Abu Qassim - Exco Belia maut di hadapan UMP | Belle of Paradise


Pengikut

Isnin, 18 Ogos 2014

Abu Qassim - Exco Belia maut di hadapan UMP

Assalamualaikum dears,

Mesti ramai dah baca pasal ni dan terkejut dengan pemergian Abu Qassim ni. Walaupun aku tak kenal arwah tetapi bila aku baca pasal dia, aku tahu dia mesti orang-orang yang baik. Semoga Allah bagi ganjaran yang besar atas usahanya di muka bumi selama ni.

Aku malas nak upload gambar sebab gambar sama je semua orang upload. Kalau ada yang upload gambar selain tu, aku harap tolong delete ya. Tak baik. Dia mati macam mana, itu urusan dia dengan Allah. Urusan kita jaga aib saudara seIslam kita. Sebaiknya kita ni sedekahlan alfatihah buat arwah.

Masa aku baca berita dan status updates di FB dari kenalan aku di UMP Gambang tu, tak terkata aku. Hari-hari aku lalu jejantas tu. Kadang-kadang aku malas, aku lintas je jalan tu lepas pastikan tiada kenderaan langsung. Kalau lintas malam-malam mesti bergeng.

Tapi dalam seminggu tu sekali je la aku lintas macam tu. Aku kan bangsa penakut, lepas tu jalan macam orang khayal. Aku jalan kadang-kadang tu otak aku tengah berfikir. Jadi bila aku berfikir, aku malas nak tengok keadaan sekeliling jadi aku jalan menonong je atas jejantas tu. Sedar-sedar dah sampai destinasi. Kadang-kadang saja aku berdiri atas jejantas tu tengok kereta lalu lalang. Memang laju!

Kalau kereta merz dan bmw tu aku rasa diorg bawak 200km/j. Kalau lalu tepi jalan tu sebelum naik tangga jejantas, boleh rasa libasan angin dari kereta2 tu. Kalau ada lopak air, memang terpercik.

Seingat aku ini kali kedua kemalangan maut terjadi sejak tahun 2008. Masa tu aku belajar degree kt ump tu. Kebetulan yang meninggal tu student batch aku. Walaupun aku tak pernah bercakap dengan arwah, tapi pernah la nampak kat kafe, dewan kuliah dan tempat lain. Jadi sentap la jugak masa tu.

Kalau ada junior yang baca ni, tolong la jaga diri kalau melintas tu. Kalau malas nak naik jejantas, bawalah kereta. Kata kaya~~ (statement dibuat atas dasar student tahun 1 pon bawak kete. Student tahun lain bawak kete honda lagi g kampus. Degree kot~)

Hati-hati di jalan raya. Satu saat cuai, nyawa melayang, kesedihan buat orang tersayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal