Maxis Wireless Internet Modem - Mobile Wifi | Belle of Paradise


Pengikut

Rabu, 14 Ogos 2013

Maxis Wireless Internet Modem - Mobile Wifi

Assalamualaikum dears,

Apa khabar semua? Masih dalam mood raya kan? Sebab tak wish lagi kat silent readers sekalian, jadi saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf andai sepanjang saya ber'blogging' ni, ada tulisan-tulisan yang mengguris hati semua orang. Ampun ya!!

Hari ni tak nak cerita pasal Hari Raya lagi. Sebab nanti banyaklah keluar gambar makanan. Dahlah aku tengah lapar sekarang. So, untuk tidak memberi tekanan perasaan kepada diri sendiri, marilah kita bercerita tentang perkara lain.

Macam tajuk entry aku ni, mesti ramai yang tak tahu pasal ni kan? *Kalau korang tahu, buat-buatlah tak tahu sebab aku nak cite ni* Sehari sebelum raya tempoh hari, Customer Service dari Maxis call aku. Aku dah nervous dah, apahal pulak telefon aku nak-nak raya ni????

Rupa-rupanya Maxis nak bagi aku guna Mobile Wifi secara percuma selama 10 hari. *Lepas 10 hari kena bayar, banyak cantik ko nak guna free lama-lama* Selepas aku dengar terma dan syarat dari Maxis tu, aku macam berminat nak mencuba menggunakan perkhidmatan Mobile Wifi dari Maxis ni. Lagi-lagi aku ni jenis pengguna internet tegar. Mana-mana aku mesti nak cari internet. Takde internet, aku rasa aku takde life. Ish-ish-ish, budak-budak zaman sekarang!


Antara kelebihan Mobile Wifi yang ditawarkan Maxis untuk aku;-
- 8GB Data Plan sebulan
- kelajuan sehingga 21Mbps
- sebanyak 5-6 buah peralatan boleh guna wifi ni dalam satu-satu masa (Android, Ipad, Itab, Laptop pon boleh)
- Rebate RM10 sebab aku pengguna postpaid Maxis yang setia dan nakal sikit..muehehe

Tu jer aku ingat. Aku tak boleh nak citer lebih-lebih hari ini. Sebab aku baru dapat modem ni hari ni. So, dalam masa 10 hari ni, kalau liputan tak berapa bagus, aku akan pulangkan modem ni ke Maxis Centre tanpa sebarang caj. *Itu janji mereka* Tapi kalau aku tak pulangkan tu, maknanya aku sukalah tu dengan perkhidmatan Mobile Wifi ni.

Ha.. inilah modemnya.


Comel kan? Dahlah warna putih.. memang warna kesukaan aku. Handphone aku pun putih. Lalalalala~

Untuk awal-awal ni, aku memang rasa benda ni sangat berbaloi. Kalau aku pakai Mobile Data Plan yang sekarang 250Mb, yang itu sikit sangat. Tak sempat nak guna puas-puas..Aku kena aware selalu dia punye mobile data plan. Tak boleh lebih, nanti kena caj. Yang ni kalau terlebih pun, dia tak caj! Memang aku suka!!!!
 Cuma line internet jadi slow jer...... 

Tapi aku rasa tak habis pon aku guna 8GB sebulan ni. Kita tengok je nanti yer. Selepas 10 hari, aku review lagi pasal modem ni.


Ni bahagian belakang kotak. Bacalah sendiri~



*nanti aku nak bawa umi and adik aku g jalan-jalan. nak g test wifi ni kat luar rumah pulak. dalam rumah memang laju berdesup-desup.


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

3 ulasan:

  1. woww..bestnyerrr!! tapi berapa bulan2 nnti ye?hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Nadz: yang Maxis bagi aku ni kena bayar RM68 sebulan untuk 8GB internet. Aku cek website, ada range dari RM48-RM158...Aku rasa ok je setakat ni. Sebab Aku memang fully utilized internet. LAgi-lagi Mobile WIfi ni aku bolleh connect laptop aku jugak...kan senang?

      Padam
  2. Bestnyaa. Ada tak package portable yanh unlimited?

    BalasPadam

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal