaian pun bagi aku tahun ni. Study, kerja, bisnes, kewangan: semua aku gagal capai target. Master study aku tak siap lagi dan aku gagal nak submit sebelum hari ni berakhir. Bila aku tak habis master, selagi tu aku susah hati. Aku susah hati sebab aku masih di takuk lama, aku tak boleh move on ke step seterusnya. Bila master tak habis, duit aku pulak banyak habis. Dan menambahkan kegusaran, aku masih belum bekerja. Aku nak cari kerja pun aku tak boleh tinggalkan study aku separuh jalan. Sebab aku tak rasa aku akan buat dua benda dalam satu masa. Itu bukan aku! Maksud aku kerja sepenuh masa ya. 

Sepanjang tahun ni aku buat la jugak kerja separuh masa. Antaranya jadi Ejen Pelaburan Syarikat Public Mutual (*okey, aku rasa ni benda terbesar dalam hidup aku tahun 2013 ni). Awal tahun 2013, aku dah berdaftar secara rasmi sebagai ejen pelaburan Public Mutual. Untuk pengetahuan diri aku (sebab aku je rajin baca blog sendiri) dan pembaca senyap sekalian, aku memang tak reti bab-bab duit, pengurusan kewangan apatah lagi nak melaburkan duit aku. Eh, nak menyimpan pun aku tak reti tau! Aku tahu, ade duit, aku bayar kereta, minyak kereta, servis, makan dan minum pun kadang-kadang mak ayah bagi lagi (tak malu betul). Jadi, sejak aku jadi ejen ni, aku kena buat sesuatu yang 180 degree dari perangai sebenar dan memerlukan aku jadi seorang yang sangat menghargai dan menguruskan duit untuk masa depan aku. Sepanjang tahun ni, aku banyak hadiri kursus yang dianjurkan oleh Public Mutual dan aku rasa menyesal gila aku tak menyimpan duit dan buat pelaburan dari awal. Banyak benda aku belajar pasal kewangan dan ekonomi sekarang. Walaupun aku tak mahir sangat, tapi sekurang-kurangnya aku ada alasan kenapa aku kena menyimpan dari sekarang. Jadi, aku nasihatkan kepada semua, sila menyimpan dan melabur duit dari sekarang. Kalau nak tahu pasal Public Mutual, jangan segan silu hubungi aku. Kami sebagai ejen kena menyampaikan maklumat kepada semua orang. (sempat promote..hihi)

Selain dari jadi ejen di Public Mutual, aku buat part time job sebagai penterjemah Szakif Enterprise. Aku memang suka bab-bab bahasa ni. Aku rasa aku salah bidang ambil Sains ni. Aku rasa aku macam dera diri sendiri habiskan master ni. Lagi, kerja apa aku buat yer? Hmm..tahun ni aku kurang ambil tempahan bakeri. Sebab masa aku memang banyak dihabiskan di UMP tercinta. Sejak setengah tahun kedua, aku jadi Pembantu Penyelidik (RA) untuk pensyarah aku. Dapatlah duit aku bayar kereta setiap bulan sementara aku habis belajar. Tu je kot bab kerja.

Bab bisnes, yang ni aku masih gagal lagi. Aku rasa macam aku dah start tapi lepas tu aku stop, lepas tu aku start balik. Ke aku memang takde bakat dalam bisnes? Aku kena fikir semula ni~ Bila bisnes, kerja aku kurang berjaya (gagal tu macam teruk sangat jer kan?), aku tiada sumber kewangan yang kukuh. Jadi sasaran kewangan aku pun kurang berjaya.

Tapi, aku malas hendak bersedih mengenangkan semua ni. Takde apa-apa aku boleh buat. Sebab aku kena berfikir positif. Aku dah berusaha. Tapi mungkin usaha aku masih kurang, tawakal aku belum sepenuhnya. Aku tak boleh salahkan orang sekeliling aku, sebab aku pernah berjaya walau keadaan sekeliling aku tak membantu aku masa tersebut.

Jadi, cukup-cukuplah aku nak hidup dalam kesedihan sebab aku kurang berjaya tahun ni. Mesti korang hairan kan sebab aku berani mengaku kegagalan. Tiada apa nak dihairankan. Ini kan blog aku. Hahaha... Aku pun tak tahu siapa baca. Aku tulis supaya aku rasa malu dengan diri sendiri. Supaya aku tak pandang belakang dan nampak kesedihan jer.

Ada lagi lebih kurang 40 minit sebelum 31.12.13 pergi. Aku kena rancang kehidupan aku untuk hari esok dan sepanjang tahun 2014. 

Aku harap 2014, aku jadi seorang yang lebih berjaya. Doa-doakan aku ya kawan-kawan~




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal