Assalamualaikum dears,
Masih dalam bulan Syawal. Jadi tak terlambat ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ni. Terima kasih sudi bertandang ke sini walaupun lama dah tuan dia tak sapu halaman rumah dia. Sorry!
Walaupun aku masih tak bekerja secara tetap, tapi aku sibuk betul kat rumah ni. Rasanya sejak balik menetap kat rumah mak bapak aku ni, aku jarang la relaks macam aku duk kt U dulu.
Lagi-lagi lepas je aku balik, tiba-tiba ayah aku demam. Pergi cek di klinik biasa, Doktor tu suruh ayah aku pergi check up di Hospital sebab ayah aku nampak pucat dan buang air besar berdarah. Jadi bila sampai hospital pakar, Dr. pakar sahkan ayah aku ada kanser kolon. Berdebar jugak masa tu dengar. Masing-masing tak tahu nak buat apa. Aku dah fikir mana nak cari duit kalau kena operation. Dah la hospital swasta. Ayah aku pulak kena bedah segera. Tak boleh tangguh. Kalau tangguh seminggu lagi, nanti saluran najis akan tertutup. Lagi bahaya!
Nasib baik ayah aku ada insurans. Ayah aku ambil insurans melalui ofis dia. Jadi, semua kos rawatan berjumlah RM19K tu semua insurans yang bayar. Kitorang tak bayar langsung. Lega....Alhamdulillah. Jadi, lepas operation, aku duduk rumah jaga ayah aku. Dia boleh jer bergerak. Jaga bab makan la.... Lepas tu kene buat kemoterapi. Tapi ayah aku buat sekali jer. Lepas tu dia tak nak dah. Sakit katanya~
Masa kat hospital tu ramai la yang bagi petua untuk kanser ni. Makan biji aprikot dan minum air daun belalai gajah. Tak pun buat ulam je daun tu. Biji aprikot tu memang sedap. Bentuknya macam biji badam tapi kecil sikit. Tapi korang jangan makan yang mentah. Nanti pengsan sebab pahit yang amat. Makan yang dah digoreng. Kat kedai ada jual biji aprikot goreng. Kat Terengganu ni boleh beli kat Kedai Ajees atau Kedai Hilwah. Kalau goreng sendiri, ermmmmm...belum tentu tak pahit. Sebab kitorg dah cuba goreng sendiri. Tak jadi. Tak pandai kot~
Credit to Pak Cik Google.
Daun belalai gajah kami dapat anak pokok dari saudara ayah aku kat Kg. Wakaf Tengah ni. Tapi kitorang tak pernah petik lagi daunnya. Kecil dan renek lagi pokoknya. Kesian pulak nak ambil. Tapi semalam aku dan ayah aku pergi rumah kawan baik dia, kat rumah kawan dia ada pokok ni. Dia siap bagi kami banyak untuk ditanam juga. Jadi semalam merasalah kami daun tersebut. Pergghhhh...sedap rupanya!! Berkobar-kobar mak aku nak tanam pokok tu dengan kasih sayang. Sampai pergi beli tanah baja kat Pasar Tani sebab nak bagi pokok subur. Daun tu aku kisar dengan buah epal hijau. Campur madu 1 sudu. Daun tu letak 10 helai ke atas. Memang terbaik! Itu aku bagi ayah dan mak aku minum.
Yang aku punya, aku campur dalam Los Kiloss Slim Xpress aku. Sedap! Laju jer aku minum. Haha.. Dah dekat 3 bulan aku minum Los Kiloss Slim Xpress ni. Kadang-kadang bosan pulak sebab asyik minum rasa anggur. Jadi aku dah temui perisa baru nak campur dengan Los Kiloss ni... Yeay!!
Oh, nak share. Sejak Minum Los Kiloss ni, aku dah turun almost 6KG! Yer..yer.. aku tahu tak banyak! Tapi pada aku, baguslah turun perlahan-lahan dari aku turun mendadak, lepas tu naik balik mendadak. No point! Aku baca blog Susu Sejat dan Kevin Zahri pun mereka tak syorkan turun berat badan mendadak sampai 10KG sebulan. Walaupun aku hairan macam mana sesetengah orang ni boleh buat tapi lepas aku baca statement pakar-pakar diet, aku dah tak hairan dah. AKu lagi gembira lepas raya baru ni, berat aku tak naik tapi maintain... Aku dah risau dah sebenarnya sebab masa bulan puasa, aku makan durian kot. Tak sedar diri tengah diet! Lepas raya pun aku makan durian jugak. Tambah lagi satay dan kuah kacang, nasi ayam, gulai daging, rendang, lemang. Perghhh...aku makan sambil aku lupa aku diet. Ingat kejap jer. Dah makan, terus fikir lepas ni nak makan apa lagi? -_______-
Dah macam mana nak KURUS mak aku cakap? Hahahaha...punyalah aku takut nak gi timbang. Tapi Alhamdulillah, bila timbang berat aku tak berubah. Turun tu mustahillah dah aku makan macam-macam. Gila tak makan, raya kot~ Kalau aku tak makan, nanti siapa nak habiskan lauk-pauk atas meja tu. @___@
Jadi sebab aku dah tahu keberkesanan Los Kiloss Slim Xpress ni, aku boleh la syorkan kat orang lain. Dengan erti kata lain, siapa nak cuba, sila order dengan aku. Wassap je 0123282531. Nanti aku reply ok!
Set Los Kiloss ni ada tiga jenis. Tak paksa ambil ketiga-tiga jenis. Terpulang kepada selera dan kewangan masing-masing. Siapa yang suka minuman, boleh ambil LK Slim Xpress. Siapa suka tablet, boleh ambil LK Dsyamlie. Siapa suka sapu, boleh pakai Figura Beauslimm. Tapi siapa beli 1 set, aku bagi special price.
Aku memang ambil LK Slim Xpress dulu. Sebab pil-pil ni aku malas nak makan. Kadang-kadang aku lupa. Yang sapu pun aku malas sebab lepas mandi, aku terus pakai baju. Pastu baru teringat nak sapu. Alaaaaa...malas dah nak buang semula baju. Satu kerja pulak!
Jadi terpulang la ya nak ambil mana satu. Nanti SMS cakap produk apa nak tahu. Kita sembang-sembang dulu. Nak juga kenal korang ni.
OK la... aku nak tulis entri lain pulak. Kang aku sambung, sampai malam karang tak habis entry ni. Aku penat, korang pun penat baca.
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Please leave ur comments wisely =)