Aku bertunang! | Belle of Paradise


Pengikut

Isnin, 18 Ogos 2014

Aku bertunang!

Assalamualaikum dears,

Gempak je tajuk kan?! Akhirnya..penantianku berakhir.

Dua malam lepas, aku ditunangkan dengan kenalan sekolah menengah aku. Kira dulu aku syok jugak la kat dia tapi sebab dia overly handsome and keluarga dia berdarjat, aku lupakan la hasrat. Cukup la ayah aku dan ayah dia kenal dan this overly handsome boy pun kenal dan hormat ayah aku.

Tapi lepas tu kami sambung belajar, bawa haluan masing-masing. Beberapa tahun lepas tu baru jumpa masa reunion. Lepas tu 3 tahun lepas, aku buat muka tak malu pergi raya rumah dia. Hahaha... Dia ada la ambil number phone aku tapi takde pulak dia mesej aku ke ape. Aku je kot perasan!

Tahun lepas ada kawan jugak nak datang rumah aku sebab nak ambil anak pokok kelapa. Dia yang bawak ke rumah sebab yang lain tak tahu jalan. Sembang-sembang kat luar rumah je tapi aku tak ajak pun naik rumah sebab aku pun dah lupa sebab apa. Aku rasa sebab aku segan kot~~

Masa bulan puasa hari tu, aku pergi la merewang sebab ada majlis berbuka puasa kat surau. Terserempak dengan mak dia. Hati aku dah suka melonjak-lonjak. Ish3. Tak sopan betul. Aku pergi la tegur, sembang-sembang dengan mak dia. Balik tu sepanjang bulan ramadhan tu aku doa dipertemukan jodoh sebaik lelaki tu, kalau tak dapat dia pon takpelah asalkan lelaki tu baik macam dia.

Raya baru ni, aku ternampak dia kat kenduri jiran aku. Tapi masa tu aku dah dalam kereta. Tak sempat la nak tegur. Baru aku perasan dia ada tahi lalat kat pipi. Hahaha..itu pun aku nak cerita.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba keluarga dia datang merisik 2 malam lepas. Kira jadi, terus tunang! Simple kan?

Tapi masa tunang tu, aku dah pelik. Kenapa mak aku tak sediakan makanan langsung untuk tetamu. Ish3..takkan takde langsung? Tapi aku senyap je. Jaga imej la... Encik tunang tengah tengok aku kot.. Tp sblm tu aku perasan dah, lepas mak dia sarungkan cincin, aku tengok muka mak dia lain. Tak seperti yang aku kenal. Kakak dia kot tadi. Sebab aku ni dah nervous aku bukan dengar sangat. Aku senyum je dan salam.

Lepas je keluarga dia balik, aku tengok jari aku takde cincin. Oh, lupa..tadi aku cabut jap sebab nak...lupe dah. Lepas tu aku pergi la cari cincin-cincin tu. Ada dua ok. Risik satu dan tunang satu.

Alamak, cincin emas ni bengkok pulak. Aku tekan sikit jer. Ish...ni aku tak suka cincin sekarang. Nipis. Aku nak tebal!

Aku tengok cincin kedua. Mickey mouse!! Biar betul tunang aku ni? Bagi cincin mickey mouse. Aku tak perasan pulak masa sarung tadi. Aku nervous sangat. Aku siap tenyeh-tenyeh lagi mata aku. Betul la mickey mouse. Baru nak uploas kat FB! Tak jadi la. Aku pun tidur.

Bangun-bangun je tidur, terus terimbau saat pertunangan. Betul ke aku tunang? Terus buka FB cek status orang tu. Eh, takde ape2 pun... Cincin pun takde! La....aku mimpi la maknanya! Tapi macam betul!

4 ulasan:

  1. sooo sengal!!!hahaha. aku beriya baca sampai habis dgn tekunnya. anyhow, wish u all the best and semoga cepat bertemu jodoh. aamiinnn

    babe..sorry tak dpt nak proceed the investment..financially tight lately..huwaaa sedeyyyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you babe doakan aku... aku pun doakan ko cepat bertemu jodoh. Jangan sedih-sedih sebab lelaki..

      Pasal investment tu, nanti2 pun takpe... Kalau dah ready, bagi tahu la yer

      Padam
  2. Baru nak sentap bertunang tak ajak....sabar jela.
    aku doakan ko cecepat dijodohkan dgn pasangan terbaik.kalo dtg kemaman tu,roger2 la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kikiki..maaf saing!!! dah mimpi, nak wat camne...tapi agak lucu la sbnrnye bile ingt balik mimpi tu~~~

      Padam

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal