Resipi Mee Goreng Simple tapi Marvellous Sedap | Belle of Paradise


Pengikut

Isnin, 18 Ogos 2014

Resipi Mee Goreng Simple tapi Marvellous Sedap

Assalamualaikum dears,

Aku dan handphone tak dapat dipisahkan hari ni. Sebab laptop lambat macam siput. Siput mengengsot lagi laju. Sabar je la.

Laptop sendiri rosak. White screen! Pinjam la laptop adik.

Tadi berbuka puasa makan mee goreng je. Dengan keropok keping Terengganu yang rangup dan penuh rasa ikan. Complete! Aku kalau makan mee goreng takde keropok, tak lengkap la...rasa macam tak makan jer..

Walaupun mee goreng ni budak sekolah pun boleh masak, tapi biarlah...aku nak share jugak!

Mee Goreng Simple Tapi Sedap Makan 2 Pinggan Pun Tak Cukup

Bahan2
4 ulas bawang putih
2 sudu besar lada kisar
3 sudu besar kicap manis
1 1/2 sudu besar sos tiram
Secawan air asam jawa. (air je banyak.asam jawa sedikit je)
1 biji limau nipis
1 biji tomato
Sedikit kubis dan tauge
6 ekor udang
2 bebola ikan fusipim
Setengah bungkus mee kuning
Gula
1 biji telur

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
2. Masukkan udang dan bebola ikan. Tunggu sehingga udang masak.
3. Masukkan air asam jawa, sos tiram dan kicap serta gula.
4. Masukkan mee dan sayur-sayuran.
5. Masukkan telur. Goreng sehingga telur masak.
6. Masukkan air limau nipis. Kalau ada tauhu goreng pun boleh tambah. Lagi sedap.

Jangan pandai-pandai tambah garam. Karang masin tak tahu......

Hahahaha

Jemput makan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal