Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Ellfie Essence Skincare. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ellfie Essence Skincare. Papar semua catatan

Ahad, 15 Mei 2016

Testimoni Ellfie Essence Beauty Skincare - TERBAIK!

Assalamualaikum dears,

Jom lihat testimoni pengguna-pengguna Ellfie Essence Beauty Skincare.


Sis ni mempunyai kulit yang kusam, dan mempunyai masalah jerawat di kawasan T-Zone. Tetapi selepas penggunaan Ellfie Essence Skincare, wajah sis ini menjadi lebih cerah dan bermaya. Masalah jerawat juga semakin berkurang. Ternyata Ellfie Essence Skincare membantu sis ini dalam menyelesaikan masalah kulit yang dihadapi.



Ini pula gambar close-up kulit muka seorang pengguna yang mengalami masalah kulit tidak sekata disebabkan oleh parut-parut jerawat yang dahulu. Setelah mencuba Ellfie Essence Skincare, perbezaan ketara dapat dilihat. Kulitnya semakin sekata dan semakin cerah. Liang-liang roma juga semakin mengecil dan kulit nampak lebih halus. Sis ini telah berjaya menyelesaikan masalah kulitnya dengan bantuan Ellfie Essence Skincare.

Kepada kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, mak cik dan pak cik yang ada masalah kulit tidak sekata, jeragat, kusam dan sebagainya, boleh whatsapp saya 0123282531 untuk kita berkongsi cerita. 

Okey?

Love to hear from you guys~


Ahad, 27 Mac 2016

Majlis Kahwin dan Penangan Ellfie Beauty Skincare

Assalamualaikum dears,

Semalam pergi kenduri anak sepupu di Kemaman. Ini cucu lelaki Che We, kakak mak aku yang sulung. Jumpa ramai saudara-mara. Keluarga sebelah mak aku memang ramai tapi jarang jumpa kalau tak de kenduri kahwin. Raya pon tak pergi berjalan sebab jauh sangat. Masing-masing ada komitmen keluarga masing-masing. Tak ape lah.. Asalkan bila jumpa, still bertegur-sapa dan happening!


Pukul 9pagi dah gerak dari Kuala Terengganu sebab nak sampai awal. Masa pergi lalu ikut LPT 2, exit Kijal.. Sebenarnya main redah je exit. Ingat nak exit Chukai tapi takut jauh pulak nak patah balik nak pergi Jalan Air Putih (Kg.Mak Chili). Bila exit Kijal, mula-mula jumpa simpang 3 trafic light. Nak pergi kiri ke kanan? Kanan ke Pengkalan Kubu kot, kalau kiri ke mana entah. Lupa pulak..Tapi aku lalu kiri. Lepas tu jalan jumpa lagi simpang, sekali lagi keliru kiri atau kanan. Ke kanan, pergi arah Chukai. So, ke kanan la... Jalan lagi jumpa simpang ke Air Putih, so belok ke kanan masuk ke jalan Air Putih. Jalan terus rupanya terus sampai ke rumah sepupu aku kat Mak Chili. Kiranya tak sesat jalan la...

Disebabkan sampai awal, jadi kita naik ke rumah dulu la jumpa mak saudara dan sepupu sepapat sebelah ibu. Dah salam and peluk cium, nampak ayam goreng KFC (style KFC, bukan betul-betul KFC) atas meja. Wow...terus pergi ambil pinggan dan mencekik dahulu. Terus lupa nak snap gambar, maaf lah. Kalau nampak makanan, mesti kena makan dulu. Gambar kemudian. 

Setengah jam lepas tu makan nasi di luar rumah. Banyak juga lauk yang disediakan dan lain dari yang lain.

Nasi Minyak/Nasi Putih, Daging Masak Hitam, Sayur Batang Keladi Cili Padi, Kupang Masak Taucu, Ayam Goreng Style KFC, Acar, Buah Tembikai, Satay Ikan, Aiskrim, Bubur Kacang Hijau, dan Aiskrim.

Tapi aku tak makan banyak lauk-lauk tu sebab dah makan ayam goreng tadi. Satay ikan faveret pon tak jamah sangat. makan 2 cucuk je.

Masa wedding semalam, adalah saudara-mara aku tanya, makan apa sekarang? Nampak lain muka, nampak lagi berseri. Wow! Terus dalam hati melompat-lompat kesukaan. Pastu ceritalah serba-sedikit tentang Ellfie Beauty Skincare. Memang semua tak tahu tentang Ellfie Beauty ni sebab produk Malaysia dan tak berapa dikenali lagi. Walaupun belum dikenali tapi produk ni memang terbaik! 

Sebelum pakai Ellfie Beauty Skincare ni, aku stop pakai apa-apa produk dalam sebulan. Kiranya aku tak pakai apa-apa dalam sebulan dua sebab gila nak try Ellfie Beauty. Suka sangat baca pasal produk ni dari awal lagi dipasarkan oleh Kak Elly, Kak Filla and Peej.


Aku beli 2 set terus masa 1st time beli. Sekarang dah pakai sebulan setengah. Perbezaan ketara pakai Ellfie Beauty Skincare adalah kulit muka lebih lembut dan segar sangat. I guess sebab rumusan cleanser dan toner dia memang jenis yang sangat lembut, jadi lepas cuci muka dan sapu toner, kulit terus jadi soft and supple. 

Krim siang aku pakai 2 kali sehari. Sekali sebelum pergi kerja di waktu pagi. Dan sekali lagi selepas solat zohor di waktu tengahari. Pakai krim nipis-nipis je. Senang sapu dan tidak meninggalkan kesan minyak di muka mahupun tangan. Kadang-kadang tak pakai bedak sebab rasa macam pakai bedak lepas pakai krim muka ni. Nice kan? 

Waktu malam sebelum tidur, pakai night cream dia. Bau harum dan menenangkan minda. Terus tidur lena malam tu. Esoknya bangun, buka lampu tengok muka tak berminyak. Ok, Ellfie Night Cream passed! Boleh review dan promote kepada orang lain. 

Aku memang jenis pakai dulu sebelum aku start nak jual kepada orang lain. Sebab aku takut customer tanya apa-apa, aku mengigau cari jawapan. Sebab tu aku jual skincare 1 jenis je dalam satu-satu masa. 

Masa ni muka aku naik rashes dan menggerutu halus. Kalau buang tudung memang nampak muka macam bengkak. Tak tahu sebab apa. Suddenly je jadi macam tu. Muka agak gelap sebab lama tak pakai apa-apa skincare masa ni dan tak mekap juga.

Sekarang, semua masalah tu dah takde. Baru pakai Ellfie Beauty Skincare sebulan setengah dah nampak perbezaan. Bukan 100% dah takde masalah kulit. Cuma sekarang Ellfie Beauty Skincare membantu mencerahkan kulit kusam, melembapkan dan melembutkan kulit. Dari segi jerawat, jerawat kalau dia bagi salam dan hello to world, I wanna come out, selepas tenyeh Ellfie Beauty Skincare, esoknya dia terus kering. Tak bernanah dah jerawat tu. Kalau dulu, ambil masa nak kering kan? So, dari segi Ellfie Beauty Skincare membantu mengawal jerawat.

Ok, ni aku sekarang. Lebih cerah dan muka tidak sembap dah. 

Tuan belog pakai tudung hitam. Tudung biru adik tuan belog.











Sekian. Nanti lepas 2 bulan, kita tengok lagi Ellfie Beauty Skincare buat apa kat kulit kita yeh~



















Rabu, 24 Februari 2016

Ellfie Essence Skincare

Ellfie Essence
West Malaysia Price
RM120.00
East Malaysia Price
RM130.00
Product Details :

Kandungan dalam Set Ellfie Essence:

Cleanser
Membersihkan segala kekotoran dimuka. Kulit muka akan menjadi lembab. Sesuai untuk membaiki masalah kulit muka berminyak, lesu dan stress

Toner
Membantu kulit muka menjadi tegang dan anjal. Meransang otot muka untuk membantu mengembalikan keremajaan kulit anda.

Night Cream
Cream ini memberi kesan yang menyegarkan dan melembabkan kulit

Day Cream
Formulasi khas untuk memutihkan kulit dan juga sebagai pelindung matahri. Bertindak sebagai cream anti jerawat. Memperbaiki rona kulit tidak sekata, menghilangkan kulit kering, membantu menyembuhkan masalah jerawat dan mengurangkan keran rekahan dan pori terbuka.



Produk ni sesuai untuk:
* Semua jenis kulit
* Semua jenis masalah kulit
* Berkesan dalam 3 - 4 minggu (Bergantung kepada jenis kulit dan hormon)
* Sesuai untuk semua peringkat usia



Produk ini membantu masalah kulit dari segi:
* Masalah kulit rona tak sekata
* Mengatasi dan menyembuhkan masalah jerawat
* Memudarkan pigmentasi * Mengurangkan kesan tanda rekahan dan pori terbuka
* Membantu mencerahkan kulit
* Memperbaiki kulit kusam
* Kulit tidak berminyak



Cara pemakaian Produk Elffie Essence:

Day
Cleanser, Toner dan Day Cream
Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih. Selepas itu lap seluruh muka dengan mengunakan kain atau tuala yang bersih. Sapukan Toner keseluruh wajah. Semasa kulit masih basah dan lembab sapukan Day Cream. Selepas itu anda boleh menggunkan loose powder seperti biasa. Tidak perlu menggunakan foundation. Boleh make up seperti biasa.


Night 
Cleanser, Toner dan Night Cream
Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih. Selepas itu lap seluruh muka dengan mengunakan kain atau tuala yang bersih. Sapukan Toner keseluruh wajah. Biarkan kulit kering seketika barulah sapukan night cream

Loose Item (Cleanser 50ml + Toner 50ml)




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 


Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal