Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Alpha Lipid SD2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alpha Lipid SD2. Papar semua catatan

Sabtu, 10 November 2012

Kenapa tak boleh makan buah semasa program diet Alpha Lipid SD2?


KENAPAKAH BUAH-BUAHAN TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG PLAN DIET SDII DI JALANKAN ?
Ketika dalam menjalani program diet penurunan berat badan SDII ini, pengambilan karbohidrat harian ini SEHARUSNYA di antara 20g hingga 35g sahaja. Buah-buahan pula mengandungi kandungan karbohidrat yang teramat tinggi dan sememangnya tidak sesuai bagi program ini. Bandingkan jadual dibawah:
Bagi memberi kesan yang lebih maksimum anda disarankan mengurangkan diet karbohidrat, berlemak dan menambahkan diet protein. Apabila badan kita kurang sumber-sumber2 ini, maka dengan semulajadinya pembakaran lemak yang disimpan dibadan kita akan dibakar oleh metabolisme badan. Kita juga memerlukan protein yang cukup untuk menggantikan sel-sel yang telah mati. SDII akan bertindak sebagai catalyst atau penggalak pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat.
Saranan saya disini, produk pelangsingan di pasaran memang terlalu banyak membuatkan kita selalu keliru dan rata-rata ingin kesan yang cepat. Yang penting adalah anda perlu bijak memilih dan pilihan anda haruslah yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan.
Apa yang paling penting adalah disiplin diri dan kesetiaan kepada program.
source: daniashop.blogspot.com

@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Cara pengambilan Alpha Lipid SD2



Tiada peraturan rumit untuk dituruti ketika mengambil SDII. Cara makan SDII amat mudah seperti berikut:-
1. Campurkan 2 skop SDII kedalam lebih kurang satu gelas (200 – 250 ml) air sejuk, kacau atau goncang sehingga larut didalam gelas atau shaker dan minum.
2. Minum sebanyak 4 kali sehari diselang-selikan dengan waktu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Contohnya begini; Bangun waktu pagi kita minum SDII (1), lepas itu kita sarapan pagi. Sebelum makan tengah hari ambil SDII (2) kali kedua dan kemudian makan tengahari seperti biasa. Sebelum makan malam kita boleh mengambil SDII (3) sekali lagi dan makan malam seperti biasa. Kali keempat (4) boleh ambil SDII waktu minum petang atau sebelum tidur. Semuanya 4 kali sehari dan boleh disesuaikan mengikut program harian kita supaya kita tidak berlapar dan perut sentiasa kenyang.
3. Boleh mengambil SDII ketika sebelum atau selepas makan.
4. Sekiranya anda berpuasa, masih perlu mengambil SDII sebanyak 4 kali sehari dengan jadual yang bersesuaian ketika berpuasa.
4. Pada waktu sarapan, makan tengahhari dan makan malam pula jangan mengambil makanan berkabohidrat dan bergula termasuk air yang manis serta berkafein dan juga buah-buahan. Makan lauk-lauk sahaja.
5. Boleh memakan sayuran-sayuran hijau dan juga tomato.
6. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari atau lebih lagi. Lagi banyak minum lagi baik.
Pengambilan buah-buahan adalah TIDAK DIBENARKAN semasa menjalani program ini kerana kandungan fruktosa dalam buah-buahan adalah terlalu tinggi. Dalam program ini, kadar karbohidrat harian yang perlu diambil hanyalah antara 20 – 35 gram. Selain itu anda dinasihatkan minum 8 gelas sehari untuk menggantikan terus-menerus cairan di dalam tubuh.
source: daniashop.blogspot.com



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Diet dengan Alpha Lipid SD2

Diet tanpa berlapar! SD2 adalah 'meal supplement' bukan 'meal replacement' mcm produk2 lain.



Mengapa tanpa berlapar?



Jika kita berdiet dan tidak makan, tubuh akan memperlahankan metabolisme badan kita, sdgkan metabolisme badan ini diperlu
kan untuk proses penghasilan tenaga, Tenaga di perolehi dari carbohydrate dan gula yang kita ambil, jika kita tidak mengambil karbo dan gula, badan akan mula mencari sumber tenaga ke dua, iaitu simpanan2 lemak kita.




Mengapa perlu makan protein?



Kerana protein adalah sumber tenaga yang ketiga, jika kita berdiet dengan berlapar, badan akan mula merongkah protein2 yang ada di tubuh kita esp. otot, sbb tu mereka yang berdiet x cukup protein, kulit mereka akan menggeleber a.k.a saggy skin. bila badan jadi mcm tu, apabila kita stop program diet atau sesuatu produk yang mengamalkan meal replacement ni, badan kita akan cepat naik semula (YO-YO effect)



Mengapa program diet AL SD2 tidak menekankan kepada pengiraan kalori?



Program diet berasaskan kepada pengiraan kalori akan menyebabkan tahap metabolisme badan kita menurun, memang penurunan berat badan berlaku tetapi untuk mengekalkan berat badan adalah sukar. Sebaik sahaja mereka kembali kepada pengambilan kalori biasa, metabolisme badan tidak mampu untuk memproses pengambilan kalori yang berlebihan itu, dan mereka akan mula mengalami masalah penambahan berat badan.







@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

 

Beza Alpha Lipid SD2 berbanding produk-produk lain

Apa beza SD2 berbanding produk2 perlangsingan lain:

1) Ianya diformulasi oleh 2 org professor dari Harvard Medical School iaitu Dr George Carhill dan Dr George Blackburn. kedua2 professor ini pakar dalam kajian pemakanan di University yang paling terkemuka… di dunia. Produk Diet yg lain ada back up sehebat ini? Siapa yg formulasinya?

2) SD2 dikilangkan oleh syarikat New Image International, Auckl
and New Zealand dan dipasarkan di Australia, New Zealand, Taiwan, Malaysia, Singapura, Indonesia, HongKongm, Filipina dan Japan. Kira SD2 ini “WORLD CLASS” produk. Produk lain dikilangkan di mana? di Malaysia? di kilang kontrak? 



3) Konsep diet SD2 ialah MEAL SUPPLEMENT -iaitu anda dibenarkan MAKAN ketika berdiet. Pelikkan? Tapi perlu makan protein sahaja, kurangkan karbohidrat. Konsep produk diet lain ialah MEAL REPLACEMENT- iaitu kena berlapar dan tak boleh makan apa-apa. So SD2-anda diet tapi kena MAKAN!



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Jumaat, 9 November 2012

Cara Minum Alpha Lipid SD2 Dengan Berkesan


ALPHA LIPID SD2 



Kebanyakan program pengurangan berat badan pada hari ini menfokuskan pada hitungan kalori dan telah terbukti tidak efektif apabila pengamalnya berakhir dengan keadaan yang lebih teruk daripada ketika memulakannya. Program pengurangan berat badan sebegini juga mengurangkan kadar metabolisma, mengakibatkan kehilangan berat badan yang sukar utk dikekalkan (YoYo efek).




Oleh itu semasa anda memilih program pengurangan berat badan pastikan diet yang di syorkan adalah diet seimbang.Dalam menguruskan berat badan, diet seimbang adalah penting. Mahukah anda kurus dan mempunyai kesihatan diri yang baik pada masa yang sama? kurus dan juga kulit kelihatan cantik, tidak menggelebeh? Mudah untuk mengekalkan berat ideal? Jawapannya semua pada diet seimbang. Jadi apakah yang sepatutnya ada di dalam program diet yang mementingkan diet seimbang?
Jangan cuba cara ini jika anda tidak mahu membuang lemak di dalam badan kerana plan diet ini pasti akan memberi kesan penurunan yang ketara!


Cara minum ALSD2 Dengan Berkesan


1. Kurangkan Makanan Berkarbohidrat Dan Gula



Jika anda masih tidak tahu karbohidrat dan gula ini yang sebenarnya menyebabkan kita gemuk. Apabila kita makan karbohidrat dan gula dengan berlebihan badan kita tidak akan menukarkannya sebagai tenaga tetapi sebagai lemak. Memandang di dalam makanan kita hampir kebanyakannya ada karbohidrat dan gula, oleh itu amat mudah kita menjadi gemuk. Contoh karbohidrat adalah nasi, kanji, tepung manakala gula ialah apa sahaja yang memberi rasa manis. Apabila anda mengurangkan makanan berkarbohidrat dan gula, badan akan membakar lemak sebagai tenaga dan kerana itu anda akan turun berat badan dengan cepatnya.




2. Makanan Berprotein yang Mencukupi


Protein merupakan macro nutrient yang paling penting dalam badan kita. Fungsi utama protein adalah membina sel baru, memperbaiki sistem imunisasi dan sebagainya. Protein juga menyebabkan kita mudah kenyang dan badan memerlukan tenaga 2 kali ganda lebih banyak untuk menguraikan protein. Bila banyak tenaga di gunakan, lebih banyak lemak akan dibakar.Jika anda nak cara kurus dan nak shape badan yang menarik tanpa mengelebeh anda perlu tingkatkan pengambilan makanan berprotein.


3. Asid-Asid Lemak Utama Yang Mencukupi.


Penting untuk memastikan bahawa tubuh mampu mencernakan dan menyimpan vitamin-vitamin lemak boleh larut, A, D, E dan K. Minyak Flaxseed mengandungi Omega 3, khususnya asid-asid lemak EPA dan DHA yang amat penting untuk kesihatan yang baik dan digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandins dan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan selaput sel.



4. Mineral Dan Vitamin Yang Mencukupi

 Anda perlu memastikan bahawa anda menerima faedah harian minimum (RDA) vitamin dan mineral yang di perlukan tubuh badan.




5. Minum Air Yang Mencukupi

Alpha Lipid Sd2 mewajibkan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. ini Badan kita memerlukan air yang mencukupi untuk terus berfungsi dengan efisen. Oleh itu semasa membakar lemak, badan kita akan kehilangan banyak air. Selain daripada itu dengan minum air kosong yang banyak, badan kita dapat membersihkan sisa-sisa perkumuhan dan keton (yang terhasil bila lemak dibakar) keluar dari badan kita. Ini secara tidak langsung meningkatkan metabolisma badan dan mempercepatkan pembakaran.



6. Serat Yang Mencukupi

Amat Penting untuk mempertahankan fungsi usus. Sayur-sayuran kaya dengan fiber.



7. Makan Dan Tidak Boleh Berlapar


Mesti terkejutkan yang anda perlu makan untuk menurunkan berat badan dan seterusnya kurus. Apabila anda berlapar, badan akan bertukar kepada mode lapar dimana tidak akan ada pembakaran lemak berlaku kerana badan perlu menyimpan  lemak tersebut sebagai bekalan tenaga. Jadi jangan berlapar, makan bila perlu, ambil jumlah yang sedikit tapi kerap


8. Elakkan Kafein Dan Kurangkan Sodium

Kebanyakkan kafein ada di dalam minuman kita contohnya, kopi, teh dan sebagainya. Kafein akan menyebabkan metabolisma badan anda perlahan dan seterusnya mengganggu penurunan berat badan. Sodium pula yang juga bole didapati di dalam minuman seperti pepsi light atau pada garam juga boleh menggangu penurunan berat badan kerana ia akan menakungkan air di dalam badan.


Senaman akan meningkatkan metabolisma anda dan pembakaran lemak boleh berlaku lebih banyak lagi. Senaman yang perlu dibuat tak semestinya yang berat-berat, yang penting jantung dapat dipam dan badan kita berpeluh. 

Begitulah cara minum Alpha Lipid Sd2 yang betul.



Source: http://alphalipidpower.blogspot.com/

@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Q&A: Keperluan Protein dalam badan

Copied from FB and Paste here!

Ada seorg pengguna nie ckp kat sy :

Salam, actually dah 2 hari nak msg tapi tak berkesempatan. My hubby ada komen tentang my diet. Dia tak brapa sokong sgat dgn cara diet protien. Dia kata dulu ada seorg pengasas this diet protien. If i'm not mistaken dr edkins. But dia sendiri mati due to heart attack in a young age of 50. My hubby kata protien terlalu byak pun tak bagus bcoz its asictic n it goes into our blood. 

JAWAPAN bagi soalan ni::
Pengambilan protein membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan.
Apa kelebihan dan kebaikan protein sebenarnya ?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

PENTINGKAH PROTEIN?
Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

jadi.. ambillah sesuatu atau minumlah sesuatu dengan ilmu :)








@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal