Cuti-cuti Malaysia: Tanjung Piai, Penghujung Selatan Tanah Besar Asia | Belle of Paradise


Pengikut

Jumaat, 18 Mei 2012

Cuti-cuti Malaysia: Tanjung Piai, Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

Assalamualaikum dears,

Okey before sambung projek baking biskut malam ni, kita berbelog dulu.

Ni cerita sudah lama. Sudah hampir 3 minggu rasanya. Tapi baru teringat nak letak. Tempoh hari, Cikza kan pergi Pontian menghadiri majlis perkahwinan kawan karib semasa belajar di universiti. Jadi alang-alang dah berada di Pontian, maka haruslah pergi ke Tanjung Piai. Kawan-kawan Cikza lah yang sibuk mengajak ke sana. Sebenarnya Cikza sendiri tak tahu ada rupanya tempat nama Tanjung Piai. Pastu, mereka pun ada cakap yang Tanjung Piai ni merupakan titik paling selatan di Benua Asia. Oh, menarik! Makanya memang harus pergi!

Setibanya di sana, kami disambut oleh makhluk Tuhan bernama monyet, beruk, kera dan seangkatan dengannya. Oh, sungguh menakutkan! Kadang-kadang rasa makhluk-mahkluk ni datang nak rampas barangan dari kami. Padahal kami semua tak bawa makanan pun. Tapi nasib baik ada kawan sudah pesan supaya berhati-hati dengan monyet-monyet di sini. Jadi, sedikit sebanyak kami dah bersedia! Ok, jom kita layan gambar jer.

Tanjong Piai.

Macam tak mengalukan kedatangan pelancong je kan? Sebenarnya signboard ni diambil di kawasan jauh sedikit dari tempat yang sepatutnya kami pergi. Tapi masih dalam kawasan Tanjong Piai. Cepat-cepatlah kerajaan negeri perbaharui tanda nama ni.



Batu besar di Tanjong Piai.

Sini la sepatutnya tempat yang kami sampai. Tadi kami tersalah tempat. Biasalah, pelancong kan? Masa kami sampai di sini, ramai pelajar kelab fotografi sedang posing untuk mengambil gambar. Jadi, kami semua masuk dulu la ke dalam. Bagilah peluang kepada mereka untuk buat assignment.


Welcome!

Inilah pintu masuk ke dalam kawasan ni. Sebenarnya kawasan ni hutan paya bakau. Di dalam ni ada banyak pokok kayu bakau. Selama ni belajar di sekolah jer pokok bakau tu macam mana. Hari itu Cikza tengok sendiri. Subhanallah. Sangat mengagumkan. Jom lihat gambar-gambar pokok bakau ni.

Pokok bakau minyak.



Plot Lokan.

Sebenarnya Cikza tak nampak pun lokan tu. Kawan Cikza cakap, lokan memang duduk kat dalam lumpur. Jadi, memang takkan nampak. Lain lah kalau pergi korek. 
Ooo..macam tu rupanya. Cikza tak pernah rasanya makan lokan ni. Dulu Cikza alah dengan kerang-kerangan ni. Jadi, keluarga pun tak beli sangat la. \

Tapi sekarang, makan la sesuka hati. Setiap penyakit kan ada ubat??? Lalala...

Destinasi

Oh, jauh lagi perjalanan. Destinasi kami yang di atas tu. Masa kami datang ni, jalan pendek ke penghujung tu ditutup untuk kerja-kerja pembaikpulihan. Jadi, kami semua kena jalan jauh sikit la. Bagus la. Senaman di pagi hari. Memang berpeluh. Serius!


Besarnya siput!

Dalam perjalanan yang jauh tu, macam-macam kami jumpa sebenarnya. Kami jumpa siput ni. Oh, besar sangat siput ni. Tak tahu lah boleh makan ke tak. Masa ni masing-masing tak tahu nama siput ni. Cikza tahu siput sedut jer. Alamak..rasa nak makan gulai siput sedut la pulak. (Air liur meleleh...)


Siput berongan

Oooo, namanya siput berongan. Memang tak pernah dengar. Bagus hari ni. Tambah lagi pengetahuan tentang makhluk Allah.


Akar jangkang pokok bakau minyak tertinggi di Tg. Piai. Ketinggian 14 kaki/4.27 meter dari paras tanah.

Ha..bila tengok akar ni, teringat pulak masa belajar kat sekolah dulu. Cikgu pernah tanya, kenapa Allah jadikan akar pokok bakau kat atas? Biasanya akar pokok kan kat dalam tanah. Masa tu tak tahu jawapan sebab tak pernah tengok pokok bakau macam mana. Cikgu cakap akar pokok bakau tinggi sebab pokok ni perlukan oksigen untuk hidup. Dulu belajar sebab nak jawab peperiksaan. Jadi semua cikgu cakap tu dengar, masuk telinga, lekat kat dalam neuron otak, dan jawab soalan peperiksaan. Hari itu masa tengok sendiri pokok bakau, barulah boleh bayangkan. Rupanya paya ni sangat berlumpur. Dalam tanah kan kurang oksigen. Kalau akar pokok di dalam, macam mana pokok nak dapat oksigen. Maha suci Allah menjadikan sesuatu itu sempurna kejadiannya. 

Belangkas

Ingat tak perumpamaan Melayu "Bagaikan belangkas" tu? Inilah rupanya belangkas tu. Tapi masa ni, belangkas tu sendirian sebab dah mati. Belangkas biasanya akan berpasangan. Ke mana saja belangkas pergi, mesti ada boyfriend atau girlfriend sekali. Belangkas ni terperangkap di akar-akar pokok bakau ni. Kat sini bukan habitatnya. Maka belangkas ni pun mati. Banyak sangat belangkas-belangkas ni bila dah berhampiran dengan kawasan pantai.


Dah mati.

Yang ni pokok bakau yang dah mati. Tengoklah struktur akar pokok bakau ni. Serupa macam pokok biasa. Bezanya akarnya di atas. Akar pokok lain di dalam tanah.


Pelantar Memancing

Kalau tak silap ini pelantar memancing. Tengok la laut kat belakang tu. Tenang je kan? Tapi macam-macam aktiviti di dalam laut yang kita tak tahu. Rasanya yang di belakang itu Singapura. Hai Singaporeans!





Ok..dah sampai pun kita. Inilah tempatnya. Penghujung Selatan Tanah Besar Asia. Bergambarlah kami kat sini banyak-banyak keping. 


Tahniah sebab dah berjaya sampai ke sini!

Selat Johor dan Selat Melaka

Rasanya itu nama orang. Veni, Vidi dan Vici. Mungkin nama bangsa penjajah kot. Malas la pulak nak mencari info pasal mereka. Sila rajinkan diri untuk google ye readers sekalian. Hehe..

Dah selesai bergambar, kami pun pulanglah. Oh, kena berjalan balik ke sana macam tadi. Balik mandi, lepas tu pergi rumah pengantin.




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal