Conference POCER 2013, Awana Hotels and Resorts, Genting Highlands Part 1 | Belle of Paradise


Pengikut

Sabtu, 6 Julai 2013

Conference POCER 2013, Awana Hotels and Resorts, Genting Highlands Part 1

Assalamualaikum dears,

Ini ceritera berlaku hujung minggu lepas. Korang jangan bosan. Entry ni aku rasa bakal panjang dan berjela serta merapu dan merepek.. Hahaha

27 June 2013

Wah, tiba-tiba rasa nak tulis diary style. Aku keluar awal dari asrama, pergi makmal berpusat UMP sebab nak ambil result mercury analysis yang aku hantar sehari sebelum tu. Result tu aku nak guna untuk pembentangan esok petang. Tu maknanya slide presentation tak siap lagi. Bagus tak aku? Ok, jangan tiru! Sebelum tu, pergi isi minyak dulu kat SHELL yang 8KM jauhnya dari UMP. Lepas tu, balik UMP semula dapatkan result. Dah dapat result, berfikir sejenak, result mercury testing OK, then balik asrama. Kejutkan kawan-kawan yang masih membuta lagi. Masa tu awal lagi. Kul 10.15 pagi. So, aku bagi tidur lu sekejap. Sebenarnya aku nak tidur sebab dah beberapa malam aku jadi zombie takde kampung. Ish3x... (baru aku rasa erti jadi pelajar ijazah sarjana). Tapi aku tak jadi tidur, sekali nanti kawan-kawan aku tak bangun, aku pon selamat di alam mimpi, Genting Highlands entah ke mana nanti. Pastu aku kejut mereka, mereka semua pergi mandi dan bersiap, aku pun terlelap la sekejap. Sekejap jer. 20 minit.

Lepas dah siap-siap, kami pun bertolak ke Genting Highlands berlima satu kereta. Aku yang drive. Aku berdebar jugak sebenarnya nak drive jauh-jauh. Dahlah mak ayah aku takde. Lepas tu, aku nak pergi kota judi terbesar kat Asia Tenggara pulak.Aku doa macam-macam kat Allah, selamatkan perjalanan kami janganlah jadi apa-apa kat Genting Highlands, biarlah kami semua selamat pergi present je, tutup hati kami dengan segala keriangan di GH tu , jauhkan kami dari maksiat kat tempat orang ni. Risau tau. Kalau mati, orang tanya mati kat mana? Genting Highlands. Orang terus fikir bukan-bukan. Padahal aku pergi conference. Bukan aku pergi berseronok. Siap aku tak nampak pun kat mana Outdoor Theme Park Genting tu. Boleh gitu? Hahaha..nanti aku cerita sebab apa aku tak nampak.

Kami sampai Genting View Resort (GVR) dalam pukul 3petang. Lepas check-in, aku berkurung je dalam apartment siapkan slide. Nasib baik kami semua dah makan tengah hari kat Genting Sempah. Roti-roti pon aku dah angkut banyak dari UMP. So, adalah makanan kalau lapar sebelum pergi mendaki ke atas. Oh ye, lupa nak cakap, GVR ni kat bawah lagi. Sebelum Awana Hotels & Resort lagi. Member-member aku ada membuta, ada baca jurnal, ada tengah makan roti cicah air kopi panas. Kesian diorang kena kurung dalam apartment sebab aku tak siap slide lagi. Sorry la member.

Pukul 8.30 malam, kami pun keluar pergi First World Hotel kat puncak sana. Sebab nak ambil seorang lagi member. Dia datang dari KL dengan kawan-kawan yang lain. So, alang-alang dah naik, kami cari makan malam kat situlah. Masa naik ni memang pengalaman mencabar buat aku sebab first time aku  drive mendaki bukit setinggi ni. Dahlah jalan selekoh patah, selekoh  tiga suku, selekoh membulat..haha dah macam-macam nama selekoh aku bagi. Nak nangis aku bawa kereta malam tu. Sampai-sampai terus cari makanan. Aku pulak tiba-tiba takde selera. Aku biar je diorang makan dulu. Aku berjalan-jalan kejap lepas tu sakit perut, Nature's call. Lepas tu baru aku ada selera nak makan. Aku nervous rupanya. hahaha

Susah ok cari makan kat Genting Highlands ni. Semua mahal! Tak daya aku nak duduk sini lama-lama. Kitorang makan dalam foodcourt kat First World tu. Jalan-jalan la kejap tengok Indoor Theme Park. Kitorang tak main pun sebab dah lewat dan sesetengahnya dah tutup. Lepas dah makan dan ambil member tu, balik ke apartment semula. Azab sekali lagi nak turun. Laju semacam. Menakutkan betul la jalan Genting ni. 

Sampai-sampai apartment dah pukul 12 malam. Oh, slide tak siap lagi. Jadi zombie lagi la aku malam tu. Siapkan slide. Aku sebilik dengan Hidayah DC. Kesian dia tak dapat tidur sebab aku tak tutup satu lampu. Sorry saing! Masa tu dah pukul empat, aku tak siap slide lagi sebenarnya tapi aku kesiankan badan aku dan Hidayah. So, aku tutup lampu dan tidur. Penat kot aku hari tu sebab kurang tidur dan banyak fikir. 

Dalam First World dah ni. Masa ni ada orang tengah menari atas pentas. Style apa aku tak tahu. Korea kot~

I wish to ride this.. Tapi sebab aku pakai skirt malam tu. SO, terbantut!


Splash Pool tutup masa tu

Aku dah jumpa Pintu Masa Doraemon

Gondola ke ni?

Me!

Nak naik ini jugak tapi dah pusing-pusing aku tak tahu kat mana kaunter dia. Lagipun otak duk fikir  slide, slide, slide!

Freeeeeeeeeeeze!

Dalam Snow World. Nak masuk bayar RM30 kot. Tapi dh closed time tu. Aku rasa, kalau buka, ada aku masuk. RM30 dah tak kisah dahhhh


Me, Liya and Rachell



Ni baru habis hari pertama di Genting Highlands. Ada dua hari lagi, so entry ini akan bersambung jadi Part 2 and Part 3. Bila? Esok, lusa, next week? ahahaha



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^) 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal