Pengikut

Ahad, 19 Februari 2012

Makanan yang sesuai untuk kumpulan darah... ooo berbeza rupanya!

Assalamualaikum dears,
Kali ni nk share info tentang pemakanan. baru-baru ni ada terbaca dalam majalah.. tp penat la pulak kan nk type satu2.. hahaha.. td I g google tajuk ni. Keluar la.. ini I petik dr Iluvislam.com.. So, bukan I yg tulis.
Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.
Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.
Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.
Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.
Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.
Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.
Diet Untuk Golongan Darah 'A'
Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'AB'
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.

Hiking of Panorama Hills, Sungai Lembing

Assalamualaikum dears,

For this entry, I would like to write it in English. Starting from now, I plan to write occasionally in English.. huehuehue... Hope it can be a motivation to me to take IELTS next year!

Yeah, back to the topic. Yesterday, I went for hiking with some friends at Panorama Hills at Sungai Lembing, Kuantan. Actually I did not plan to follow this hiking because I do not know the people in the group. But, when it comes to my mind that I will get bored by doing nothing at UMP, then I decided to go. Hahahaha...

At 5 a.m., we departed from UMP to Panorama Hills with two cars (10 peoples). I was informed there would be other people wait for us there. As we arrived, we performed Solat Subuh at the mosque nearby. There were so many cars, and of course people at the mosque. Alhamdulillah... After solat, we went straight to the foothill. The foothill is located in Sungai Lembing town. The town has classic buildings and it brings nostalgic moments for the passer-by. I think this town was part of colonial history but I do not know the details, so I will not babbling about that. Don't worry!



There were 16 peoples in our group and lead by Mazlan @ Leanny (that's what I heard from other friends). He is a master student at UMP in Civil Engineering. All of the team members are postgraduate students in UMP. Hoho..all UMPians! I thought they are from somewhere else! We started hiking at 6.30 a.m. It was still dark at that time. Oh, I forgot to tell that I met my supervisor there, Dr. Mazrul. Hahaha... (kt UMP x g jupe sangat, kat sini boleh pulak terserempak kan? Kuasa Allah...)

Actually, that was my second time hiking hills. My first time was with my MPP siblings last year, hiking Broga Hills. So, in this my second hiking, I already prepared my mind 100% but physically I did not prepare! I did not go for training at all this week and as I said before, I did not plan to follow them at first. I hoped that my legs will not cramp in the middle of hiking. If it does, I will trouble my team members and I do no want that happen!

At first, we still in group. But then, we separated. Hihi..not everybody has the same stamina and good fitness. I already knew my stamina, so I just walk slowly. When I panted, I stopped, took a deep breath then start hiking back. I did it a few times during the hiking. But I'm not alone. There were two other peoples in my group left behind. Others I think were already enjoying themselves at the peak. But, it's OK! That's a challenge for me.... whoaaaa that's what I like about myself, ACCEPTING CHALLENGE!

This time hiking was not so hard compared to Broga (sorry, I did not write my journey to Broga because internet connection was so poor that time and I lost my enthusiasm to write. Maybe later?) At Panorama Hills, there are already stairs provided for you to reach the top. So, do not worry to bring your kids to experience hiking. The height is about 320 m only compared to Broga, 390 m. Even the difference is small, but it's tiring ok..There were also some children at that time. I respected their parent, they already introduced hiking to their kids at the early age. It's good for their mental actually. They will be trained to face difficulty, motivation and to use their leisure time wisely. Congratez to their parent!

In the middle of hiking, Dr. Mazrul  passed me. hehe..good luck my SV! At last, I arrived at the peak. Oh, so happy you know!!! I thought I will not make it. Thank you Allah...

After some times at the peak, capturing beautiful moments, we went down the hills and bid goodbye to Panorama Hills. We plan to do more adventure next time. Oh, I like it!!!

























I think there are lots of photos but not in my camera ( because I don't have one). The photos are from the others in the team.

Hope to see you guys in next trip!

Thanks for reading this entry!

Jumaat, 17 Februari 2012

Because we need each other

Assalamualaikum dears,


Dah sebulan rupanya...rasa macam baru semalam jer berlaku. Even luka kena operate pon x baik lagi, ini kan lg hati yg terluka.. Mesti korg tertanya-tanya kan, ape la yg berlaku agaknya? Hmm..itu semua x penting. Yang penting proses penyembuhan itu berlaku dengan baik, sempurna dan bersih! Wah, macam doktor pulak yer??

Tapi Alhamdulillah..dh lega sikit sekarang. Since last week, baru la rasa macam orang hidup sikit.. Eh, selama ni x hidup ek? Perumpamaan melampau! Hehe... 

Walaupun x clear lagi masalah yang berlaku, but the way to there dah nampak. Semoga selepas ini, xde lagi salah faham yg besar2. Hopefully, lepas ni kalu ade problem lagi, berdepan la dengan problem itu. Jangan sesekali lari.

Sebab problem tu xkan pernah selesai kalu kita lari. It will just grow bigger and bigger! Masalah x selesai, hati sakit dan sentiasa x boleh maju ke depan.

Okey, I will give you some space for your life and you give me some space for my life. But, never put ourselves far from each other because it will just torture our soul. (hah! macam la orang itu baca belog ini kan??)


Mood: Get ready for proposal defense presentation next week... Pffttttttttttt.. nervous!


Isnin, 13 Februari 2012

Penat campak jauh2, tp datang balik

Assalamualaikum dears,

Hari ni hari Isnin. Sume org bekerja hr ni..tp hr ni I isytihar cuti-sendiri-aku-reka-hari-ini. Hahaha...suke ati je ek??

Bangun pagi tadi, dh mula rasa sakit pinggang, sakit perut...tu tanda2 akhir lattew.. Faham-faham sendiri la yek.. X faham jugak korang gugel sendiri. Dan I rase x leh nk concentrate bace jernel hr ni..

Ini I nak citer kejadian hari Khamis lepas. Kalu x silap hr khamis la.. Kalu salah pon, tetap nk khamis jugak!

Lewat pagi nk masuk tengah hari, I pergi la nk jupe kawan kt restoran A. Hahaha..name restoran perlu dirahsiakan. Dan dan masuk je restoran A tu, ternampak la kelibat seseorang yg memang I x sedia nk jupe. Adeh! Dah nampak orang itu, kaki I boleh pulak automatic stopped! Haish~ Pastu my fren pulak cakap, that someone was looking at me. Okeh, Zaidatul! pusing balik cr tempat kosong n duduk! hahaha... bapak nerves!

Then, my fren yg I nk jupe tu pon datang bawak baby dia.. Ala tomey2 baby die. Geram! Main2 la dgn baby tu sementara mak dia g beli makanan dan dalam masa yg sama, cover sket nervous! Haha..bab berlakon number satu ek Zaidatul!

Suddenly, that someone came to my table and sit down just next to me. Oh my God! lembik kejap tangan dan kaki I. Naseb baik tgh pegang baby, kalu pegang cawan, mahu terlepas cawan tu dr tangan kot...I x sngka dan x pernah terlintas dalam kepala, otak, dan hati yang that someone akan datang tegur I di kalangan kawan2 gegurl I ni...Dia datang tanya khabar, how was my operation, bile balik kampus? Dan I jawab sepatah-patah sebab nervous sangat..nk tanya balik dia pon x terkeluar soalan tahu. Pastu dia tanya x makan ke?? Hahaha..bab soalan ni mmg merepek-repek I jawab. Sbb mmg datang nk makan, tp dh ternampak dia, pastu bertambah nervous, boleh ke I nk makan?? kenyang jadinye ade la....

Okeyh, pastu dia pon minta diri sebab dia nk masuk ofis dah, banyak kerja... Pfftttt...lega! Bukan x suka dia ade kt situ, tp muka I dh merah sbb nervous. Muahahaha... Dan dan dia pergi, I pergi order bihun sup! Wah, tetibe I lapar!

To that someone, if you read this, thank u for concerning about me. I really appreciated that. Eventhough I still do not have answer for everything u did to me, but I think u have ur own reason..

Thanx dear for reading this entry!

Khamis, 2 Februari 2012

confusing..afraid..depressed

Assalamualaikum dears,

Dah lama I x update belog ni.. Banyak story nk diceritakan tp x berdaya nk tulis.

WHY?

Because I am afraid of myself..
I'm afraid I'm not strong enough to write and at the same time, my feeling won't be wavered!
I won't cry.
I won't remember the bad memories.
I hoped that was only my bad dream.
I hoped it'll disappear!

I am so confused with myself right now. It's been two weeks. I hope for a miracle, but it didn't come.

Now, I am depressed! Lebih-lebih lagi bila dah realize I should back to college soon. What will I do with this confused feeling??

I hope by the time I reached there, my questions will be answered. I'm tired of this troubled feeling~

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal