Assalamualaikum dears,
Memandangkan SV Cikza melupakan Cikza hari ni (org mesej tak reply, stress!), makanya marilah kita bersiar-siar di blog orang sambil mengutip ilmu-ilmu.
Oh, sebelum itu bersembang dengan Kak Sham mengenai susu. Disebabkan Kak Sham dan Cikza adalah pengguna Herbalife, maka topik kami berkisar tentang itu pada hari ini. Cikza dah lama berhenti ambil Herbalife. Bosan! Hahaha...hari-hari menghadap Susu Soya dan Protein Soya, memang akan rasa jemu. Itulah manusia. Cepat bosan dengan sesuatu. Tapi Kak Sham baru saja ambil Herbalife ni. Dan dia pun sudah rasa bosan. OOOpppsss... Cikza tak mempengaruhi beliau!
Cikza suka minum susu. Dari kecil sampai besar, susu mesti menjadi pilihan perut. Umi cakap, sejak dia mengandungkan Cikza, dia minum susu soya (oooo, patutlah Cikza dah bosan tengok soya). Sebab itu Cikza masa baby sangat putih dan gebu (haha...entri angkat bakul sendiri). Seingat Cikza, setiap pagi sebelum pergi sekolah mesti minum susu. Tapi bila masuk sekolah menengah, Cikza dah kurang minum susu secara eksklusif. Kalau ada minum, kalau takde takpe lah. But in a week, mesti minum susu sekali.
Masa buat pemeriksaan kesihatan dengan Herbalife pun, tulang Cikza sangat kuat. Bagus! Tak sia-sia susu masuk dalam perut selama ini. Oh, lupa nak cakap.. Cikza membesar dengan susu Nespray! Tak nak susu lain. Tak sedap. Satu lagi, masa kecil umi selalu cakap, kalau tak suka minum susu, nanti kulit tak putih! Alamak, bila dengar terus minta susu setiap hari. Nak kulit putih punya pasal.
Bila dah besar, Cikza makin kurang minum susu. Lagi-lagi bila duduk kat universiti ni. Kenapa ya? Mungkin faktor susu naik harga mendadak. Yang kedua, tak sempat nak buat susu pagi-pagi (bersiap ke kelas dah sejam). Yang ketiga, pengaruh persekitaran. My rumetes tak suka susu! Asal Cikza and another roomate buat susu, mesti diorang dah tak tahan bau. Aiyok! Tu baru bau, bukan suruh minum pun. Tapi Cikza selamba pergi bawak gelas susu tu depan dia. Kejam!
Sekarang Cikza minum Anlene Coklat. Sedap! Dua tahun lepas pernah cuba Susu Omega. Tak sedap. Setahun susu itu berkurung dalam Tupperware, akhirnya masuk longkang. Ish3x...mintak maaf susu. Tak boleh nak bawak awk masuk dalam tekak saya. Cikza rasa Cikza tak boleh minum susu low fat high calcium yang perisa vanilla kot. Susu macam ni lain sikit rasanya. Mungkin sebab vanilla! So, untuk mengelakkan pembaziran, baiklah kita beli susu perisa coklat. Confirm habis! Eh, memang dah habis pun satu paket. Tinggal sekali buat lagi untuk pagi esok. Lepas tu kena start enjin kereta pergi beli susu Anlene kat tunas mart.
ihsan dari google
Pernah juga terfikir nak minum susu kotak Anlene yang very high concentrated calcium tu. Tapi.....MAHAL sangat! Dah kalau jenis minum susu hari-hari ni, bankrupt la. Makanya, rajin-rajinkanlah diri untuk bancuh susu tepung tu. Sob3x.. Kadang-kadang macam tercair, kadang-kadang terpekat. Bila time terpekat tu, memang sedap! Lagi-lagi bila dah campur Collagen Dust. Lagi lemak berkrim disukai ramai! Tak tahulah macam mana collagen ni bertindak dalam susu, but susu tu memang jadi lagi sedap. So, kalau cair, tambahlah collagen tu banyak-banyak (Mentang-mentang tokey Collagen).
Dapnyer...sape nak support sy minum ni seumur hidup??
Panjang betul mukadimah entri ni. Hihihi... Dah berapa perenggan baru masuk topik. Itulah untungnya mengambil Collagen Dust ni. Kita boleh tentukan sendiri kuantiti Collagen tu. Selain boleh dimasukkan dalam makanan atau minuman, kita boleh letakkan dalam moisturizer dan toner. Dulu Cikza letak dalam moisturizer. Tapi sejak dah tukar krim muka ni, Cikza letak dalam toner jer before sleep. Senang nak larutkan. Alhamdulillah, selepas berapa bulan Cikza amalkan Collagen ni, Allah izin kulit Cikza dah tak kering. Dulu kalau tercalar sikit, terus nampak garisan putih. Duduk dalam aircond, mesti rasa kulit tu sangat kering. Sekarang dah takde masalah.
Tapi masalah psoriasis Cikza masih tidak baik. Hmm...doktor dah cakap, penyakit ini tidak akan baik. Cuma kena control supaya tidak merebak dan menyakitkan diri. Hmm.. dalam Al-Quran Allah dah sebut, setiap penyakit ada ubatnya. Jadi Cikza sudah berusaha mencari penawar untuk psoriasis ni. Mungkin collagen bukan penawarnya~ Selain masalah psoriasis, collagen ni berkesan.
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Please leave ur comments wisely =)