Assalamualaikum dears,
Hari ni SPM diumumkan. Mesti adik-adik yang menduduki peperiksaan tahun lepas berdebar-debar sekarang ni.
Akak harapkan walau keputusan apa sekalipun, redha dan bersyukurlah. Kalau cemerlang, pastikan rebut peluang yang ada di hadapan adik-adik. Anda sememangnya layak mendapatkannya sebab anda sudah berusaha keras untuk mencapainya!
Buat yang kurang cemerlang, jangan risau. Sekarang peluang banyak untuk menyambung pelajaran dalam kemahiran atau kalau dah tak nak sambung belajar, sila belajar berniaga. Kita orang Melayu kena pandai berniaga. Lagi-lagi kita orang Islam. Sumber rezeki 90 berpunca dari berniaga. Cuma cari potensi diri yang terpendam dalam diri adik-adik. So, jangan sedih-sedih ya.
Tak semua yang cemerlang SPM akan terus cemerlang dalam hidupnya. Pasti ada jatuh bangun dalam kehidupannya. Cuma kecemerlangan dalam SPM merupakan ganjaran untuk dia sebab sudah berusaha keras dalam pelajarannya.
Jadi, adik-adik pilihlah jalan yang terbaik untuk diri sendiri selepas dari hari ni. Nak bersedih, cukuplah sehingga pukul 12 malam ni je.
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Please leave ur comments wisely =)