Cakap straight! Don't kona-kona~ | Belle of Paradise


Pengikut

Isnin, 21 Mei 2012

Cakap straight! Don't kona-kona~

Assalamualaikum dears,

Wah, bosan pulak duk ngadap journal-journal ni!

Okeyh, kite bercerita dulu.

Ini kisah semalam.

Masuk dalam kereta Kak Anne, Dc dan Liya cakap, "Wanginya bau lavender ni~"

Then, Cikza dengan selambanya,"Saya tak suka sangat bau ni."

Lepas tu, kitorang sembang macam biasa. No heart feeling pun dengan statement Cikza tadi tu.

Malam pun menjelma. Sambil lepak-lepak di Big Apple Cafe, oh sebenarnya pinjam kerusi jer. Makanan beli kat lain. Hahaha... Kak Anne jer yang beli air cappucino. Cikza pun rasa sikit. "Sedap! Saya suka!"

Lepas tu Kak Anne pun cakap, "Zai ni memang cakap direct kan? Kalau suka, cakap suka. Kalau Zai tak suka, Zai cakap tak suka."

Oh, blurr kejap. Otak tengah proses maklumat. "Ye eh akak?"

Ok, baru tersedar.Hahaha...memang betul pun!

Cikza memang jenis cakap direct. Kalau tak suka, memang akan cakap tak suka. Kalau tak cakap dengan mulut sekalipun, perasaan tak suka tu memang jelas kelihatan la kat muka. Muka terpaksa! OMG~ Sebab itulah, lebih baik Cikza cakap direct. Kalau tak cakap, orang akan tahu jugak. Lagi buat orang sakit hati jer kan?

Kalau bab makanan, memang lagi best. Saya suka asam pedas, masak lemak cili padi, tomyam, somtam. Eh, semua makanan Cikza suka kecuali cendol. Macam hingus! yek~ Haha...berterus-terang lagi!

Dulu pun ex-boss ada jugak cakap Cikza ni jenis cakap direct. Sebab dia pernah kena kot dengan Cikza. Huhu... sorry bos!

Lepas tu kawan-kawan ni duk tanya soalan cepu mas,"Kalau seseorang (lelaki la tu maksudnya) cakap dia suka Zai, macam mana?"

"Kalau Zai suka jugak orang itu, Zai cakap la kat dia Saya suka awak jugak~. Tapi kalau Zai tak suka orang itu, Zai cakap je la, Saya tak suka awak. Saya tak nak kawan dengan awak. Boleh tak awak main jauh-jauh?"


Hahaha... sangat berterus-terang okeyh! Boleh patah hati orang mendengarnya. Tapi kalau Cikza yang suka seseorang itu, macam mana pulak? Hmm..maybe Cikza akan cakap jugak,"Saya suka awak. Awak tak nak balas suka saya takpe. Tapi jangan bercakap dengan saya 3 minit."

Lepas tu menyepikan diri buat selama-lamanya. Yelah, malu! Suka tak berbalas. Eh, tahu pulak malu. Dah tadi wat kat orang mcm tu, takpe la???

Hahaha...



Tolonglah bagi jawapan konkrit kalau orang memerlukan jawapan itu. Adalah sebabnya dia nak tahu. Janganlah jawab,"Hmm...awak fikir la sendiri." Tak pun,"satu hari nanti, awak tahu jugak"

eh, hello!!! Kalau dah tuan punya badan tak nak cakap, macam mana nak tahu jawapan? Ye dak? Nak fikir sendiri celah mana ntah. Kalau ada hints, takpe jugak!

Haih, lemah dengan orang macam ni.




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal