Pengikut

Sabtu, 4 Januari 2014

Gambar masa kanak-kanak

Assalamualaikum dears,

Ada cerita sangat kelakar semalam. Semasa duk syok layan FB, ternampak sepupuku Anis upload sekeping gambar lama. Eh, macam kenal pulak gambar ni. Rasa-rasa ni gambar sepupu-sepupuku sebelah mak ni. Tetapi masa tu agak susah nak cam. Lepas tu ternampak tikar getah. Eh, ni tikar getah rumah tok! Tok ni nenek aku laaa... Kalau kat Terengganu, nenek panggil Tok dan atuk panggil Tokki.

Boleh pulak ye aku ingat corak tikar getah tu. Mungkin masa kecil, aku suka balik rumah tok, tido sana, makan sana, mandi sana, tok masuk parit, aku ikut sekali masuk, pergi blkg rumah ambil cendawan, aku ikut jugak.. Jadi rumah tok sangat familiar bagi aku.








Lepas dah kenal pasti itu rumah tok, aku cuba cam setiap orang dalam gambar tu. Dari kiri (berdiri), Along, Mizam, Unknown 1, Kak Ngah, Kak De, Aina. Dari kiri (duduk), Diah, Anis, Unknown 2, Unknown 3.

Unknown 1 tu sangat menarik perhatian aku. Sebab aku cuba cam siapa dia. Seingat aku, kalau semua besar macam ni, maknanya dia sebaya aku. Sebab aku sama umur dengan Mizam. Sepupu aku yang sama umur ada 5 orang jer. Tiba-tiba terdetik dalam hati, ke ni aku???

Lepas tu aku tanya Hajar (kawan) sebab dia ada dekat dengan aku dalam lab masa tu. Aku minta dia camkan betul ke tak aku. Dia pun tak berapa pasti sebab macam lain. Lepas tu aku tak puas hati, aku tanya sepupu aku yang upload gambar ni. 

Masa dia bagi jawapan, aku dah guling-guling. Sebab dia cakap itu aku laaaaa!!! Aiyok, muka sendiri masa kecil pun tak cam. Tapi seriously, aku rasa sangat berbeza dengan aku sekarang. Budak dalam gambar ni comel kot! *ceit, ini macam puji diri sendiri*

Aku hantar gambar ni ke mak aku. Dia pun cakap lain sangat tapi dia cam la aku. Namanya mak kan???? Tapi dia tak cam adik aku! Hahaha... sebab adik aku tengok aku. Yang pakai baju melayu biru tu adik aku.

Itu je la nak citer. Aku pun tak ingat masa ni umur aku berapa. Ni yang bersemangat nak kuruskan badan ni. Kena start ambil Shaklee Set Kurus (bajet) jugak ni. Anda nak cuba? Sila emel saya di zaidatulakmal.mm@gmail.com atau SMS ke 0139479147 yer~




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Khamis, 2 Januari 2014

Shaklee - Promosi Bulan Januari 2014 (Alfalfa Complex)

Assalamualaikum dears,

Hari ni dah 2 Januari 2014. Aku masih berkira-kira macam mana nak selesaikan masalah eksperimen aku ni. Dah nampak sedikit cahaya. Tadi pergi cari Pegawai Teknikal, dia tiada di pejabat. Mungkin bertugas mengawas peperiksaan kot. Kalau dapat selesaikan dengan dia esok hari, InsyaAllah minggu depan aku akan teruskan eksperimen menggunakan bioreaktor. Kalau dah selesai ini, InsyaAllah tamatlah segala-galanya. Eh, penulisan tesis aku sambung di rumah la..

Jadi, doakan aku ya kawan-kawan. Moga selesai semuanya semester ini juga.

Itu Intro!

Sekarang aku nak promosikan Shaklee pula. Seperti yang kita sedia maklum, setiap bulan Shaklee akan umumkan satu produk untuk dipromosikan. Beli 6 unit percuma 1. Semudah itu sahaja. Jadi, bulan ini memang sangat tak disangka, Shaklee promosikan Alfalfa Complex!

Apa itu Alfalfa Complex?

-Sejenis tanaman Alfalfa (Medicago sativa), ditanam secara organik di California. Raja segala tumbuhan.
-Kaya dengan pelbagai nutrisi - protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitomikia.
-Fungsi:

  1. Mencuci hati, darah dan usus - buang toksin
  2. Melawan alahan - kulit dan hidung sensitif
  3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - baik untuk penghadaman
  4. Menyingkirkan lemak dan kolesterol - baik untuk pengurusan berat badan
  5. Melawan tumor
  6. Melegakan keletihan
  7. Mencegah dan merawat arthritis

Banyak khasiat kan? Ini adalah produk pertama yang saya beli dari Shaklee. Alhamdulillah sangat berkesan terutama no.3 dan no. 6... 

Jadi, jangan tunggu lama-lama. Hubungi saya cepat-cepat!

Email : zaidatulakmal.mm@gmail.com
SMS No. phone: 013-9479147
PM di Facebook pun boleh..tapi perkenalkan diri dulu yaa~





@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^) 
 

Rabu, 1 Januari 2014

01.01.2014 - Permulaan kepada Kehidupan yang Lebih Bermakna

Assalamualaikum dears,

Aku dah tak nak cerita pasal kesedihan dalam entri ni. Entri untuk tahun baru ni aku nak senaraikan perkara yang perlu aku buat (List-to-Do) sepanjang 2014.


  1. Habiskan Master of Engineering sebelum semester ni berakhir. VIVA VOCE kemudian pun takper.
  2. Sambung PhD sebelum tahun ni berakhir.
  3. Cari kerja, kalau tiada kerja, aku kena cipta kerja untuk aku. Aku banyak bakat terpendam. Tapi sebab aku pendam, aku sendiri pun tak yakin dengan bakat aku. Tapi yang penting, aku kena cari tempat untuk aku jadi pensyarah secepat mungkin.
  4. Ada bisnes sendiri sebelum hujung tahun berakhir. Sekurang-kurangnya aku dah daftar syarikat enterprise aku sendiri. Dan bisnes ni aku harap jadi bantuan secara tak langsung untuk adik-adik aku. Terutamanya yang dua orang tu.
  5. Cukupkan Target Sales untuk Public Mutual (kalau tak, aku tak dapat kekal jadi ejen tahun 2015).
  6. Untuk Shaklee, aku target hujung tahun ni aku dah layak bergelar Supervisor. Jadi aku kena usaha buat jualan supplement ni secara tekun mulai esok.
  7. Sekurang-kurangnya aku ada RM5000 dalam akaun pelaburan amanah saham aku di Public Mutual sebelum 2014 berakhir. (Aku target rendah je ni)
  8. Aku nak kena jaga kesihatan aku dengan baik. Joging dan buat aktiviti senaman wajib buat sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Exercise and toning! Yang ni aku ada target peribadi. Jadi tak boleh cakap kat orang..hahaha. Dan satu lagi, ku kena jaga kulit aku dengan baik. Nanti aku cari apa-apa yang semula jadi untuk tenyeh kat muka aku bagi hilang parut degil ni. Hari tu, dah nak elok pakai kulit kayu manis, tapi aku berhenti. Mengada betul
  9. Aku kena ada sumber kewangan sekurang-kurangnya RM3000 setiap bulan (masak aku nak bayar kereta dan yang berkaitan kereta ni). Duit ni aku harap aku boleh bagi dekat mak ayah aku jugak.
  10. Aku nak sambung pengajian Al-Quran. Aku dah tamat belajar tajwid, jadi aku kena belajar bab makhraj pulak. Ini penting!

Hmm..aku rasa cukup la sepuluh. Nanti aku rasa diri aku tamak pulak. Bab kahwin (aku tahu korang nak tanya, tapi malu kan?), aku tak nak target apa-apa. Kalau dah sampai masa aku kena kahwin, aku kahwin la yer.


Aku harap hidup aku lagi bermakna mulai esok! InsyaAllah. Doakan aku ya kawan-kawan~

P/s: Aku harap aku masih konsisten berblog dan rajin up entri.. Hihihi


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^) 
 

Selasa, 31 Disember 2013

31.12.13 : The End of 2013 - Harapan kepada pengakhiran kesedihan

Assalamualaikum dears,

Semua orang aku rasa buat entry sempena hari terakhir di tahun 2013 ni. Jadi aku pun tak boleh la tak buat. Sebab aku tak pernah buat rasanya entry macam ni. Hehehe... *Malaslah pulak nak cek senarai entry lepas-lepas*


Sepanjang hari ni, aku fikir tahun 2013 apa yang telah aku capai. Aku rasa takde pencapaian pun bagi aku tahun ni. Study, kerja, bisnes, kewangan: semua aku gagal capai target. Master study aku tak siap lagi dan aku gagal nak submit sebelum hari ni berakhir. Bila aku tak habis master, selagi tu aku susah hati. Aku susah hati sebab aku masih di takuk lama, aku tak boleh move on ke step seterusnya. Bila master tak habis, duit aku pulak banyak habis. Dan menambahkan kegusaran, aku masih belum bekerja. Aku nak cari kerja pun aku tak boleh tinggalkan study aku separuh jalan. Sebab aku tak rasa aku akan buat dua benda dalam satu masa. Itu bukan aku! Maksud aku kerja sepenuh masa ya. 

Sepanjang tahun ni aku buat la jugak kerja separuh masa. Antaranya jadi Ejen Pelaburan Syarikat Public Mutual (*okey, aku rasa ni benda terbesar dalam hidup aku tahun 2013 ni). Awal tahun 2013, aku dah berdaftar secara rasmi sebagai ejen pelaburan Public Mutual. Untuk pengetahuan diri aku (sebab aku je rajin baca blog sendiri) dan pembaca senyap sekalian, aku memang tak reti bab-bab duit, pengurusan kewangan apatah lagi nak melaburkan duit aku. Eh, nak menyimpan pun aku tak reti tau! Aku tahu, ade duit, aku bayar kereta, minyak kereta, servis, makan dan minum pun kadang-kadang mak ayah bagi lagi (tak malu betul). Jadi, sejak aku jadi ejen ni, aku kena buat sesuatu yang 180 degree dari perangai sebenar dan memerlukan aku jadi seorang yang sangat menghargai dan menguruskan duit untuk masa depan aku. Sepanjang tahun ni, aku banyak hadiri kursus yang dianjurkan oleh Public Mutual dan aku rasa menyesal gila aku tak menyimpan duit dan buat pelaburan dari awal. Banyak benda aku belajar pasal kewangan dan ekonomi sekarang. Walaupun aku tak mahir sangat, tapi sekurang-kurangnya aku ada alasan kenapa aku kena menyimpan dari sekarang. Jadi, aku nasihatkan kepada semua, sila menyimpan dan melabur duit dari sekarang. Kalau nak tahu pasal Public Mutual, jangan segan silu hubungi aku. Kami sebagai ejen kena menyampaikan maklumat kepada semua orang. (sempat promote..hihi)

Selain dari jadi ejen di Public Mutual, aku buat part time job sebagai penterjemah Szakif Enterprise. Aku memang suka bab-bab bahasa ni. Aku rasa aku salah bidang ambil Sains ni. Aku rasa aku macam dera diri sendiri habiskan master ni. Lagi, kerja apa aku buat yer? Hmm..tahun ni aku kurang ambil tempahan bakeri. Sebab masa aku memang banyak dihabiskan di UMP tercinta. Sejak setengah tahun kedua, aku jadi Pembantu Penyelidik (RA) untuk pensyarah aku. Dapatlah duit aku bayar kereta setiap bulan sementara aku habis belajar. Tu je kot bab kerja.

Bab bisnes, yang ni aku masih gagal lagi. Aku rasa macam aku dah start tapi lepas tu aku stop, lepas tu aku start balik. Ke aku memang takde bakat dalam bisnes? Aku kena fikir semula ni~ Bila bisnes, kerja aku kurang berjaya (gagal tu macam teruk sangat jer kan?), aku tiada sumber kewangan yang kukuh. Jadi sasaran kewangan aku pun kurang berjaya.

Tapi, aku malas hendak bersedih mengenangkan semua ni. Takde apa-apa aku boleh buat. Sebab aku kena berfikir positif. Aku dah berusaha. Tapi mungkin usaha aku masih kurang, tawakal aku belum sepenuhnya. Aku tak boleh salahkan orang sekeliling aku, sebab aku pernah berjaya walau keadaan sekeliling aku tak membantu aku masa tersebut.

Jadi, cukup-cukuplah aku nak hidup dalam kesedihan sebab aku kurang berjaya tahun ni. Mesti korang hairan kan sebab aku berani mengaku kegagalan. Tiada apa nak dihairankan. Ini kan blog aku. Hahaha... Aku pun tak tahu siapa baca. Aku tulis supaya aku rasa malu dengan diri sendiri. Supaya aku tak pandang belakang dan nampak kesedihan jer.

Ada lagi lebih kurang 40 minit sebelum 31.12.13 pergi. Aku kena rancang kehidupan aku untuk hari esok dan sepanjang tahun 2014. 

Aku harap 2014, aku jadi seorang yang lebih berjaya. Doa-doakan aku ya kawan-kawan~




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Selasa, 17 Disember 2013

Mengapa perlu Omega Guard Shaklee dalam pemakanan seharian?

Assalamualaikum dears,

Hari ni nak cerita lebih lanjut tentang kebaikan OmegaGuard ni. Untuk pengetahuan semua, Shaklee OmegaGuard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan Negara Jepun. Shaklee OmegaGuard merupakan minyak ikan terbaik di dunia. 



Berbanding dengan produk Omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid lemak, Omega 3, EPA dan DHA. Jadi, berbaloi kan? Beli OmegaGuard dapat semua kebaikan asid lemak~ 


Antara 24 Kebaikan Omega Guard Shaklee :

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin - (Mengapa Omega Penting ketika hamil)
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Wah, banyaknya kebaikan OmegaGuard ni!! Tak sangka 1 supplemen mempunyai begitu banyak kebaikan yang tersembunyi. Jadi, tunggu apa lagi? Laju-laju SMS saya atau emel untuk mendapat harga yang terbaik.

*Next entry kita cerita pasal kaedah pengekstrakan Omega Guard Shaklee ni pula ya~



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Isnin, 9 Disember 2013

Shaklee Promo December 2013. Harga runtuh! Berbaloi-baloi~


Assalamualaikum dears,

Bulan ni Shaklee buat promo untuk OmegaGuard pulak. Masa ni la nak borong banyak-banyak kan? Tunggu apa lagi? SMS ke 0139479147 dengan segera. Kalau nak emel pun OK jer.. zaidatulakmal.mm@gmail.com



Apa itu OmegaGuard? 



OmegaGuard = omega 3, ada DHA & EPA

Apa kebaikan omega 3, Dha n EPA? 
- mengurangkan risiko penyakit jantung dan menguatkan peparu 
- menyokong fungsi & pergerakan sendi, anti radang (rheumatoid arthritis)
- mengurangkan simptom alergi, membaiki kulit yang sensitif
- mencantikkan kulit dan melambatkan kedutan (anti-penuaan)
- menyokong perkembangan otak
- menguatkan sistem imun badan
- membakar lemak, angkut lemak untuk dijadikan tenaga
- mengawal aliran darah, cairkan darah = sesuai untuk darah tinggi




Jadi, sesiapa yang hendak harga promosi ni, boleh share dengan kawan-kawan! Kalau dah cukup, jangan malu jangan segan nak sms saya. 

Zaidatul Akmal
Shaklee Independent Distributor (1077856)


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Selasa, 29 Oktober 2013

October, It is a tragedy

Assalamualaikum dears,


Wooot..wooot~ Dah lama aku tak muncul kat dunia blogging ni. Kadang-kadang diri terlupa diri ini ada blog. Tapi diri rasa tiada yang baca blog diri ni. Diri syok sorang-sorang jer.... Hahaha (dah aku kenapa?)

Korang tahu lagu Tragedi Oktober kan? Siapa nyanyi ek? Sat, aku gi google~ 

oooooooo... Awie yang nyanyi! 
Hahahaha...

Bulan Oktober ini banyak betul dugaan aku. Eh, bukan banyak tapi besar dugaan aku dan aku tak berjaya melepasi dugaan ni lagi. Aku betul-betul stressed dan bad mood minggu-minggu terakhir Oktober ni. 

Aku planned nak habiskan semua kesengsaraan aku kat lab by the end of October but kesengsaraan aku bermula at the end of October. *sigh* (Aku tahu tak baik mengeluh) tapi kalau korang dengar cerita aku, mesti korang pun mengeluh. Silap-silap keluar air mata. So, pergi prepare tisu banyak-banyak.

Alkisah...ceritera bermula

Aku guna bacteria A dalam research aku untuk capture mercury and treat the wastewater. Aku dapat source of bacteria aku dari student PSM dua tahun lepas. Aku terima jer bulat-bulat itu adalah bacteria A. Sebab research dia guna bacteria yang sama dan dia ambil dari freeze-dried mother culture (the original one). Aku tak pernah terfikir nak buat identification untuk bacteria ni sebab aku percaya and aku tak nampak ada colony lain dalam agar slant dia. 

Aku subculture balik this bacteria A for this two years of research and you know what? Bacteria A has transformed itself to bacteria Z!!! 

Gasp. Hard to breath. Teary eyes.
(That's what I feel that time)

Macam mana aku tahu bacteria A dah takde? Sebab aku pergi buat identification bersama student master sorang lagi. In his method, he needs to do identification. So, he wants to do it. Tapi, kitorang tak buat sendiri sebab takde kit dia. Kena hantar ke Central Lab. Bila keluar result, it say the bacteria Z on the plate! What?????????

Totally different dengan apa aku tengah buat sekarang ni? Main research aku is all about bacteria A kot!.If there is no bacteria A, then apa aku buat selama ni salah la.Suddenly I feel my two years here is a dumb fool life. 

Sekarang aku tak sure lagi apa aku perlu buat. Aku ada 3 options. Option 1 dan 2 rahsia. Option 3 adalah berhenti belajar. Let's END this!

-hiasan-


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Khamis, 26 September 2013

Entry ni tibe-tibe ada citer pasal Dynamo----->???

Assalamualaikum dears,

Apa khabar semua orang? Lama dah aku tak jenguk sini.. Entry terakhir pun aku dah lupe pasal apa. Sorrylah... aku busy sekarang. Aku dah isytihar aku takde weekend sekarang. Sebab weekend pun aku datang lab buat eksperimen. Boleh jer aku buat weekdays, tapi ada hari tertentu la. Lagipun kene cari orang teman aku kat lab malam. Mati kejung aku klu duk sorang2 kat lab sebesar kilang ni. Uwarrrrghhh scary!

Last weekend, aku stay kat lab lama sangat. Kesannya, aku batuk dan selesema. Kesian kat diri sendiri. Lepas tu aku cakap kat diri aku, kita jangan g lab 2 hari ye sayang. Kahkahkah... memang aku tak g lab dua hari pun. Dengan baju aku dah semua masuk bakul untuk laundry. Mana ada baju nak pakai g lab lagi. Gigihlah aku angkut bakul kain tu bawak g blok sebelah sebab nak guna mesin. Sekarang aku tak rajin nak cuci sendiri. Sebab toilet macam tak berapa nak suci murni untuk aku basuh baju dengan tangan. Aku kan makhluk penggeli dan sensitif sikit bab2 kebersihan baju. Lawa tak lawa belakang kira. Yang penting bersih. Sebab tu aku gigih turun dua kali g tengok mesin basuh sebab aku nak letak softener. Kalau aku biarkan jer mesin tu sampai habis, alamak bau wangi sabun je la baju aku. Aku pulak tak leh terima. 

Dulu aku ada penyakit allergi dengan bau Dynamo. Ala Dynamo yg kaler biru tutup kaler kuning tu. Haaaa...yg botol lama tu, dari zaman aku umur 4 thn aku dah sedar kewujudan Dynamo ni. Masa tadika, aku pernah tidur rumah mak sedara aku, dia basuh baju aku pakai Dynamo. Masa tu baru aku tahu aku tak suke bau Dynamo. Masa tu aku kecik lagi, takkan aku nak cakap kat makcik aku jangan basuh baju aku pakai Dynamo. Nak kene lempang dengan mak aku? Macam mak aku tak ajar aku adab sopan pulak. Aku redha je la... 

Balik rumah, aku sumbat baju-baju tu balik dalam mesin basuh. Hahahaha... basuh balik. sebab aku tak tahan bau dia. Aku rasa salah satu sebab aku jadi macam tu sebab mak aku. Masa tu dia pregnant. Dia tak boleh bau baju yang baru dibasuh. Dia nak bau baju yang dah kepam jer. Adeh! Tapi aku takdelah biar baju aku kepam. Aku cuma tak boleh bau Dynamo jer.  Sejak dari hati tu aku memang tak pernah beli Dynamo. Adalah sekali adik aku yang bongsu mengada-ngada tahi kuda pergi beli Dynamo sebab nak try. Aku dah warning awal-awal jangan basuh baju aku pakai Dynamo. Nasib baik aku bawak balik sabun aku masa tu. So, selamat baju aku dari bau Dynamo. 

Tapi sekarang Dynamo dah advanced. Botol pun dah tukar kaler. Bau pun aku dah boleh terima. Pernah lah terbasuh baju aku pakai Dynamo + Downy ni sekali. Terdesak. Tapi not bad la.. aku dah tak buat perangai g basuh baju aku balik.. Hahahahaha.... So, Dynamo dah improved a lot. Dah 20 tahun kot. Kalau tak improved, tak tahulah camne nak bersaing dengan produk baru kan??? Sekarang aku dah 26 tahun...

*confused aku dengan cerita aku kat atas ni. Aku nak citer ape sebenarnya?*

Haha..aku dah lupe nak citer ape sebenarnya. Bye korang....






@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Jumaat, 20 September 2013

Sakit kepala

Assalamualaikum,

Hari ni stayback kat lab smpai pagi esok. Rasa-rasa mampu tak bertahan?? Sebab sekarang tengah sakit kepala. Bangun pagi tadi lagi dah rasa. Lepas tu pergi mandi. Bagi air kena kepala banyak-banyak supaya sakit tu pergi. Tapi tak hilang jugak. Lepas tu makan, mungkin sakit kepala sebab tak makan kot. Dah breakfast tetap sakit kepala ada. 

Sekarang takde la severe sangat sakit kepala ni. Risau malam karang jer. Dahlah sejuk lab ni hingga mencengkam tulang belakang dan saraf otak~  aduhai.....

@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Ahad, 8 September 2013

Maxis Wireless Internet Modem - Mobile Wifi Part 2:Review

Assalamualaikum dears,

Hari tu aku janji aku nak review pasal Mobile Wifi ni kan? Aku ingat nak pakai 10 hari, lepas tu aku nak review la. Sekali, aku demam panas. Lama pulak tu. Otak aku jammed kejap. Haha..

Aku guna Mobile Wifi Maxis ni dah nak masuk 4 minggu dah. Sehingga hari ni, aku memang puas hati. Tapi bila sampai bil nanti, for sure aku pening. Sekarang smartphone aku dah beberapa minggu tak berkredit. Oh, dulu aku pakai postpaid. Tapi sebab aku rasa aku tak mampu nak bayar bil postpaid dan wifi ni sekaligus, jadi aku terminate la postpaid aku. Lagipun aku takde sape-sape nak call. Aku guna postpaid sebab aku tak nak smartphone aku jadi dumbphone. Ekekekeke.... Jadi, aku rasa menggunakan Mobile Wifi Maxis ni sangat tepat bagi aku. Bagi korang, aku tak tahu.

Disebabkan kat rumah kat kampung aku pun ada wifi dan semua orang dalam rumah tu pakai smartphone, jadi memang takde masalah nak contact parents aku kat sana walaupun aku takde kredit. Bijak tak? So, sepanjang aku guna Mobile Wifi ni, aku WHATSAPP atau guna LINE je dengan mak ayah aku. Canggih tak mak ayah aku? Korang jangan tak tahu, mak ayah aku pengguna internet tegar sejak ada smartphone. Kejap-kejap online, buka news, buka youtube, cari resipi, cari petua, cari maklumat, tengok tutorial. Ko ada?

Kalau kat kampung, kadang-kadang mak aku keluar pergi bandar atau hospital sebab ada urusan, aku akan bagi dia bawa Mobile Wifi Maxis aku untuk dia guna. Jadi, sebab aku kat rumah, aku boleh call dia gune internet jer. Kejap-kejap aku call tanya gula kat mana, asam jawa kat mana, penutup blender hilang la.... hahaha.. Sekarang dah tak perlu risau kredit habis. Cakaplah puas-puas sampai panas telinga.

Sekarang aku kat asrama. Asrama aku takde wifi. Ada kabel internet je. So, laptop aku jelah yang berfungsi. Smartphone aku akan jadi dumbphone bila balik asrama. Sebab tu dulu aku pakai postpaid. Aku takleh terima hakikat smartphone aku jadi dumb tetiba. Tapi dulu masa aku pakai postpaid, aku cuma ada 250Mb jer data plan untuk sebulan. Laju tu memang laju tapi aku selalu dalam kerisauan sebab aku selalu kena check data plan aku dah banyak mana guna. Kan terbabas lebih dari 250Mb, aku kena caj. Bukan sikit dia caj.. RM 0.10 per kilobyte data transfer. Dah kalau banyak, banyaklah aku kena bayar. Jadi, aku memang kawal penggunaan internet postpaid aku dulu. Kalau kat rumah, aku pakai wifi jer, kalau aku kat lab, aku akan pakai lab wifi. Update segala applications dalam smartphone aku. Ekekeke.. Memang berjayalah aku manage 250Mb tu dalam sebulan.

Tapi sekarang, aku tak perlu risau lagi. Mobile Wifi Maxis yang aku guna ni 8Gb data plan. Ni ikut pakej yer kawan-kawan. Ada pakej 4Gb, ada pakej 16Gb. Tapi untuk aku 8Gb dah cukup. Maxis bahagikan data plan ni kepada dua masa. 4Gb dari pukul 8 pagi sehingga pukul 2 pagi. Dan 4Gb lagi dari pukul 2 pagi sehingga 8 pagi. Sebenarnya aku tak faham kenapa dia nak bahagi secara tak adil macam tu. Yelah patutnya buatlah 4Gb untuk 12 jam dan 4Gb lagi untuk 12 jam seterusnya. Barulah adil dan saksama gitu~ Tapi nak wat camne. Ikut je laa..

Ha, macam mana nak cek penggunaan data plan kita? Sekali-sekala kenalah juga cek kan? Ni laman web dia http://myaccount.maxis.net.my/wbb/Default.aspx

Step 1: 
Buka laman web ni, register dulu as first time user. Dah register, baru boleh login.


Step 2: 
Bila dah login, dia akan welcome kita. Hihi.. jelas dan terang nama kat situ. Korang boleh tengok banyak tabs disediakan. Nak tengok bil, nak bayar bil, nak tengok data usage, tengok mesej dari Maxis.
Korang tekan View My Data Usage yer.


Step 3: 
Bila dah masuk tab View My Data Usage, akan kelaur dua tab lagi 1. Usage Education. 2. My Data Usage Details. Yang tab pertama, Maxis ajar macam mana kita nak manage penggunaan internet kita dengan betul. Kat situ ada anggaran-anggaran berapa banyak data yang digunakan untuk mesej, chatting, call, surf internet, downloads adan macam-macam lagi. Kalau nak tengok penggunaan internet semasa, sial tekan tab 2 yer kawan-kawan. 



Step 4: 
Macam ni lah dia akan keluar. Graf sebelah kiri untuk penggunaan dari pukul 8 pagi sehingga pukul 2 pagi. Sahih-sahihlah penggunaan kat situ banyak kan? Yang sebalah kanan, graf untuk pukul 2 pagi sehingga pukul 8 pagi. Sikit je kan aku guna. Tak sampai 1 Gb. Sebab malam aku tidur. Yang digunakan tu pun sebab aku buka internet lepas subuh sehingga 8 pagi. Kadang-kadang saje aku gi tengok youtube, aku update applications masa ni supaya cepat sikit gerak data plan ni. Hahaha..


Mobile Wifi ni sangat kecil dan nipis serta ringan. Mana-mana aku pergi mesti aku bawak. Even nak pergi basuh baju dekat blok sebelah sebab ada mesin basuh. Letak je dalam poket. 

Untuk pengetahuan semua, Mobile Wifi Maxis ni tak terhad untuk satu device jer. Kita boleh guna sehingga 8 devices yang Wifi enabled dalam satu-satu masa. Laptop, tablet, PSP, smartphones dan apa-apa la yang ada wifi. 

Modem ni menggunakan bateri yang tahan sehingga 5 jam untuk penggunaan internet secara berterusan. Dan tahan sehingga 280 jam semasa standby mode (maknanya wifi off la tu). Aku takde masalah nak caj modem ni. Sebab modem ni didatangkan dengan USB cable. So, aku boleh caj melalui laptop atau aku cucuk dekat charger smartphone aku. Jadi kalau aku tak on laptop pun, aku masih takde masalah nak caj modem ni. Kalau dalam kereta pun aku tak risau kalau habis bateri. Dalam kereta aku ada USB point untuk cucuk pendrive MP3. Jadi cucuk saja kalau habis bateri. dengan syarat kena bawak kabel ye. Kan senang hidup aku.

Dari segi coverage, setakat ni signal dia sangat kuat. Dalam bandar memang tak boleh dinafikan. Tapi tempoh hari aku pergi Felda Chini di Pekan yang sekitarnya kelapa sawit tu, aku masih dapat connection internet. So, so far, aku takde masalah dengan connection. Even aku drive dari Kuala Terengganu ke Kuantan melalu Jabor-Jerangau pun aku masih dapat coverage internet. Oh, sebab aku drive seorang diri jadi aku ngantuk. Untuk memastikan aku tak ngantuk, aku akan telefon mak aku 2 hingga 3 kali dalam masa 3 jam perjalanan tu. Guna internet saja. *_^

Aku rasa itu saja kot aku nak review. Lebih-lebih lagi aku tunggu Maxis bayar akulah dulu. hahaha... 

Sekadar berkongsi~




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal