Selamat tinggal 2012, Selamat Datang 2013 | Belle of Paradise


Pengikut

Isnin, 31 Disember 2012

Selamat tinggal 2012, Selamat Datang 2013

Assalamualaikum dears,

Lagi beberapa jam nak tinggalkan 2012. Tahun ni paling banyak dugaan buat saya. Tahun bersedih agaknya. Rasa penat sangat. Penat menanggung kesedihan yang tak putus-putus. Penat menaruh harapan dan impian. Mungkin kurang usaha. Sebab itu gagal.

Menceritakan ibarat membuka luka lama. Jadi lebih baik disimpan. Hendak dilupakan, tak mampu. Sudah berbulan peristiwa itu berlalu. Kalau boleh dilupakan, pasti dah lupa. Tapi nampaknya masih kekal di ingatan. Sakit pun masih terasa.

InsyaAllah, 2013 semuanya akan berubah. Walaupun payah, tapi harus dan wajib dilakukan. Biarlah Allah mengadili semua yang berlaku. Dia Maha Adil. Maha Mengetahui apa yang terjadi sebenarnya.

Semoga kebahagiaan muncul selepas ini dan semoga saya menjadi orang yang baru.




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal