Beadings: Crumble Design | Belle of Paradise


Pengikut

Jumaat, 19 Julai 2013

Beadings: Crumble Design

Assalamualaikum dears,

Sebab ada lagi 15 minit sebelum eksperimen berakhir, jadi aku nak update entry satu lagi. Sebenarnya aku nak update pasal Beadings (memanik, menjahit manik samalah tu) tapi gambar aku amik tak cun la pulak. Lepas tu aku lupa nak snap gambar yang dah siap. Tapi aku upload la jugak sebab aku bosan.





Ni semua kat bahagian lengan. Customer tu nak lengan jer. Naseb baik nak lengan jer. Kalau nak seluruh baju, aku tak tahu sempat ke tak aku nak siapkan dengan sibuk buat eksperimen lagi kat lab ni. Aku pernah jer bawak kotak beadings aku ke lab pastu aku menjahit kat lab ni.. Hahaha... nasib baik tempat aku kat belakang. Jadi orang tak nampak projek aku. 

Tu semua gambar tak siap. Yang dah siap, ada manik-manik kecil warna putih berteraburan di hujung lengan.

Aku ada lagi 2 helai tak jahit manik. Satu baju baby dan satu lagi baju mak baby. Baju baby ni kene jahit reben jer. So, sempatlah sebelum aku balik kampung ni, aku siapkan semua tempahan. Balik ni, aku ingat nak jahit manik kat baju peplum aku pulak. Nak buat biskut raya lagi. nak pasang langsir lagi, nak kena tolong mak aku sembat baju-baju yang ada kalau dia tak sempat...

Hmmmmmmm...banyak kerja aku rupanya kat rumah ni.


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

1 ulasan:

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal