Pengikut

Rabu, 24 Februari 2016

Ellfie Essence Skincare

Ellfie Essence
West Malaysia Price
RM120.00
East Malaysia Price
RM130.00
Product Details :

Kandungan dalam Set Ellfie Essence:

Cleanser
Membersihkan segala kekotoran dimuka. Kulit muka akan menjadi lembab. Sesuai untuk membaiki masalah kulit muka berminyak, lesu dan stress

Toner
Membantu kulit muka menjadi tegang dan anjal. Meransang otot muka untuk membantu mengembalikan keremajaan kulit anda.

Night Cream
Cream ini memberi kesan yang menyegarkan dan melembabkan kulit

Day Cream
Formulasi khas untuk memutihkan kulit dan juga sebagai pelindung matahri. Bertindak sebagai cream anti jerawat. Memperbaiki rona kulit tidak sekata, menghilangkan kulit kering, membantu menyembuhkan masalah jerawat dan mengurangkan keran rekahan dan pori terbuka.



Produk ni sesuai untuk:
* Semua jenis kulit
* Semua jenis masalah kulit
* Berkesan dalam 3 - 4 minggu (Bergantung kepada jenis kulit dan hormon)
* Sesuai untuk semua peringkat usia



Produk ini membantu masalah kulit dari segi:
* Masalah kulit rona tak sekata
* Mengatasi dan menyembuhkan masalah jerawat
* Memudarkan pigmentasi * Mengurangkan kesan tanda rekahan dan pori terbuka
* Membantu mencerahkan kulit
* Memperbaiki kulit kusam
* Kulit tidak berminyak



Cara pemakaian Produk Elffie Essence:

Day
Cleanser, Toner dan Day Cream
Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih. Selepas itu lap seluruh muka dengan mengunakan kain atau tuala yang bersih. Sapukan Toner keseluruh wajah. Semasa kulit masih basah dan lembab sapukan Day Cream. Selepas itu anda boleh menggunkan loose powder seperti biasa. Tidak perlu menggunakan foundation. Boleh make up seperti biasa.


Night 
Cleanser, Toner dan Night Cream
Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih. Selepas itu lap seluruh muka dengan mengunakan kain atau tuala yang bersih. Sapukan Toner keseluruh wajah. Biarkan kulit kering seketika barulah sapukan night cream

Loose Item (Cleanser 50ml + Toner 50ml)




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 


Selasa, 23 Februari 2016

Skincare baru

Assalamualaikum dears,

Dah lama intai-intai skincare baru ni. Dah setahun produk ni dipasarkan barulah berpeluang nak mencubanya. Dah dekat dua tahun aku pakai Bella Beautista Skincare oleh CAJM Group Marketing. Dah berkotak-kotak aku pakai dan jual kepada saudara-mara aku. Memang sumber rezeki aku BBS ni.

Tak pernah aku pakai satu skincare selama ini tau. 2 tahun bukan singkat ye. Biasa tak sempat habis satu set, aku rasa tak sesuai, aku pon beli lain. Muka aku dulu banyak jerawat. Dekat pipi banyak kesan parut, kulit tak sekata la jadinya. Tapi lepas pakai BBS ni, memang wonderful kulit aku. Dia rawat dari dalam. Parut jerawat ni dah hilang sekarang. Tapi kulit masih belum sekata. Tapi bagi aku dah cukup bagus BBS bantu kulit aku. Sukalah hati aku. Muka pun glowing jer lepas pakai aku pakai BBS secara konsisten.




Sekarang bukan aku tak setia dengan BBS, cuma aku manusia biasa. Tak lepas dari keinginan dan kehendak yang melampau. Hahaha.. Aku dah start pakai set skincare ELLFIE. Produk ni kebanggaan para blogger la sebab produk ni dikeluarkan oleh blogger Elly, Filla and Peej. Tiga sekawan ni memang aku follow dari 2011 lagi. Aku memang ikuti segala perkembangan mereka. Memang aku silent reader diorang laa...

Ni la produk yang aku cakap ni. Aku baru try dalam seminggu lebih. Nanti aku tunjuk gambar before and after aku sendiri. 



Kulit pipi aku sekarang macam gambar before ni. Aku harap dapatla jadi licin balik dan kulit jadi lagi jernih. 



Elfira Loy pun dah cuba. Awak bila lagi?

Saya yakin dengan produk ni. Sebab setakat saya pakai, tak jadi rashes, kulit tak menipis. Walaupun baru pakai, kulit saya dah ada improvement sikit. 

Boleh whatsapp saya untuk sembang lebih lanjut : 0123282531

~nak tanya pasal BBS boleh nak tanya pasal Ellfie pun boleh~



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

KASUT ADIDAS UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum dears,

Lawa tak kasut ADIDAS ni? Ni kasut husband. Dia baru je beli bulan lepas. Tapi sekarang sibuk nak jual. Dia selalu macam tu. Suka beli, lepas tu jual balik. Kadang-kadang dia jual sebab dia dah bosan. Padahal baru pakai sekejap.

Ni dia cakap longgar sikit dengan dia. Aku nampak dari luar macam OK je. sebab kasut ni macam fit dengan kaki. Tapi tuan kaki sendiri kata longgar nak wat macam mana kan? Dia pakai baru beberapa kali je sejak beli.


JENAMA : ADIDAS
SAIZ : 6 1/2






smart kan kasut ni? Sayang nak jual ni. Tapi kalau dah longgar dengan kaki, simpan pun tak guna. Lain la ada almari kasut khas macam artis Korea. hahaha...


Tapak pun tak haus lagi.


Kasut ni boleh bawa pergi jalan-jalan sebab sangat lawa. Kalau nak bawa pergi bersukan tu boleh juga. 

Kalau berminat nak beli, bolehlah whatsapp dia. (Mr. Khairi : 0139156642)

Harga : RM120
Pos : RM10

Orang kat Alor Setar boleh pergi tengok sendiri kasut kalau berminat. Husband kat Alor Setar sekarang.

Okey!















@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Khamis, 18 Februari 2016

Empat Sahabat, Sehidup Semati

Assalamualaikum dears,

Mesti ramai dah tahu pasal cerita ini. Al-fatihah buat arwah empat sahabat yang ditemui dalam kereta yang menjunam ke dalam sungai Tenggaroh berhampiran Mersing.

Kegembiraan hendak pergi bercuti bersama rakan-rakan akhirnya bertukar tragedi apabila kereta mereka dipercayai terbabas ke dalam sungai tersebut semasa mereka dalam perjalanan dari Bandar Seri Alam ke Kuala Terengganu pada 10 Februari lepas.

Identiti 4 Sahabat Disahkan Meninggal Dunia 17 Februari 2016
  1. Luqman Jainie, 21 tahun
  2. Abu Izzani Abu Bakar, 21 tahun
  3. Nik Shakir Zufayri, 21 tahun
  4. Muhammad Asyraf Isa, 21 tahun
Kronologi Kes 4 Sahabat Hilang Ditemui Mati Lemas

10 Februari 2016: Kesemua 4 sahabat yang berusia 21 tahun telah bertolak dari Bandar Seri Alam pada jam 9.30 Malam Rabu ke Terengganu untuk bercuti. 2 Jam selepas itu, kesemua mangsa gagal dihubungi oleh ahli keluarga

11 Februari 2016: Laporan polis dibuat mengenai kehilangan kesemua 4 mangsa




17 Februari 2016: 4 mayat dengan kenderaan mereka “JEB9978″ ditemui orang awam dalam sungai di Jalan km50 jalan kota tinggi-mersing pada jam 10.00 pagi. Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia akibat mati lemas sejurus kenderaan yang dinaiki mereka terbabas. Kesemua mayat telah dijumpai selepas 7 hari hilang.



Al-Fatihah.




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Rabu, 17 Februari 2016

Psoriasis Vulgaris

Assalamualaikum dears,

Dulu rasanya pernah dah share dengan u ols yang aku ade Psoriasis Vulgaris , sejenis penyakit kulit. Aku tak tahu pun penyakit kulit aku ni dikategorikan sebagai penyakit serius. Selama ni aku ingat aku gatal-gatal biasa je. Tak pun aku ada eczema. Tetapi tekaan aku salah sebenarnya.

Masa belajar di Kuantan dulu, aku dah tak tahan asyik gatal-gatal di bahagian leher dan bahagian-bahagian lipatan. Aku nekad aku nak pergi jumpa pakar kulit di HTAA. Aku tak nak jumpa doktor biasa. Akhirnya aku dirujuk ke Klinik Pakar di HTAA. Masa tu doktor yang rawat aku Dr. Aung. Kalau tak silap aku, dia ketua klinik tu masa tu.

Dia diagnose aku ada penyakit Psoriasis Vulgaris. Pertama kali dengar penyakit tu. Aku dengar betul-betul doktor cakap pastu balik baca dalam Google. Hmmm, penyakit ni tiada ubat untuk hentikannya. Cuma ubat yang diberi boleh mengawal keadaan psoriasis tu sendiri dari terus merekah dan berdarah atau merebak ke tempat lain.

Aku punya keadaan sebenarnya tak teruk berbanding pesakit lain. Aku masih boleh menjalani kehidupan normal, boleh pergi bekerja dan buat aktiviti seharian macam biasa. Cuma aku tidak boleh hadapi tekanan yang tinggi. Nanti psoriasis tu macam dapat baja, terus membiak macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau dia tengah berlumba-lumba nak bersisik di kulit ni, aku macam hopeless, sebab tak boleh buat apa-apa. Aku akan alami depression sebab aku rimas, panas dan tidak selesa. Kulit akan mengering. Tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari yang terik dan cuaca sejuk yang melampau. 


Aku tak boleh nak tunjuk gambar sebab aurat. Bukan tak nak share ye. 

Ihsan: Google

Ini kesan biasa yang akan jadi kepada pesakit psoriasis. Kuku akan terpisah dari isi. Aku pun ada dua kuku jadi macam tu tapi aku sempat selamatkannya. Aku akan bersihkan betul-betul kuku aku kalau jadi macam ni. Aku akan kikis kotoran dan isi yang macam baru nak tolak kuku ke atas.

Ihsan: Google

Tengok gambar before. Keadaan ni tak teruk ya. Ini baru sedikit. Gambar bawah ni lagi teruk. Yang ni baru doktor akan kata ini serius. Baru akan rawat dengan rawatan lain.

 Ihsan: Google

Ihsan: Google

Yang ni pulak di kulit kepala. Exactly macam aku alami. Ni bukan gambar aku. Sorry lah tak dapat nak tunjuk. Aurat.



Walaupun yang aku alami ni sedikit sahaja berbanding dengan orang lain, tapi aku memang rasa tak selesa. Rasa tertekan sebenarnya sebab dalam keluarga aku, aku seorang je kena. Tapi bila aku kahwin ni, baru aku tahu abang ipar aku pon ada jugak. Tapi dia teruk macam gambar badan di atas. Dua bulan tak pergi kerja. Kau mampu???!! 

Lain kali aku share ubat apa doktor bagi aku pakai. Sekali pergi hospital aku kena bawa beg besar untuk bawa ubat balik. Hahaha...






@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Berkelah di Taman Gelora, Kuantan

Assalamualaikum dears,

Masa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, aku dan suami ambil keputusan nak pergi bercuti. Sejak nikah, kami tak pergi honeymoon lagi sebenarnya. Pernahlah pergi Kuantan 2 kali dan Jengka pergi sekali sebab attend interview government. Lepas tu, aku dan suami dah start sibuk dengan kerja masing-masing.

Aku kerja takdelah busy sangat sebenarnya tapi sebab aku kerja hari Sabtu juga, jadi masa rehat aku hari Jumaat je lah. Jadi nak ke mana-mana tu susahlah sikit. So, masa cuti panjang baru-baru ni, kami dah rancang nak habiskan masa berdua je. 

Susah juga nak decide pergi mana sebab kereta aku mati roadtax.. Hahahaha... Jadi kena guna kereta dia yang manual. Malas la nak jalan jauh-jauh. Aku dah survey banyak tempat sebenarnya nak pergi honeymoon ni tapi semua tak kena bajet dan perancangan kami. 

Jadi kami decide pergi Kuantan je la. Lagipun dah fasih dengan keadaan sana. Kami bertolak pagi Isnin dengan segala bekal dan peralatan untuk picnic. 

Kami stay kat Kuantan 3 hari di kawasan Teluk Sisek. Saja cari area dekat dengan pantai sebab nak berekreasi bersama-sama. Cewaaahh..

Kita skip cerita hari pertama ye sebab hari pertama kerja makan and rehat je. Hari kedua kami dah rancang nak picnic dan masak-masak di tepi pantai. So, aku memang dah bawa portable gas stove, beras dan bahan-bahan untuk masak, periuk nasi, pinggan mangkuk dan air.

Nasi masak siap-siap di hotel. Oppss...sebab tu tak nak bagitahu aku stay hotel mana. Lagi 3 atau 4 tahun aku bagitahu..

Kami pergi ke Taman Gelora pukul 2 petang. Nasib baik cuaca sangat baik. Tak panas, tak hujan. Just nice laa.. Sampai je, kami pergi round dulu kawasan cari tempat yang sesuai nak letak khemah dan memasak.


Cantik kan?


Jadi, kami pilih kawasan ini untuk berkhemah!




Ok, jom mula! Suami pasang khemah, aku masak je. Tak tolong pun dia pasang khemah. Tengok-tengok siap dah.


Aku tak siap masak lagi masa ni. Kesian suami kebulur... hahaha.. padahal masak sardin, telur dadar and goreng sosej je pun.


Suami aku pernah terima latihan tentera udara. Jadi jiwa dia ala-ala askar sikit. Sebab tu khemah pun nk warna askar. 


Sedap jugak sardin ni!


Suami aku makan dengan berseleranya. Suka tengok suami makan. Dia kalau makan memang bersungguh. Eh, macam aku jugak la kan??


Lepas makan, kami pun berjalan-jalan keliling kawasan taman gelora tu. Dulu Taman Gelora ni takdelah cantik sangat, sekarang dah cantik kawasan ni. Medan makan pun dah ada tempat yang cantik dan bersih. Ramai juga orang joging di sini. Tak kira bangsa dan usia.


Dulu tak ingat ada tak lagi Jambatan Gantung ni. Dulu aku main-main kat kawasan tepi pantai je. Tak de pulak berjalan-jalan keliling tasik ni. Hihihi..lupa nak tanya suami.



Tengok tasik warna hijau. Sebab tu redup dan sejuk jer kawasan ni.

 Agak-agak berapa usia pokok ni? Badan dia berpintalpintal macam roti yang pintal-pintal tu. Eh, ingat makanan pulak. Sorry!

Breathtaking view~


Masa ni monyet-monyet ni gaduh apa entah. Bising betul, lepas tu tiba-tiba semua berbaik semula. 


Lama juga melepak di kawasan ni. Pukul 6.30 petang baru balik, kemas khemah dan barang-barang masak semua. Malam tu pergi melepak di Teluk Chempedak pulak.

Setakat ni kami mampu pergi ke sini je untuk bercuti. Nanti kalau ada peluang, ruang dan wang baru pergi ke tempat yang lagi best!

Okay, see you soon!!

@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

 

Isnin, 15 Februari 2016

Trying To Conceive

Assalamualaikum dears,

17.2.2016 ni cukup la empat bulan nikah. Alhamdulillah... Sepanjang empat bulan nikah ni, macam-macam perasaan, pengalaman, dan ilmu aku belajar. 

Perasaaan...

Of course la gembira itu yang pertama. Gembira sebab ada seorang suami untuk bergantung harap. Ada seorang suami untuk memimpin ke syurga. 

Sedih sebab sekarang berjauhan dengan suami. Dia kena kerja di Alor Setar sekarang. Kadang-kadang dalam hati ni macam ada satu perasaan jahat tak ikhlas bagi suami kerja jauh-jauh. Pentingkan diri sendiri pon ada. Padahal dengan kerja itulah suami kahwin dengan aku. Bagi duit hantaran, wat belanja kahwin, bagi hadiah ke aku dan sara kehidupan kami berdua dan bagi ke mak ayah dia duit bulanan.

Sedih lagi sebab dah empat bulan, aku masih tak hamil lagi. Ye aku tahu baru empat bulan, awal lagi nak risau. Tapi umur aku dah nak masuk Three series dah tahun depan. Aku aim tahun ni dah dapat bayi seorang. Lagipon aku pernah ada history ovary aku bengkak dulu masa aku remaja. petanda awal cysts. Mahu tak risau?? Korang rasa patut tak aku jumpa O&G lepas enam bulan kalau tak pregnant lagi?

Kadang-kadang aku sedapkan hati, mungkin belum masanya nak dapat anak. Mungkin aku dan suami belum cukup bersedia dari segi ilmu keibubapaan dan kewangan. Sekarang nak besarkan anak, kena banyak belanja. Dunia pun makin mencabar, jadi ilmu kena banyak untuk didik anak-anak. SO, sedaplah hati sehari dua. Nanti sedih semula...

"Ya Allah, kurniakanlah aku zuriat yang soleh-solehah dan yang mendirikan solat"

Impian suami : Kembar !!

Gambar: Ihsan Google














@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal