Kehidupan yang sukar, mampu tak nak hadapi? | Belle of Paradise


Pengikut

Jumaat, 23 Ogos 2013

Kehidupan yang sukar, mampu tak nak hadapi?

Assalamualaikum dears,

Sepanjang aku sambung master ni, aku rasa takde hari aku betul-betul rasa bahagia. Rasa bahagia tu tak datang dari hati. Kadang-kadang sebab orang lain ada berita gembira, kita tumpang bahagia, orang lain ketawa, kita pun turut bahagia. Kalau ketawa pun nak tak nak jer.

Kebanyakan masa 2-3 tahun ni aku rasa semua fake! Aku rasa macam bukan aku jer yang buat semua ni. Takde satu hari pun dalam hidup aku, aku tak risau. Banyak betul benda aku nak risau. Aku risau pasal mak ayah aku, risau pasal adik-adik aku yang tengah and nak sambung belajar, aku risau pasal duit nak bayar kereta bulan-bulan, risau pasal master aku, risau pasal jodoh, risau pasal kerja, risau pasal duit. Kadang-kadang aku pun tak tahan sampai menangis sorang-sorang malam-malam. Aku pernah depression sampai tiap-tiap malam aku makan ubat tidur sebab asal nak tidur jer aku dah terbayang-bayang semua kerisauan tu. Aku makan ikut dos ok! Tapi itu dulu *baca dengan rentak lagu Amy Mastura* Sekarang aku dah tak makan pil-pil tu sebab aku sayang diri aku. Risau nanti buah pinggang aku tak boleh terima. Aku dahlah makan tak berapa la nak betul. Hari ni aku makan secara sihat, esok aku makan tak sihat langsung, lusa aku skip waktu makan la... Macam tulah aku.

Rasa diri ini seorang loser.

Bukannya aku tak usaha nak atasi semua tu, tapi kadang-kadang apa yang terjadi tu di luar jangkaan dan kemampuan aku dah. Tapi aku tahu  semua ni ujian dari Allah. Allah tahu aku kuat untuk hadapi ujian ni. Sebab tu aku masih hidup dan bernafas untuk selesaikan kemelut yang sedikit ni. Tapi biasalah kan, hati tak selalunya tabah. Tapi depan orang aku tak tunjukla. Bukannya aku hipokrit. Tapi aku rasa, aku tak nak orang simpati-simpati dengan aku. Aku cukup tak suka. Sebab simpati mereka tak boleh nak bantu aku pun. Kadang-kadang aku rasa annoying pulak kalau mereka bagi comments yang menyakitkan hati. Kadang-kadang aku balas balik comments diorang, lepas tu aku rasa tak best sebab aku balas dalam keadaan aku geram dan tak waras kan. Jadi aku rasa macam bodohnya aku berlawan dengan orang yang tak nak faham keadaan orang lain. Pastu yang jadi mangsa, orang terdekat dengan aku. Minta maaflah dengan orang yang terdekat dengan aku. Aku kadang-kadang tak sengaja.


Aku nak buat SWOT Analysis untuk diri aku la lepas ni kejap. Aku rasa mesti dekat bahagian threat banyak points. Sebab aku rasa semua benda threatening aku sekarang ni. Lemas aku! So, aku kena mula hari ni untuk selamatkan diri aku dari lemas dengan semua hal-hal yang merisaukan aku ni. Yeah!!!!

Cepat bagi aku semangat!!

@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal