Conference POCER 2013, Awana Hotels and Resorts, Genting Highlands Part 2 | Belle of Paradise


Pengikut

Sabtu, 6 Julai 2013

Conference POCER 2013, Awana Hotels and Resorts, Genting Highlands Part 2

Assalamualaikum dears,

Meet again in POCER Pt.2!

28 June 2013


Pagi tu, bangun tidur jam0630. Cepat-cepat bangun solat subuh. Mandi kemudian. Rasa macam tak nak mandi pun ado. Sejuuuuuuuuk taw. Macam tidur dalam aircond. Padahal rumah ni takdak aircond. Fresh breeze jer. Dah siap solat, naik tingkat atas, make sure semua orang dah bangun, pastu baru aku pergi mandi. Nasib baik baju dah iron siap-siap malam tadi. Lepas tu breakfast pizza dan minum nesvita. Liya yang beli kat First World malam tadi pizza tu.

Jam 0745, kami pun bergerak ke Awana Hotels & Resorts di mana conference diadakan. Cantik tempat ni. Lepas tu, kami pergi mendaftar. Seperti biasalah, pergi conference mesti dapat beg. Nasib baik beg lawa. Tajaan Perkin-Elmer. Hahaha.. Dalam tu diorang dah siap-siap letak CD prosiding, sijil dan tentatif. Tak pasal-pasal ada dua beg galas time tu.


Ni kat kaunter pendaftaran. Yang tengah-tengah tu Dr. Denny Ng. Beliau Pengerusi POCER 2013. I think his rank is Associate Professor.


Selepas semua orang dah mendaftar, perasmian pun diadakan. Aku tak pandang kiri kanan pun masa perasmian. Aku buka laptop dan siapkan slide sikit lagi. Boleh camtu? Boleh saja..................... Sempatlah aku dengar dua tiga patah Dr. Denny tu cakap. Lepas Dr. Denny berucap dan dirasmikan oleh DVC Uni of Nottingham, bermulalah Plenary Speech oleh Dr. Raymond dari Phillipines. Yang ni aku dah tutup laptop tapi otak aku tak boleh concentrate sebab banyak fikir. Ish3x....Lepas tu tea-break. Masa tea-break ni, aku memang tak g makan pun. Aku bagi nametag kat Erin suruh dia ambilkan makanan. Aku dah duduk siap-siap kat satu sudut menghadap Lif Tower (untuk ke bilik penginapan). Masa tu aku siapkan slide lagi. Edit lagi sikit. Lepas dah puas hati baru aku tutup laptop, masuk dalam bilik persidangan. Masa ni Sera tengah present. Aku tengoklah macam mana orang present dan apa soalan-soalan yang panel tanya. Masa ni memang mencari mood dan semangat untuk present petang nanti. Oh ye! Aku present pukul 2.30 petang. So, lambat lagi la....Lepas lunch hour.


Ni masa opening ceremony. Aku ada kat belakang. Pakai tudung warna belacan. Sebelah aku tu Dr. Kansha dari japan. Dia adalah Chairperson untuk Sidang Pembentangan Hidayah.

Lepas lunch, bermulalah debaran yang memang tak senang duduk lah. Aku presenter kedua. Presenter pertama dari UNIMAS. Boleh tahan dia present dan banyak jugak soalan yang panel tanya. Lepas tu aku pulak. Aku present la bla, bla, bla, bla, bla....Kalut jugak atas stage tu. nasib baik ada rostrum. Entah ke mana-mana aku campak nota-nota kecil aku. Masa aku present, chairperson tanya soalan kat aku. Siap dia cakap,"I want to ask a question. You know, if the chairperson ask a question, then it must be a serious thing." Tak cuak ko dengar dia cakap macam tu. Haha...sabar je lah aku dengan Dr. Chong Nyuk Min ni. dia dari Taiwan. Soalan yang dia tanya memang best dan memang aku tiada jawapan untuk dia. Sebab aku tak tahu. Tapi aku cuba explain supaya dia faham  kenapa aku guna method tu. Tu jelah cara aku nak yakinkan beliau.



Ha, ni lah Dr. Chong! Yang pakai baju putih yer... Yang pakai kemeja biru tu aku rasa Student PhD Uni of Nottingham. Dia salah seorang committee person.

Ni aku tengah present!

Baru slide intro

Khusyuk betul brother kemeja biru ni. Dahlah handsome. terserlah kebijakan dia di situ. *motip?*

Ni orang yang tanya soalan kat aku. Aku tak tahu siapa dia. Tak sempat nak berkenalan. tiba-tiba habis presentation session, dah hilang.




Masa ni aku tengah explain kat Dr. Chong tentang soalan yang dia tanya tadi.


Hari pertama conference ni memang perah otak jer. Takde apa-apa yang menarik selain presentation dan berkenalan dengan kawan-kawan dari universiti lain. Seronok jugak pergi conference ni. Macam-macam boleh belajar. At least, kenal la jugak kawan dari negara lain. Conference yang aku pergi ni taraf international. So, berpeluanglah nak jumpa kawan-kawan lain.


Ni masa closing ceremony.

Closing ceremony.

Lepas closing ceremony, kitorang balik apartment jer. Sebab dah penat. Semua nak mandi, makan dan tidur. Gambar-gambar di bawah layan je la yer.









Suke sangat.





Gambar kenangan bersama semua peserta dan penganjur POCER 2013


Ini baru hari pertama seminar yer. Seminar ada dua hari. Jadi ada sambungan lagi. Maknanya esok la tu!

Bye!

@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

2 ulasan:

  1. siap dah ade part 2.aku bru je nk wat entry...tak jadi la,rasa malas pulak dh bace ko punya.penat bnyk sgt nak cerita.

    BalasPadam
  2. weh mokcik IYA..ko tulis je la entry ko. aku nak baca version ko pulak...hahaha

    BalasPadam

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal