Assalamualaikum dears,
Aku dah tak nak cerita pasal kesedihan dalam entri ni. Entri untuk tahun baru ni aku nak senaraikan perkara yang perlu aku buat (List-to-Do) sepanjang 2014.
- Habiskan Master of Engineering sebelum semester ni berakhir. VIVA VOCE kemudian pun takper.
- Sambung PhD sebelum tahun ni berakhir.
- Cari kerja, kalau tiada kerja, aku kena cipta kerja untuk aku. Aku banyak bakat terpendam. Tapi sebab aku pendam, aku sendiri pun tak yakin dengan bakat aku. Tapi yang penting, aku kena cari tempat untuk aku jadi pensyarah secepat mungkin.
- Ada bisnes sendiri sebelum hujung tahun berakhir. Sekurang-kurangnya aku dah daftar syarikat enterprise aku sendiri. Dan bisnes ni aku harap jadi bantuan secara tak langsung untuk adik-adik aku. Terutamanya yang dua orang tu.
- Cukupkan Target Sales untuk Public Mutual (kalau tak, aku tak dapat kekal jadi ejen tahun 2015).
- Untuk Shaklee, aku target hujung tahun ni aku dah layak bergelar Supervisor. Jadi aku kena usaha buat jualan supplement ni secara tekun mulai esok.
- Sekurang-kurangnya aku ada RM5000 dalam akaun pelaburan amanah saham aku di Public Mutual sebelum 2014 berakhir. (Aku target rendah je ni)
- Aku nak kena jaga kesihatan aku dengan baik. Joging dan buat aktiviti senaman wajib buat sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Exercise and toning! Yang ni aku ada target peribadi. Jadi tak boleh cakap kat orang..hahaha. Dan satu lagi, ku kena jaga kulit aku dengan baik. Nanti aku cari apa-apa yang semula jadi untuk tenyeh kat muka aku bagi hilang parut degil ni. Hari tu, dah nak elok pakai kulit kayu manis, tapi aku berhenti. Mengada betul
- Aku kena ada sumber kewangan sekurang-kurangnya RM3000 setiap bulan (masak aku nak bayar kereta dan yang berkaitan kereta ni). Duit ni aku harap aku boleh bagi dekat mak ayah aku jugak.
- Aku nak sambung pengajian Al-Quran. Aku dah tamat belajar tajwid, jadi aku kena belajar bab makhraj pulak. Ini penting!
Hmm..aku rasa cukup la sepuluh. Nanti aku rasa diri aku tamak pulak. Bab kahwin (aku tahu korang nak tanya, tapi malu kan?), aku tak nak target apa-apa. Kalau dah sampai masa aku kena kahwin, aku kahwin la yer.
Aku harap hidup aku lagi bermakna mulai esok! InsyaAllah. Doakan aku ya kawan-kawan~
P/s: Aku harap aku masih konsisten berblog dan rajin up entri.. Hihihi
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
Hai babe! I like your 2014 resolutions..hee
BalasPadamKo jadi ejen public mutual ek? Bleh aku try tak?hee
Pastu, ko amek upah jahit beads lagi tak?