Kisahku mengambil result SPM | Belle of Paradise


Pengikut

Rabu, 21 Mac 2012

Kisahku mengambil result SPM

Assalamualaikum dears,

Hari ni Wednesday, 21 March 2012. Biasanya orang lain buat entry tiada perkataan hari ini. Tapi saya nak buat entry banyak perenggan hari ni... yuhuuuuuuuuuuuu

Hari ini keputusan SPM 2011 diumumkan. Saya percaya ramai pelajar berdebar-debar hari ni, termasuklah adik kat rumah tu. Dengar cerita dah dua hari tak makan, bertambah la kekurusan budak yang sedia kurus tu. Alhamdulillah, umi call tadi cakap dia dapat result sekian sekian sekian. Walaupun tak dapat challenge kakak dia, tapi quite impressive sebab dia dapat A subjek yang saya tak dapat A ---> ADDMATH!

Ni nak cerita kisah ambil result SPM tahun 2005. Yela, saya memang la SPM 2004 tapi ambil result 2005! Tetttttttttt...hihi

Pagi tu memang indah, cuaca baik tapi hati jer berdebar-debar. 1000 perasaan dah datang la masa tu..Nak muntah, nak demam, rasa tak nak g sekolah, tak lalu makan, tak nak jawab tepon..hahaha...macam-macam la masa tu..

Tapi nak tak nak kena pergi sekolah jugak. Kalau tak, macam mana nak tahu result. Dulu bukan macam sekarang.. Sekarang SMS jer, terus masuk ke handphone.. X best! Feeling tu tak de okeyh!

Sampai jer kat pintu pagar sekolah, dah rasa seram sejuk. Pulak tu ramai orang! (Haha..haruslah, ingat ko sorang je ke amik result?) Pastu masuk dalam dewan. Oh, kene tunggu la pulak.. Tak boleh ambil lagi result. Cikgu-cikgu tengah susun slip ikot kelas kalau tak silap. Lagi la bertambah debaran. Lepas tu baru boleh ambil. Tak ingat dah cikgu mana yang jaga kelas saya time tu. Tapi sampai2 je, "Ha, Zaidatul..." Eh, cikgu ni panggil saya macam tu rasa nak luruh kejap jantung. "Congratulations, u got 11As!!" 

Hah! Terpinga-pinga kejap.. Wah, rasa nak melompat-lompat kot kat situ. Naseb baik sekolah agama. Kalau tak ada saya menjerit,"Umi!!!! Za dapat 11As!" (hahahaha....yang A je ko citer ek? yang B x nak citer ke??)

Terus lepas amik slip, meluru kat umi, peluk umi and say thank you.. Muahaha..syahdu la pulak bila teringat. tetiba cikgu Musa datang nak interview and amik gambar bagai. Dah la tengah sob3x... huhu

Anyway, walaupun saya cuma dapat 11A daripada 12 subjek, saya syukur sangat-sangat sebab itu usaha saya. Subjek yang dapat B tu memang tak dapat diselamatkan kerana langsung tak faham. Haha... seolah-olah nombor-nombor dan fungsi-fungsi dalam ADDMATH tu menari-nari di atas kertas soalan... Phewwww

Tapi lepas tu konflik melanda la... dah tak tahu nak ambil course apa! Deng!






@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal