Resipi Chicken Cornish ~ Sedap woo | Belle of Paradise


Pengikut

Sabtu, 14 Mei 2016

Resipi Chicken Cornish ~ Sedap woo

Assalamualaikum dears,

Baru ni teringin sangat nak makan chicken cornish. Tapi nak pergi beli kat Secret Recipe memang tak pergi lah. Kalau beli satu tak cukup, Umi abah dan adik-adik pun nak makan juga.

Pesan kat umi, nanti beli ayam, bahagian dada kak nak semua. Hehehehe...

Semangat sangat nak buat chicken cornish, sanggup balik tengahari dari tempat kerja untuk bersihkan ayam dan rebus dulu ayam untuk buat inti.

Resipi ni sebenarnya cedok dari banyak website. Akhirnya tak berapa nak ikut sangatlah resipi, main hentam saja lorh... Hahaha....

Jom layan resipi!

Resipi : Chicken Cornish
Sumber : Citarasawan, Jamie Oliver
Olahan ; Zaidatul Akmal (sayalah tu)

Bahan-bahan inti

- *4 ketul ayam - terpulang nak bahagian mana
- *seinci halia
- *garam
- Ubi kentang -didadu
- Cendawan dalam tin (tapi lupa nak letak, aci redah je la)
- 4 s/b Rempah kari daging
- 2 labu Bawang Holland -didadu
- 3 ulas bawang putih -dicincang

Cara-cara:

1. Bahan-bahan bertanda * direbus terlebih dahulu separa empuk.
2. Ayam yang siap direbuk dicarik-carik menggunakan garfu. Guna tangan nanti cepat basi makanan.
3. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau dan layu.
4. Masukkan rempah kari. Tumis hingga naik bau sahaja. Jangan lama-lama nanti hangit tak tahu...
5. Masukkan ubi kentang dan air rebusan ayam. Halia dalam air rebusan tu buang la dulu.
6. Agak-agak kentang dah empuk, masukkan cendawan dan isi ayam yang telah dicarik-carik. Kacau sehingga sebati dan mendidih. Sejukkan

Bahan Kulit Pastri

- Seketul butter 250g sejuk dipotong kecil-kecil
- 500g tepung gandum
- Air ais secukupnya
- Secubit garam

Cara-cara;

1. Mentega sejuk diletakkan di dalam tepung yang telah diayak bersama dengan garam. uli sehingga menjadi seperti serbuk roti. Saya guna garfu, tidak mengotorkan tangan.
2. Setelah menjadi serbuk roti, masukkan air ais sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan. Rehatkan.

Setelah direhatkan selama 30 minit, uli doh dengan ketebalan kira-kira 3mm, tekap dengan acuan bulat yang besar dan letakkan inti di tengah-tengah doh bulat. Bentukkan menjadi karipap dan kelim bahagian tepi mengikut seni yang disukai.. Hehe..

Sapu kuning telur pada kulit chicken cornish dan bakar dalam oven suhu 160deg C lebih kurang 40 minit (bergantung kepada suhu oven masing-masing)





Sesuai untuk minum petang bersama secawan teh. Saya tabur sedikit daun italian herb di atas sapuan kulit telur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal