Yuhuuuu....Salam Ramadhan! | Belle of Paradise


Pengikut

Jumaat, 19 Julai 2013

Yuhuuuu....Salam Ramadhan!

Assalamualaikum dears,

Hari ni dah berapa hari puasa ek? 10 hari kan? Aku dah lupa..sebab aku bukan jenis suka mengira.. Wakaka.. Apa pun, selamat berpuasa kat semua orang Muslim.

Aku tengah bosan ni sebenarnya. Aku tengah tunggu eksperimen aku siap dalam setengah jam lagi. Lepas tu kena run lagi 15 minit. Lepas tu simpan dalam chiller, then boleh balik makan! Eh, tunggu azan dulu baru makan. 

Setiap hari aku baca blog. Semua orang duk update juadah berbuka. Juadah sahur tak ramai orang update. Maklumlah lebihan juadah berbuka semalam. Hihihihi.. Aku tak nak update lagi juadah berbuka aku. Sebab nanti aku stress tengok lauk hari-hari lepas dalam keadaan aku tengah lapar dan sejuk dalam lab ni.

Meh, aku nak tunjuk something......


Jap..tengah cari gambar dalam Dropbox.




Mane yer?









Tadaaaaaaa




Hahaha..ni nama dia Biskut Raya okeyh. Aku dah buat biskut ni sehari sebelum puasa lagi. Gigih tak? Sebab aku nak bawak ke Kuantan biskut-biskut ni. Aku nak bagi ustaz Nizam (guru mengaji aku) dan family angkat aku kat Paching Selatan.

Biskut ni simple jer cara nak buat. Biskut ni pernah menang tempat kedua untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Marjerin Daisy. Aku sudah lupa mana aku cilok ini resipi. Tapi aku bagi kredit kat tuan punya resipi ni. Resipi dia memang senang yang amat. Tapi nak menghias tu tak mudah yer... Mihmihmih..

Aku mintak ampun awal-awal dari tuan punya resipi kalau dia marah aku publish gambar biskut ciptaan dia. Tapi gambar ni original aku buat okeyh. Tu tengok backdrop bersepah dengan kerja-kerja jahitan mak aku.

K lah... selamat berbuka semua. 




>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal