Apesal la biskut tak masak-masak? | Belle of Paradise


Pengikut

Khamis, 17 Mei 2012

Apesal la biskut tak masak-masak?

Assalamualaikum dears,

Petang tadi buat projek baking biskut dengan my mom. Tahu tak sesuatu yang kelakar berlaku? 

Biasanya orang akan panaskan oven dulu before baking kan? Tapi Cikza selalu panaskan oven time tengah buat projek, kiranya dah nak siap mengadun baru la pergi panaskan oven. Hahaha... sebab Cikza buat kerja lambat sikit. Orang Terengganu sebut 'metek'.. Nak buat something tu memang nak perfect so jadi la lambat sikit. Tapi hasil puas hati, tak pe la... Eh, panjang pulak selingannya!

Tadi Cikza pun panaskan oven macam biasa la. Dah siap satu tray biskut, baru panaskan oven. Oven kan ada timer. So, bila dah bunyi 'ting!', Cikza pun pergi masukkan dalam oven macam biasa. Lepas 5 minit, Cikza pergi intai.. "Eh, umi...apesal macam sama jer saiz biskut ni. Tak nak kembang ke?"

Umi jawab,"La..kan baru letak. Sabor la sikit..."

Hihihi...malu sendiri~ Okey, sabar sikit yer. Lepas tu gi sambung lagi untuk tray kedua. Dah siap untuk tray kedua, umi pun pergi nak jenguk biskut dalam oven. "Eh, bakpe biskut ni macam tu ler jer? Doh bakpe oven ni dok panas? Mu panas dok oven benornye?" Umi cakap sambil tarik wyre plug yang sambung ke soket. Oh, wyre toaster rupanya! Hahaha...

Hahahahahahaha.... sambung gelak lagi. Masa tu tak tau nak citer la. Dah tak boleh jawab apa-apa dah. Memang gelak guling-guling la. Boleh pulak Cikza salah pasang plug! 

Ish...memalukan! *Letak tangan kat muka sambil gelak-gelak*

Oh, gambar biskut nanti Cikza upload. Itu untuk projek biskut hari raya. Nanti ai tunjuk gambar dan harga sekali. 

@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

2 ulasan:

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal