Assalamualaikum dears,
Dulu masa belajar, tengok kakak-kakak senior ni ber'PJJ' dengan suami masing-masing. Masa tu cuma rasa alahai kesiannya. Tapi tak alaminya, takdelah feeling sangat kan??
Sekarang rasakanlah!
Suami dah kena pergi bekerja di Alor Setar. Oh, mak aih... jauh bebenor ye.
Dia mula kerja di sana pertengahan Disember tahun lalu. Awal tahun baru ni dia balik sekejap jenguk isteri dan family. Sekarang dah pergi semula ke sana. Masa kali pertama dia pergi tu, adalah drama swasta berlinangan air mata. Sedih woo kali pertama berpisah lama dengan suami.
Aku rasa suami aku pon tak boleh berjauhan dengan aku. Aku dah boleh terima dah dia duduk jauh dari aku tapi sekarang aku rasa dia yang makin teruk... hahaha
Pernah hari tu dia asyik call cakap rasa macam nak gila je duduk sana. Nak balik, nak balik! Kesian.... Sekarang selang dua minggu dia balik. Masa nak pergi kemain lagi cakap, ''sayang jangan call abang ye.. abang nak pergi kerja ni, kalau sayang asyik call, abang rindu.. asyik nak balik jer nanti.."
Padahal siapa entah yang tiap-tiap hari call sebab saiko duduk sana takde isteri.
Hahaha... suami~ suami~
Ni yang makin sayang ni~ Mmmmmmuuuaaaaahhh!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Please leave ur comments wisely =)