Entry all in one | Belle of Paradise


Pengikut

Selasa, 11 Disember 2012

Entry all in one

Assalamualaikum dears,

Hai semua orang!! Sekarang saat ini ditulis, jam menunjukkan pukul 2.15 pagi. Hahahaha.. Ye! Saya tak tido lagi. I know I should sleep. Lebih-lebih lagi dah makan ubat demam tadi. Well, it turned out my eyes are still widely opened! *Deng!

So, untuk mengisi masa lapang ni, marilah kita buat satu aktiviti. Walaupun syok sendiri, sekurang-kurangnya terisi la jugak blog ni yer~

Saya akan pilih gambar-gambar dalam laptop ni secara rawak dan cerita sikit ttg gambar itu. Okeyh? Jom kita tengok gambar-gambar pilihan mata malam ni. Eh, pagi la!

Ini Encik Akauntan tempat saya kerja dulu. Masa ni birthday dia thn ni.. Bape ek umur dia? 30 kot~
Dengan dia la, saya banyak belajar pasal akaun-akaun ni. Terima kasih Encik Akauntan sebab sudi ajar sy yang selalu blurr ni.. Haha



Amboi! Keningnye terangkat! 
Hi, saya Fayyadh!!
Ini anak ketiga Kak Ct Riwati, staf UMPH, tempat sy kerja dulu. Masa ni dia tengah tidur, 
Tapi sebab saya jeles tengok dia tidur, saya kejutkan dia. Akhirnya dia bangun dan buat muka mcm tu! Sangat comel~


Eh, apa ni??
Korang rasa apa?
Ini doh roti yang dah kembang. Lama tau nak uli roti ni. Sejam lebih. Nasib baik buat 500g jer. Tu pun dah nak tercabut lengan mengulinya.
Nak wat macam mana? Takde BM-Breadmaker.
Oh, nak masukkan dalam wishlists la. Kawin nanti, nak hadiah BM okeyh~ 
Ini first trial buat pizza sendiri.

Wow, rainbow!! Seingat saya, ini kek masa Hari Ibu. My mom request dia nak kek macam ni. Sebab cantik! ^_^
Lepas beberapa bulan berlalu, pernah tanya umi, nak buat lagi tak kek tu. Dia cakap, tak nak dah!
Hahaha...

Hmm.. ini gambar sebahagian barang-barang untuk pengurusan jenazah. Masa ni attend kursus pengurusan jenazah di rumah Cik Ngah. Best jugak pergi kursus ni. Sanggup tak balik UMP sebab nk menghadirkan diri ke kursus ni. Banyak yang dipelajari masa ni. Macam mana nak mandikan jenazah, nak kafankan jenazah. Tapi lagi best kalau ada praktikal sekali.


Oh, ni gambar Bulan Mei kot. Masa ni lalu highway yang sedang dibina dari Bukit Besi ke K.Trg. Saje drive lelaju. Nak tengok mampu setakat mana kawal kereta. 160km/j! Tapi masa tu je la. Lepas tu, dah tak pernah bawa lebih dari 140km/j dah. =P

Itu adik bongsu saya and my mother.
Ada kisah di gambar ni. My sis jeles sebab I kissed my mommy's cheek and snapped a picture together with her. My sis saw it and she wanted mommy to kiss her also. What a little girl! So, sebab tu lah ada adegan di atas.

Me, Note and Ameena!!
Hello Ameena~
How are you in Kerteh? Ingat aunty lagi tak?? Nanti aunty g lawat Ameena and Ummi di Kerteh yer.

Gambar ni, sila fokus kepada kari kepala ikan itu. Oh, sangat sedap!! Ala..dahlah tengah lapar sekarang. Tengok gambar makanan bisa buat perutku berkeroncong buat Ana la. Kari kepala ikan ni akan disantap apabila Mak Cik Fatimah belanja makan. Eh! Hahaha...sebab tu sedap~

Erin, Dc and Me
Masa ni tengah tunggu waktu berbuka di Padang Hadapan Masjid Negeri di Kuantan.
Tradisi la kat Kuantan ni untuk berbuka di padang. Dulu sy pun hairan. Takde kerja ke nak makan kat padang??
Cuba dulu eh. Baru tahu best ke tak~ 
lalalala...

Erk!
Apesal suci sangat muka time ni?
 Oh, ni masa tengah tunggu semua orang nak daki Bukit Pelindung. Masa ni hujan renyai-renyai.

Ni pun gambar di Bukit Pelindung. Masa ni dah separuh perjalanan. Sedang menuruni bukit untuk turun ke Teluk Cempedak.

Ai suka gambar ni!!!
Kalau edit lagi ni, lagi cun~ tapi tak reti. Biarkan je la macam ni.
Puas hati tau sebab berjaya daki Bukit Pelindung ni. Walaupun penat masa naik tu. Sebab minda tak sedia. Tiba-tiba panjat bukit! Ini dah kali ketiga panjat bukit. So, ok la sikit. 
Ok ke? *Matakeatastangandidada

Ini gambar Hari Raya Korban tahun ini. Alhamdulillah, tahun ni selesai hajat untuk menunaikan ibadah korban. InsyaAllah tahun-tahun depan pun nak buat lagi. Kepada pelajar-pelajar IPT, jangan rasa diri tak mampu untuk berkorban sebab takde duit. Kalau niat nak korban tu ada, dari hari ni dah start kumpul RM1-RM2 sehari untuk ibadah korban tahun depan. Amacam, boleh?? 
Teringat kata-kata Prof. Dr. Muhaya dalam IKIMfm. "Berkorban sesuatu yang tidak baik kepada yang baik. Duit adalah benda yang tak baik, kita korbankan duit untuk sesuatu yang baik iaitu pahala."


Ni sebahagian dari daging lembu yang dikorbankan tadi.

Ha.. ni peta dari rumah saya ke SMKKGB. Adik bongsu la punye kerja ni. Dia paksa saya buat homework dia. Sebab dia tak reti cari peta dari rumah ke sekolah dan macam mana nak tandakan kat peta. Ini saya guna Note jer. Susah jugak nak edit kat laptop. Takde Photoscape masa tu. *eh, sekarang pun takde~ Teeheee

Donato!!!
Donut+Potato=Donato
First time buat masa ni. sangat lembut. Semua orang suka. 
Well, like my old friend said, whatever we cook, if we made it with love, it will be so tasty!!
Yeah, I admit it!

Pavlova!
Seseorang pernah cakap dia nak makan ni kalau dia datang rumah saya. Saya tunggu dia datang tapi tak datang-datang. Dan mungkin tak datang dah. Dia hilang tanpa berita. Saya tak mampu nak cari dia. Walau di mana dia berada, saya doakan dia selamat. Dah tak makan pavlova sekarang. Sebab malas nak pergi beli whipping cream! Hahaha

Roti Pita.
Saya suka makan makanan macam ni. Arabian+Western style. Sandwich style. Rasa sedap dan seronok   jer makan.


Ha...ini capati!!
India mari punya~ Hahaha
Takdelah dari India. Saya buat sendiri ni. Quite ok untuk kali pertama percubaan. Lepas ni nak cuba lagi buat. Tapi kena beli non-stick pan dulu. Nanti melekat kalau guna pan biasa. Best makan ni sebab tak guna minyak pun. So, sangat healthy. Wah..tak sabarnye nk buat capati lagi kat rumah!!

Ini masa hantar kereta untuk rotate tayar. Masa ni dah 20000km dah. 

Nabilah, Me and Nani.
Masa ni depan Parkson. Boleh kami semua duk bertenggek kat situ, bergambar sakan. Masa ni Nani tak kawin lagi!! 

Ini kat Johor Premium Outlet (JPO)
Dengan Iffah dan Nadira. Saya sekadar berjalan-jalan kenal tempat orang jer. Mahal kot nak shopping sin.

Oh, dah habis???
Baguslah...mata pun dah berat. Mungkin bakal tidur dengan lenanya bila rebah di atas katil nanti. Tak sempat dah nak cek ejaan entry ni salah ke betul. Biar je la eh?

Goodnite semua~

Catatan tamat pada 3.21a.m





@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal