"If you don't go after what you want, you'll never have it. If you don't ask, the answer is always no. If you don't step forward, you're always in the same place."
Khamis, 24 Disember 2015
Menulis Blog
Rabu, 23 Disember 2015
Kisah Wedding : Baju Nikah, Veils dan Kasut
Rabu, 16 Disember 2015
#2015mestikahwin Alhamdulillah dah tercapai~
Rupa-rupanya dah setahun blog ni tak bersiaran. Dalam setahun ni macam-macam dah berlaku. Tapi hashtag201mestikahwin dah tercapai. #2015mestikahwin
Alhamdulillah... Barulah stabil perasaan ni. Misi mencari dah tamat. hehehe... Lepas ni kita fokus kepada perkara-perkara untuk kemajuan keluarga dan diri je. Hal-hal remeh-temeh tak nak fikir dah. Belanja gambar kahwin 2 keping.
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
Khamis, 4 Disember 2014
Testimonial Bella Beautista Skincare
Hari ini nak share testimonial untuk Bella Beautista Skincare. Saya dah pakai produk ni selama 5 bulan. I am so in love with BBS!
Dulu kulit muka agak teruk. Kalau duk jauh, tak nampak ada masalah tp bila duk dekat, jelas nampak parut jerawat kat pipi. Parut tu dah lebam biru. Kesan-kesan jerawat tu memang jelas kelihatan. Muka kusam, tak bermaya, kulit agak berminyak, tak boleh kena panas langsung,nanti kulit terus jadi gelap.
Tapi sekarang kulit dah bercahaya, umi cakap dari jauh nampak berseri-seri (umi cakap,bukan saya..haha), kulit pun makin cerah dan tona sekata. Yang penting, tak habis lagi pakai 1 set BBS, kesan parut jerawat di pipi dah pudar. Macam magic! Sebab dulu memang obvious dari jauh pon nampak kesan parut tu. Suka sangat! xoxo
Satu lagi yang ketara, kulit di sekeliling atas bibir dah tak menggelupas. Krim BBS telah melembapkan bahagian tersebut dan masalah kulit kering bersisik tu dah hilang.
Jadi bila dah pakai sekotak, sudah tahu produk BBS ni sangat berkesan dan tidak mengandungi bahan kimia, jadi saya teruskan sehingga sekarang. Skrg klu pergi kedai, mmg dh tak pandang bhgn kosmetik. Sebab sayang sangat dekat BELLA BEAUTISTA SKINCARE ni!
Benda baik kene share. Sebab tu saya semangat nak jual produk ni walaupun masih tak glamer mcm produk- produk lain! Senang-senang boleh whatsapp 0123282531 utk pertanyaan dan order.
#sayajual #sayajualskincare #bellabeautista #krimkecantikan #igshop #vendorkualaterengganu #dataranaustin #umt #unisza #kualaterengganu #gongbadak #hargamurah #instashop #testimonial
Selasa, 19 Ogos 2014
Sebelum tidur
Assalamualaikum dears,
Dah off wifi sebenarnya. Bila set alarm nak bangun sahur, teringat pulak ringtone alarm aku memang annoying! Dari dulu sampai sekarang.
Aku suka letak bunyi yang suddenly high beat. Dengar je terus bangun! Bingit betul. Kadang-kadang aku off terus tidur balik. Selebihnya aku bangun la solat subuh.
Masa aku 1st year degree, aku pasang lagu 6th sense! Masa tu tengah gile 6th sense. Tak pasal2 roomate aku pun tahu band tu. Kesian roomate aku alami tekanan perasaan pagi2.. Hahaha
Good night semua!
Isnin, 18 Ogos 2014
Resipi Mee Goreng Simple tapi Marvellous Sedap
Assalamualaikum dears,
Aku dan handphone tak dapat dipisahkan hari ni. Sebab laptop lambat macam siput. Siput mengengsot lagi laju. Sabar je la.
Laptop sendiri rosak. White screen! Pinjam la laptop adik.
Tadi berbuka puasa makan mee goreng je. Dengan keropok keping Terengganu yang rangup dan penuh rasa ikan. Complete! Aku kalau makan mee goreng takde keropok, tak lengkap la...rasa macam tak makan jer..
Walaupun mee goreng ni budak sekolah pun boleh masak, tapi biarlah...aku nak share jugak!
Mee Goreng Simple Tapi Sedap Makan 2 Pinggan Pun Tak Cukup
Bahan2
4 ulas bawang putih
2 sudu besar lada kisar
3 sudu besar kicap manis
1 1/2 sudu besar sos tiram
Secawan air asam jawa. (air je banyak.asam jawa sedikit je)
1 biji limau nipis
1 biji tomato
Sedikit kubis dan tauge
6 ekor udang
2 bebola ikan fusipim
Setengah bungkus mee kuning
Gula
1 biji telur
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
2. Masukkan udang dan bebola ikan. Tunggu sehingga udang masak.
3. Masukkan air asam jawa, sos tiram dan kicap serta gula.
4. Masukkan mee dan sayur-sayuran.
5. Masukkan telur. Goreng sehingga telur masak.
6. Masukkan air limau nipis. Kalau ada tauhu goreng pun boleh tambah. Lagi sedap.
Jangan pandai-pandai tambah garam. Karang masin tak tahu......
Hahahaha
Jemput makan!
Aku bertunang!
Assalamualaikum dears,
Gempak je tajuk kan?! Akhirnya..penantianku berakhir.
Dua malam lepas, aku ditunangkan dengan kenalan sekolah menengah aku. Kira dulu aku syok jugak la kat dia tapi sebab dia overly handsome and keluarga dia berdarjat, aku lupakan la hasrat. Cukup la ayah aku dan ayah dia kenal dan this overly handsome boy pun kenal dan hormat ayah aku.
Tapi lepas tu kami sambung belajar, bawa haluan masing-masing. Beberapa tahun lepas tu baru jumpa masa reunion. Lepas tu 3 tahun lepas, aku buat muka tak malu pergi raya rumah dia. Hahaha... Dia ada la ambil number phone aku tapi takde pulak dia mesej aku ke ape. Aku je kot perasan!
Tahun lepas ada kawan jugak nak datang rumah aku sebab nak ambil anak pokok kelapa. Dia yang bawak ke rumah sebab yang lain tak tahu jalan. Sembang-sembang kat luar rumah je tapi aku tak ajak pun naik rumah sebab aku pun dah lupa sebab apa. Aku rasa sebab aku segan kot~~
Masa bulan puasa hari tu, aku pergi la merewang sebab ada majlis berbuka puasa kat surau. Terserempak dengan mak dia. Hati aku dah suka melonjak-lonjak. Ish3. Tak sopan betul. Aku pergi la tegur, sembang-sembang dengan mak dia. Balik tu sepanjang bulan ramadhan tu aku doa dipertemukan jodoh sebaik lelaki tu, kalau tak dapat dia pon takpelah asalkan lelaki tu baik macam dia.
Raya baru ni, aku ternampak dia kat kenduri jiran aku. Tapi masa tu aku dah dalam kereta. Tak sempat la nak tegur. Baru aku perasan dia ada tahi lalat kat pipi. Hahaha..itu pun aku nak cerita.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba keluarga dia datang merisik 2 malam lepas. Kira jadi, terus tunang! Simple kan?
Tapi masa tunang tu, aku dah pelik. Kenapa mak aku tak sediakan makanan langsung untuk tetamu. Ish3..takkan takde langsung? Tapi aku senyap je. Jaga imej la... Encik tunang tengah tengok aku kot.. Tp sblm tu aku perasan dah, lepas mak dia sarungkan cincin, aku tengok muka mak dia lain. Tak seperti yang aku kenal. Kakak dia kot tadi. Sebab aku ni dah nervous aku bukan dengar sangat. Aku senyum je dan salam.
Lepas je keluarga dia balik, aku tengok jari aku takde cincin. Oh, lupa..tadi aku cabut jap sebab nak...lupe dah. Lepas tu aku pergi la cari cincin-cincin tu. Ada dua ok. Risik satu dan tunang satu.
Alamak, cincin emas ni bengkok pulak. Aku tekan sikit jer. Ish...ni aku tak suka cincin sekarang. Nipis. Aku nak tebal!
Aku tengok cincin kedua. Mickey mouse!! Biar betul tunang aku ni? Bagi cincin mickey mouse. Aku tak perasan pulak masa sarung tadi. Aku nervous sangat. Aku siap tenyeh-tenyeh lagi mata aku. Betul la mickey mouse. Baru nak uploas kat FB! Tak jadi la. Aku pun tidur.
Bangun-bangun je tidur, terus terimbau saat pertunangan. Betul ke aku tunang? Terus buka FB cek status orang tu. Eh, takde ape2 pun... Cincin pun takde! La....aku mimpi la maknanya! Tapi macam betul!
Abu Qassim - Exco Belia maut di hadapan UMP
Assalamualaikum dears,
Mesti ramai dah baca pasal ni dan terkejut dengan pemergian Abu Qassim ni. Walaupun aku tak kenal arwah tetapi bila aku baca pasal dia, aku tahu dia mesti orang-orang yang baik. Semoga Allah bagi ganjaran yang besar atas usahanya di muka bumi selama ni.
Aku malas nak upload gambar sebab gambar sama je semua orang upload. Kalau ada yang upload gambar selain tu, aku harap tolong delete ya. Tak baik. Dia mati macam mana, itu urusan dia dengan Allah. Urusan kita jaga aib saudara seIslam kita. Sebaiknya kita ni sedekahlan alfatihah buat arwah.
Masa aku baca berita dan status updates di FB dari kenalan aku di UMP Gambang tu, tak terkata aku. Hari-hari aku lalu jejantas tu. Kadang-kadang aku malas, aku lintas je jalan tu lepas pastikan tiada kenderaan langsung. Kalau lintas malam-malam mesti bergeng.
Tapi dalam seminggu tu sekali je la aku lintas macam tu. Aku kan bangsa penakut, lepas tu jalan macam orang khayal. Aku jalan kadang-kadang tu otak aku tengah berfikir. Jadi bila aku berfikir, aku malas nak tengok keadaan sekeliling jadi aku jalan menonong je atas jejantas tu. Sedar-sedar dah sampai destinasi. Kadang-kadang saja aku berdiri atas jejantas tu tengok kereta lalu lalang. Memang laju!
Kalau kereta merz dan bmw tu aku rasa diorg bawak 200km/j. Kalau lalu tepi jalan tu sebelum naik tangga jejantas, boleh rasa libasan angin dari kereta2 tu. Kalau ada lopak air, memang terpercik.
Seingat aku ini kali kedua kemalangan maut terjadi sejak tahun 2008. Masa tu aku belajar degree kt ump tu. Kebetulan yang meninggal tu student batch aku. Walaupun aku tak pernah bercakap dengan arwah, tapi pernah la nampak kat kafe, dewan kuliah dan tempat lain. Jadi sentap la jugak masa tu.
Kalau ada junior yang baca ni, tolong la jaga diri kalau melintas tu. Kalau malas nak naik jejantas, bawalah kereta. Kata kaya~~ (statement dibuat atas dasar student tahun 1 pon bawak kete. Student tahun lain bawak kete honda lagi g kampus. Degree kot~)
Hati-hati di jalan raya. Satu saat cuai, nyawa melayang, kesedihan buat orang tersayang.










