"If you don't go after what you want, you'll never have it. If you don't ask, the answer is always no. If you don't step forward, you're always in the same place."
Sabtu, 26 Mei 2012
Esok mahu ke Melaka
You guys tengah buat apa? Dah nak tido ke? Cikza pun dah nak tido.. Tido awal la malam ni. Ingat nak sembang dengan my alam maya friend. Tapi dia bizi sangat kot. Dah lama tak sembang2 dengan dia. Tak mengapalah... Semoga Allah menjaganya setiap masa.
By the way, esok Cikza nak g Melaka. Hantar adik sambung study di Kolej Matrikulasi Melaka. Stay kat Melaka sampai Selasa.
Yeay, jom jalan-jalan kat Melaka sampai kaki penat and duit habis! Eh, tinggal sikit duit isi minyak kete. hahaha... Bye u ols.. See u there in Malacca!
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
Khamis, 24 Mei 2012
Perkongsian Ilmu
Assalamualaikum dears,
Jangan Takut Kahwin Awal – iluvislam.com
- 272EmailShare
Rabu, 23 Mei 2012
Collagen Dust - anda memerlukannya!
Assalamualaikum dears,
Ingat x saya pernah citer yang saya pernah buat treatment muka di NY Skin Solution? Baca di Sini.
Selepas treatment tu, sy terus google word kolagen. Dh pernah dengar b4 this, tp kurang faham sngt.. Lepas sy bace kepentingan dia, wah baru sy tahu my skin perlukannya..
Sekarang dah sebulan saya amalkan kolagen ni.. Alhamdulillah, saya dh dpt lihat kesannya terutama kat parut2 jerawat, kuku dan kulit tangan. Jerawat-jerawat saya dh kering, kulit tangan dh tak bersisik dan makin lembap. FYI, kuku saya lambat panjang. Sejak-sejak akhir ni saya perasan sy dh kerap potong kuku... Yeay! Tu tandanya kolagen telah membantu pertumbuhan kuku saya dengan baik.
Antara kebaikan kolagen ni
※ Membantu menganjalkan kulit
※ Mengurangkan kedutan di wajah
※ Memberi kelembapan kepada kulit
※ Membaiki tisu-tisu kulit, kuku dan rambut
※ Membantu pencernaan
Sekarang saya nk kongsi kebaikan kolagen ni kepada kawan2 juga..Tak nak la cantik dan sihat sorang-sorang...
So, sape-sape yang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh la emel saya di zaidatulakmal.mm@gmail.com. Boleh jugak PM saya d FB ;-)
Thank you for reading!
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
Sakit ke?
Malam tadi tidur tak berapa la nak lena. Sebelum tidur, terasa ketegangan kulit di bahagian belakang. Bila disentuh, memang terasa lain macam. Dah apehal la pulak sakit Cikza ni merebak sampai ke belakang? Sebelum ni takde pulak kat tempat lain. Biasanya kat kepala jer. Mungkin bukan sebab sakit kot. Kulit kering je~ (Assume baik2..wat sedap hati sendiri..)
Lepas sapu ubat, terus tido. Tengah-tengah syok tido, boleh terjaga sebab sakit dada sangat. Tak tahu nak explain macam mana. Tak mencucuk-cucuk pun sakitnya. Tapi SAKIT tau... nak capai minyak angin kat sebelah katil pun tak mampu nak gerak. Rasa nak nangis jer time tu. Disebabkan tak boleh bergerak sebab akan lebih sakit, makanya cuba relaks. Entah bila tertidur balik.
Pagi tadi, bangun sahur pun masih terasa sakit kat dada tu. Tapi dah kurang sikit. Ingatkan sakit dada tengah malam-malam tadi mimpi jer. Rupanya tak. Hihihi... Lepas subuh, pakai balm supaya lega sikit sakit tu. Sekarang dh okey. Tapi bila diingat balik, ni kali kedua jadi macam ni. Yang first masa tu teman Tuty pergi mana entah. Tetibe kena attack sakit kat dada. Nak g klinik tapi klinik rehat la pulak time tu. Akhirnya balik je ofis. Rehat kejap, ok la...
Kalau nak g klinik cek sekalipun, nak cakap apa kat doktor? Sakit tu datang sesekali jer~ Huhu...
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
Isnin, 21 Mei 2012
Tempahan Cookies Raya Aidilfitri 2012
Nak order macam mana? Nak call/sms boleh, emel pun boleh.
Zaidatul Akmal Binti Mohd Mustapha
Tel: 013-9479147
Email: zaidatulakmal.mm@gmail.com
YM: troy_1207 (add la~)
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
Cakap straight! Don't kona-kona~
Wah, bosan pulak duk ngadap journal-journal ni!
Okeyh, kite bercerita dulu.
Ini kisah semalam.
Masuk dalam kereta Kak Anne, Dc dan Liya cakap, "Wanginya bau lavender ni~"
Then, Cikza dengan selambanya,"Saya tak suka sangat bau ni."
Lepas tu, kitorang sembang macam biasa. No heart feeling pun dengan statement Cikza tadi tu.
Malam pun menjelma. Sambil lepak-lepak di Big Apple Cafe, oh sebenarnya pinjam kerusi jer. Makanan beli kat lain. Hahaha... Kak Anne jer yang beli air cappucino. Cikza pun rasa sikit. "Sedap! Saya suka!"
Lepas tu Kak Anne pun cakap, "Zai ni memang cakap direct kan? Kalau suka, cakap suka. Kalau Zai tak suka, Zai cakap tak suka."
Oh, blurr kejap. Otak tengah proses maklumat. "Ye eh akak?"
Ok, baru tersedar.Hahaha...memang betul pun!
Cikza memang jenis cakap direct. Kalau tak suka, memang akan cakap tak suka. Kalau tak cakap dengan mulut sekalipun, perasaan tak suka tu memang jelas kelihatan la kat muka. Muka terpaksa! OMG~ Sebab itulah, lebih baik Cikza cakap direct. Kalau tak cakap, orang akan tahu jugak. Lagi buat orang sakit hati jer kan?
Kalau bab makanan, memang lagi best. Saya suka asam pedas, masak lemak cili padi, tomyam, somtam. Eh, semua makanan Cikza suka kecuali cendol. Macam hingus! yek~ Haha...berterus-terang lagi!
Dulu pun ex-boss ada jugak cakap Cikza ni jenis cakap direct. Sebab dia pernah kena kot dengan Cikza. Huhu... sorry bos!
Lepas tu kawan-kawan ni duk tanya soalan cepu mas,"Kalau seseorang (lelaki la tu maksudnya) cakap dia suka Zai, macam mana?"
"Kalau Zai suka jugak orang itu, Zai cakap la kat dia Saya suka awak jugak~. Tapi kalau Zai tak suka orang itu, Zai cakap je la, Saya tak suka awak. Saya tak nak kawan dengan awak. Boleh tak awak main jauh-jauh?"
Hahaha... sangat berterus-terang okeyh! Boleh patah hati orang mendengarnya. Tapi kalau Cikza yang suka seseorang itu, macam mana pulak? Hmm..maybe Cikza akan cakap jugak,"Saya suka awak. Awak tak nak balas suka saya takpe. Tapi jangan bercakap dengan saya 3 minit."
Lepas tu menyepikan diri buat selama-lamanya. Yelah, malu! Suka tak berbalas. Eh, tahu pulak malu. Dah tadi wat kat orang mcm tu, takpe la???
Hahaha...
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
Tuhan, Jagakan Dia
Jagakan dia untukku
Selama-lamanya
Kerana Kau lah sebaik-baik penjaga
Aku serahkan segala urusan ini kepadaMu
Ameen~
Motif Band - Tuhan Jagakan Dia Lyrics
Hanya dirimu yang kucinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
*
Walau kutahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apaadanya ku kan tetap setia kepadamu
Reff:
Tuhan jagakan dia,
dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku
Back to *
Sumber: http://www.lirikjiwa.com/2011/10/lirik-lagu-motif-tuhan-jagakan-dia.html#ixzz1vSSi6NOb
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
Jumaat, 18 Mei 2012
Cuti-cuti Malaysia: Tanjung Piai, Penghujung Selatan Tanah Besar Asia
Khamis, 17 Mei 2012
Apesal la biskut tak masak-masak?
Selasa, 15 Mei 2012
Kek Karamel Pelangi for Happy Mother's Day
Hello everybody!
Yes I know.. Mother's Day was 4 days ago but still I want to wish my mother Happy Mother's Day in this blog. As for her wish, I made her Rainbow Caramel Cake or in Malay Kek Karamel Pelangi.
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)- I used fresh milk.. (lagi BEST)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)
(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak msk
(D)Merinque
6 bj putih telur (kuning telur sila guna untuk bahagian B dan C yer... jangan g buang pulak)
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar
Cara menbuatnya:
1. Tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang). Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
3. pukul bahan (C). pukul telur dan gula sehingga kembang. pastu masukkan minyak masak dan air. then baru masukkan tepung dan baking powder. oh, memang adunan dia berat sikit. tp don't worry. nanti akan stabilize dengan meringue.
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n letak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg dah ada karamel tadi. letak slow2 taw. takut adunan kek jatuh dan lapisan puding tu tembus. tapi biasanya tak tembus sebab adunan kek ni ringan. lapis la selang seli. mula dari tengah. nanti adunan tu spread sendiri ke tepi.
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160C (cikza letak 50 minit jer)
9. Bila msk angkat n rest sampai kek sejuk br t'balik kan kek yg dibakar tadi..kalau keluarkan awal-awal masa panas, risau puding tu merekah..so, dah tak cantik.
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....Oh, memang sedap!!!
Eh...tetibe resipi dalam BM.. Hahaha... copy paste! Tapi ayat-ayat tips tu Cikza tulis sendiri okeyh!
@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
Khamis, 10 Mei 2012
yeay! dah hbis checkup
Akhirnya, tamat la sesi checkup pada hari ini. So, kita jumpa lagi bulan 10 nanti yer doktor n nurse2 sekalian...
Sekarang tengah tunggu ubat kat farmasi. Oh yer, tadi cikza mintak refer ke klinik O&G untuk masalah cikza yang dah lama menghantui diri. Itu pon tengah tunggu tarikh temu janji.
Appointment at Skin Clinic, HTAA
Assalamualaikum dears,
Tahu tak sekarang cikza bersiaran dr mana?
Dari lab okeyh! Hahaha...hambik ko. Kalau dah start experiment, siang malam datang lab.
Kisahnya semalam autoclave nutrient agar n broth. Letak sample dlm kul 8.45pm then kul 12.00am tak complete lg. Sebelum tu dh pelik sebab kul 10.30pm x complete tapi disebabkan dah lama tak guna and masa tu xde orang selain cikza dan Dc, kitorg pon tggu je la. Sambil2 Dc tggu eksperimen dia siap kul 12.00am
Pagi ni cikza datang, still warming! Alamak! Dah malas nak fikir. Terus stop and power off. Agaknya memang kena manual. Hahaha...tahu kat encik nuar, mati ai! Soryy!
Lepas ni nak sambung tidow jap. Bukan tidow sini, tapi kat bilik la. Petang nanti ada appointment dekat HTAA. Agak2 apa la doktor nak cakap ey?
Isnin, 7 Mei 2012
yummy! apam polkadot yg fluffy~
Assalamualaikum dears,
Yuhuuuuu! We meet again after....erk how many days already? Hihi...
Yesterday I did this with my aunty. She asked me to teach her to make this apam polkadot because when she did last time, it did not fluffy like mine. Ouh, I mean my apam polkadot, not myself...hahaha
We put blueberry filling inside the apams. Well, it is always nice having apam polkadot with blueberry. Last time I also used strawberry jam but too sweet. Next time I want to use kiwi filling for green apam, strawberry filling for pink apam and blueberry filling for purple apam! Owh, yellow one? Maybe next time I try kaya or pineapple jam. Yeay!
This apam polkadot is nice for door gift wedding, birthday party and potluck! More details please email me zaidatulakmal.mm@gmail.com
See ya!