Dah renyuk plastik magnum ni aku lipat-lipat letak dalam beg... Sebab nak letak dalam blog punya pasal. Sorry ye aiskrim tak sempat snap gambarnya sebab:-
1. gelojoh tak sabar nak makan
2. tangan comot
3. makan dalam kereta dan sambil tunggu ubat abah siap kat farmasi KK
Alasan.
Review:
Magnum Chocolate tak pernah mengecewakan aku setakat ni. Rasa coklat gelap sebenar memang sentiasa menggoda dan membuatkan aku jatuh cinta. Rasa coklat gelap yang melting in the mouth ni memang membangkitkan deria rasa lidah di dalam mulut. Otak aku terus berfungsi dengan laju bila menikmati ais krim mewah ini. Walaupun aku makan aiskrim ni dalam cuaca yang panas siap letak dekat handbrake kereta masa nak pusing kat selekoh pun tetap tak cair meleleh. Bentuknya yang seksi masih ada.
Part aiskrim di dalam pula adalah perisa vanila yang diselitkan dengan perasa kopi espresso. Gabungan vanila dan espresso memang memikat dan tidak menjadikan aiskrim ini muak. Rasa espresso mengimbangi kemanisan aiskrim ini.
So, aku bagi 5 bintang dari 5 untuk Magnum Black Espresso ni!
Lepas ni nak try Magnum Pink Pomegranate. Delima favourite aku tapi bila masuk dalam aiskrim aku tak dapat bayangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Please leave ur comments wisely =)