Sahabat di alam maya | Belle of Paradise


Pengikut

Sabtu, 17 Mac 2012

Sahabat di alam maya

Assalamualaikum dears,

Eh, jumpa lagi malam ni..hihi..rajin pulop berbelog malam ni~ Hmm..malam ni nak rasa nak kongsi sesuatu la dengan readers sekalian. U ols ada sahabat di alam maya tak? Sahabat alam maya ni kita kenal di alam maya la, berborak dan bersembang pon di alam maya, cuma kenal muka je (kadang-kadang ada tak kenal pun). 

Saya ada la jugak sorang dua.. Seronok juga ada sahabat alam maya ni. Kadang-kadang kita boleh kongsi macam-macam dengan diorang ni. Apa sebabnya tak tahu la... Mungkin sebab tak pernah jumpa kot. Jadi kita tak segan nak cerita masalah, membebel ntah ape2, merepek, melalut, berkongsi masalah.. maybe la itu sebabnya..

Terutama bila kita sedih, mesti la kita nak share dengan someone kan? Tapi nak share dgn org kita kenal, mcm susah la pulak..segan sikit la bagi sy. So, apa lagi cari la sahabat maya ni..  


gambar xde kaitan

Nak nak bila sahabat maya tu jenis yang sekepala dengan kita.. lagi la kita rasa selesa. Bila berkongsi minat yang sama ni, banyak la point kita nak bercerita kan?? Mungkin pasal kerjaya, pasal study, pasal hobi..

Sahabat maya ni kadang-kadang membantu kita dalam dapatkan sesuatu info. Contohnya, korang nak beli smartphone baru tapi tak tahu nak pilih yang mana, apa kebaikan dan kelemahan dia, harga dll... Diorang ni kadang-kadang lagi tahu dari kita..

Tapi, setiap kebaikan pasti ada kelemahan kan??

Kadang-kadang takut juga ada kawan maya ni. Sebab kita tak pernah jumpa, jadi kita tak tahu hati budi dia macam mana. Ntah-ntah diorang saja nak perangkap kita..Mula-mula buat baik dengan kita. Banyak dah kes macam ni dalam akhbar. Nauzubillah~

So, pandai-pandai la yer... kalu betul nak berkenalan tu, tanya banyak-banyak soalan kat dia... biar la dia rasa annoying ke ape ke tapi asal kita  puas hati sudah. Sebab kadang-kadang kita boleh baca juga orang ni baik ke tak dengan cara dia jawab soalan kita... hehe

The most important dalam bersahabat kena jujur. Kalau dah orang tanya soalan tu, jawab la dengan jujur. Tak ada sebab nak tipu kan???

Jangan terkejut ye kalu sahabat maya ni tiba-tiba jadi pasangan korang.. haha.. dulu saya tak percaya, but my cousins ada la sorang dua jumpa di alam maya, tup tup berkenan pastu kawin! Masa tu saya x faham.. sekarang saya dah faham.. Jodoh tu Allah tentukan, Dia akan temukan kita dengan pasangan kita dalam pelbagai cara..

xde kaitan jugak..sebab syomel jadi kene letak dalam blog!


Ye dak kawan2?










@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal