Exam Public Mutual, Kenduri Kahwin dan Demam | Belle of Paradise


Pengikut

Isnin, 10 Disember 2012

Exam Public Mutual, Kenduri Kahwin dan Demam

Assalamualaikum dears,

Sepanjang minggu lepas berhempas-pulas belajar untuk menduduki peperiksaan untuk ditauliahkan sebagai Unit Trust Consultant (UTC) di bawah Public Mutual. Haru jugaklah kehidupan minggu lepas kerana terpaksa belajar perkara dan terma-terma baru dalam skop pelaburan. 

Exam ni guna komputer. Tak reti komputer, takleh jawab exam!


Ada slip exam tau..hahahaha

Dan akhirnya? Alhamdulillah dah lulus! Tunggu dapat kad kuasa dari Public Mutual, dah boleh mula potpetpotpet.. hahaha (eh, lupa nak snap gambar slip result)

Balik dari exam Sabtu lepas, dah mula rasa tak sedap badan. Rasa sakit tekak pulak tiba-tiba. Tapi abaikan je. Nanti eloklah tu. Tapi bila malam, dah rasa pening-pening pulak. Terus makan panadol 2 biji tak nak bagi melarat demam ni. Sy kalau demam, memang akan ambil masa untuk pulih. 

Bangun pagi tu rasa macam tak berubah jer panas badan. Lepas sarapan, terus makan panadol lagi 2 biji. Lepas tu pergi basuh baju. Tu pun pilih baju apa nak basuh sebab tak larat nak basuh semua. Maklumlah, cucian tangan sahaja.

Lepas dah basuh baju, mandi dan bersiap untuk ke kenduri Nadira dan Faris di Kg. Padang (Kuantan). Terkilan sebenarnya tak dapat pergi masa Nadira dan Faris akad nikah. Tapi nak buat macam mana, kena exam.

Menjeling-jeling eh korang.. Romantik tak? Both are my friends during Undergraduate Study.


Akhirnya sampai ke kenduri mereka walaupun sesat sekejap kerana peta yang diber sedikit mengelirukan. Nasib baik dah pernah sampai rumah Faris sebelum ni. Jadi, ingat-ingat lupalah jalan itu. Masa kami sampai, Nadira dan Faris baru sampai ke rumah. Oh, ini majlis bertandang yer. Majlis sebelah rumah keluarga lelaki. Sempatlah bergambar sekeping dua dengan pengantin perempuan sebelum masuk ke dalam untuk makan. Eh, dah lapar ni! Jom tinggalkan pengantin.. Kita makan dulu~

Hai pengantin!

Bersungguh-sungguh Nadira makan.  
I nampak u makan dengan berseleranya. tak control ayu langsung. 

Lepas makan, masuk dalam rumah bergambar lagi dengan pengantin. Hmm...barulah lengkap semua roomate ada.

Tahniah Nadira and Faris!!


Lepas tu, kami pergi UIA Kuantan untuk hantar Hidayah ke sana. Ada 'meeting'! Bukan 'dating' okeyh. Hehehe.. Lepas tu gerak g Megamall. Oh, lupa nak cerita, masa kat UIA sempat lagi kena hujan. Terus rasa pening. Dah cuba elak hujan tu tapi tak mampu. Sampai Megamall, dah tak larat. Jalan sekejap, lepas tu duduk. Kirim je kat kawan-kawan mintak belikan itu ini. Dalam Megamall, sejuk sangat. Dah menggigil-gigil kaki masa tu. Masa nak balik pulak, menghadap cahaya matahari yang sangat panas dan terik. Tepat pada mata. Sampai je bilik terus pengsan. Tak sempat nak buka stokin pun. hahaha.. terus tidur. Bangun-bangun sebab nak buang air. Lepas tu salin baju, makan roti sambil mata terpejam, makan ubat dan tidur. Tidur sejam jer tapi tak lena sebab kaki cramp, pinggang sakit. Ambil masa la nak turun panas badan malam tadi. Huhu.. 

Lepas dah rasa okey sikit, bangun makan sup sayur yang dah order sebelum tu kat kawan-kawan. Oh, susahnya nak telan. Sebab tekak sakit. Rasa macam dah bengkak dalam ni. Akhirnya kirim roti wheatgerm kat Dayah sebab takut malam nanti dan pagi esok tak tahu nak makan apa. Biskut memang tak boleh telan la. Sebab manis.

Akhirnya hari ini makan sandwich sajalah. Ini je yang mampu ditelan oleh tekak. Demam dah makin kurang tapi tekak sakit sangat lagi. Sob3x~

Sandwich!! Inilah breakfast, lunch and maybe y dinner tonight~




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^) 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal