Pengikut

Selasa, 28 Februari 2012

"Why DO I LOVE You?"

                                                               "Why Do I Love You" - WESTLIFE

Suddenly she's
Leaving
Suddenly the
Promise of love has gone
Suddenly
Breathing seems so hard to do

Carefully you
Planned it
I got to know just
A minute to late, oh girl
now I understand it
All the times we
Made love together
Baby you were thinking of him

Why do I love you
Don't even want to
Why do I love you like I do
Like I always do
You should've told me
Why did you have to be untrue (love you like I do)
Why do I love you like I do

Ain't gonna show no
Weakness
I'm gonna smile
And tell the whole world I'm fine
I'm gonna keep my senses
But deep down
When no one can hear me
Baby I'll be crying for you

Why do I love you
Don't even want to
Why do I love you like I do
Like I always do
You should've told me
Why did you have to be untrue (love you like I do)
Why do I love you like I do

Can't go back
Can't erase
Baby your smiling face oh no
I can think of nothing else but you
Suddenly

Why do I love you
Don't even want to
Why do I love you like I do
Like I always do
You should've told me
Why did you have to be untrue (love you like I do)
Why do I love you like I do


p/s: err..malas nk g cari video.. cari sendirik buleh?? hihi

@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Kerana sebiji kek

Assalamualaikum dears,

Kerana sebiji kek yang sy sendiri x tahu kek coklat ke, kek karet ke, kek mentega ke, sy kena ceramah oleh my mom dr malam smpai ke pagi esoknya dan smbung lg smpai petang.. *sigh*

Ni bukan masalah kek x sedap, tapi kek tu x wujud pon lagi! Haha..sebab ada orang request tp sy x buat!

Peace! (^_^)



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Sabtu, 25 Februari 2012

Selamat Pengantin Baru buat Amir Safwan dan Nur Amalina

Assalamualaikum dears,

Selamat Pengantin Baru kepada kawanku Amir Safwan dan pasangannya, Nur Amalina.
Selamat bercinta sampai ke syurga!!!



p/s: seronok attend kenduri kawin kawan2 ni.. leh jupe member2 school dolu2.. Kenduri sendiri lambat lagi~ hihihi...



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)

Assalamualaikum dears,

Hari ini pergi habiskan baucer buku yang ada di Pesta Buku dan Pustaka Seri Intan (PSI). PSI ni bukan library yer.. ni kedai buku mcm Popular dan MPH la...tp versi kecik!

Baucer buku 1 malaysia (BB1M)

Semalam balik dari Kuantan, dah singgah dah kt Mesra Mall, Kerteh. Dah habis RM100 baucer kt situ. Macam-macam la beli...Kalu ikot hati, nk borong satu kedai.. tp kena simpan baucer. Nk belanja adik-adik. So, petang tadi saya bawa dua orang adik perempuan saya ni ke Pesta Buku di TTC dan PSI. Apa lagi, memborong la kitorg kt sana. 

Ni antara barang yang dibeli. Hikhikhik..antara ya~ sebab ada lagi tapi x masuk dalam gambar. Beli untuk dijadikan hadiah~

Puas hati la memborong tadi. Sebab banyak benda yang berfaedah dapat dibeli.. Cuma terkilan x dapat beli pendrive dan mouse dengan baucer buku tadi. Sebab kat kedai tu tak jual. Kalu x, dapat la kot..

Agak-agak tahun depan dapat lagi x??



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Rabu, 22 Februari 2012

Bukan senang~

Assalamualaikum dears,

Bukan senang yer nk tetapkan hati kalu dh buat decision tentang sesuatu perkara. Lagi-lagi bila perkara tu kita x suka, tapi terpaksa buat setelah ditimbang baik dan buruk. Sesungguhnya setiap keputusan yang kita buat, Allah akan uji sebab Dia nk tengok, kita tetap atau tidak dengan keputusan itu.


Ada baiknya juga ujian Allah ni. Selepas kita diuji, kita akan berfikir kembali, adakah keputusan yang kita buat tu betul atau tidak, mengikut emosi atau masih dalam rasional pemikiran, dan yang penting berserah kepada Allah. 

So, fikir-fikirkan la yer kawan-kawan. 


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Langgar pantang!

Assalamualaikum dears,

Baru je sy tulis entry pasal kene pantang2 bab makan kan? Eyh, tetibe je semalam 'terlanggar' pantang. Sorry, x sengaja! hihi...

Semalam, order la bihun sup kt restoran Al-Falah sebelah hostel ni. Dalam kepala duk bayangkan bihun sup mcm biasa laaa, ada bihun, sup dan isi2 ayam, serta dihiasi daun2 sup. So, xde la langgar pantang mkn~

Eh, sekali sampai je order... (-_______-) teeeetttttttttttttttttttttttttttttttt

"apesal bihun sup ni ade telur!"

Belek2 lg dalam dia...

"ah, sudah...ada udang dan sotong lagi tu!! OMG, camne nk makan ni? karang gatal2"

Hahaha...haruslah sy telan je sume tu... sy x suka membazir. Makanan bukan untuk dibazirkan. Kalu rasa x nk makan, jangan pandai2 singgah kedai makan!

So, makan je la sume makanan berbisa tu... Malam tu ape lg, menggaru la!!!!




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Selasa, 21 Februari 2012

I cannot eat those foods! Then, am I dieting?

Assalamualaikum dears,

It's been a month after my minor operation ended. I did some excision on my scalp last month. Don't worry. It's not dangerous. But, the effects afterwards are troublesome!

After the operation, I need to control my daily meals. Why? Because I cannot eat anything that will worse my operation scar. Or else, it would itchy and festered. Here are the list of foods which I cannot eat at all during my healing process. 

  • Eggs
  • Seafoods 
  • Anchovies
  • Certain Fish (Ikan yang bersisik mcm ikan kerisi
  • Lemongrass

It looks simple right? But, all those basic things above contained in most foods in Malaysia. Okey, let me give you examples


  • Nasi Lemak - has EGG and ANCHOVIES
  • Nasi Kerabu - has 'belacan'. (Belacan is made of PRAWNS)
  • Tomyam - has lemongrass and Malaysians love to add SEAFOODS inside tomyam. More delicious!
  • Kuey Teow Kungfu (oh, my fav!) - the kuey teow is wrapped with EGG and fried


Those are only the examples. Most Malaysian foods contain the basic ingredients. Hurmmm.... How can I eat? But, I take it positively. This is the best time for me to plan my diet properly since I cannot eat this and that. Heeheeeee....

So, now I strictly look over what I put into my mouth. Hoho..so strict okey. I occassionally went to cafe and restaurants because I do not want to eat those listed above. Now I add some more into the list I-should-eat-less.
  • Oily foods
  • Highly salted foods
  • KFC
  • Pizza
  • Spicy Foods
  • Carbonated drinks
  • Tea
  • Coffee
  • Big Apples
  • Sweet foods
  • Cakes
  • Junk foods
  • Chocolates

There are the lists that crossed my mind now. I do not say that I cannot eat at all. I just mentioned I should eat less. I should limit it. Moreover, I am now crazily looking after my skin well. About this skin topic, I tell you later. 

So, in order to make sure I have good skin, I need to plan my diets well. Haha.. people might think I am torturing myself, but actually not. I am giving rest to my digestive system after 25 years I eat everything. So, hopefully after this my skin will be better and there is no more strawberry nose


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Isnin, 20 Februari 2012

Cinta tak semestinya memiliki

Assalamualaikum dears,

Wah..sebenarnya I malas nk kupas tajuk ni. It's like toink ke atas batang hidung sendiri. But, this time I need to!
Last night, my friend BUZZ me at YM after I unintentionally  ask her about something. I did expect the news spread was all about her, but I just want a confirmation. Then, I asked and it is true. The case was like this...

Once upon a time... (oh, perlu ke?? ni bukan storytelling like the old days in primary school!)

As she said, there was a boy (A) from her school attracted her and she also responded. But they were not coupling (good enough), just trying to be friend (yela..kecik lagi. x yh nk mengada bercinta). After SPM, they separated, furthering study and exploring their new world. Since then, there were no improvement in their relationship, and she thought it ended. She did ask that boy how did he feel towards her (owh..so brave r this girl), and you know what he replied? "Ko mesti rasa sunyi, sebab kwn2 ko zaman ni sume dh ade partner kan?" 

Oh My God! If someone replied that to me, then I die with this embarrassment! But, she did what she felt right. And then she stopped hoping for that boy. She made new friends from her college and there was someone (B) who always care about her. And of course she is truly a girl. She got affected with this affection. For me, it is normal. Girls like to be heard, to be loved, like it when someone care about them. That's GIRLS!

After a few years, this A came back and suddenly asked her, "u dh ada calon suami belum? my parent tanya i, kalu i xde calon lagi, mereka nak carikan. so, tanya u dulu."

Ok readers, what do you think?? That was a kind of proposal right??? If I was in her shoe, I would not feel excited. Instead, I became confused. For her, she already liked B. And now she is really confused! She does not know how to think, not yet to choose!

Oh, sorry. I missed some parts. That B never said he wants to marry my friend. He just told her about his future planning, sharing his problems with her, always caring about her. That's all... And like I said, GIRLS always love this kind of man, who gives this kind of affections, and they feel it's LOVE. Girls are always being deceived by love. *sigh*

As her friend, I cannot help her to choose. She is the one who'll make the decision. I just opened her mind last night and told her, "CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI~" Ouh..that is true. Sometimes, we think we met the guy who care about her, we fell in love with him and hope to be his wife and have a happy family. NICE! But it is only our wish. But not Allah's fate. How we supposed to know about this? I cannot answer. I think you have to ask Allah in your solat and in your prayers. Allah will give you the best answer.

I do not want her to make decision in her deep emotion. Because she had been away from A for many years, no words, now news, now she thinks she wants to reject him. She just think what she wants. But she did not consider about other matters. 

I hope she will make a wise decision!









Ahad, 19 Februari 2012

Makanan yang sesuai untuk kumpulan darah... ooo berbeza rupanya!

Assalamualaikum dears,
Kali ni nk share info tentang pemakanan. baru-baru ni ada terbaca dalam majalah.. tp penat la pulak kan nk type satu2.. hahaha.. td I g google tajuk ni. Keluar la.. ini I petik dr Iluvislam.com.. So, bukan I yg tulis.
Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.
Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.
Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.
Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.
Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.
Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.
Diet Untuk Golongan Darah 'A'
Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'AB'
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal