Pengikut

Khamis, 26 September 2013

Entry ni tibe-tibe ada citer pasal Dynamo----->???

Assalamualaikum dears,

Apa khabar semua orang? Lama dah aku tak jenguk sini.. Entry terakhir pun aku dah lupe pasal apa. Sorrylah... aku busy sekarang. Aku dah isytihar aku takde weekend sekarang. Sebab weekend pun aku datang lab buat eksperimen. Boleh jer aku buat weekdays, tapi ada hari tertentu la. Lagipun kene cari orang teman aku kat lab malam. Mati kejung aku klu duk sorang2 kat lab sebesar kilang ni. Uwarrrrghhh scary!

Last weekend, aku stay kat lab lama sangat. Kesannya, aku batuk dan selesema. Kesian kat diri sendiri. Lepas tu aku cakap kat diri aku, kita jangan g lab 2 hari ye sayang. Kahkahkah... memang aku tak g lab dua hari pun. Dengan baju aku dah semua masuk bakul untuk laundry. Mana ada baju nak pakai g lab lagi. Gigihlah aku angkut bakul kain tu bawak g blok sebelah sebab nak guna mesin. Sekarang aku tak rajin nak cuci sendiri. Sebab toilet macam tak berapa nak suci murni untuk aku basuh baju dengan tangan. Aku kan makhluk penggeli dan sensitif sikit bab2 kebersihan baju. Lawa tak lawa belakang kira. Yang penting bersih. Sebab tu aku gigih turun dua kali g tengok mesin basuh sebab aku nak letak softener. Kalau aku biarkan jer mesin tu sampai habis, alamak bau wangi sabun je la baju aku. Aku pulak tak leh terima. 

Dulu aku ada penyakit allergi dengan bau Dynamo. Ala Dynamo yg kaler biru tutup kaler kuning tu. Haaaa...yg botol lama tu, dari zaman aku umur 4 thn aku dah sedar kewujudan Dynamo ni. Masa tadika, aku pernah tidur rumah mak sedara aku, dia basuh baju aku pakai Dynamo. Masa tu baru aku tahu aku tak suke bau Dynamo. Masa tu aku kecik lagi, takkan aku nak cakap kat makcik aku jangan basuh baju aku pakai Dynamo. Nak kene lempang dengan mak aku? Macam mak aku tak ajar aku adab sopan pulak. Aku redha je la... 

Balik rumah, aku sumbat baju-baju tu balik dalam mesin basuh. Hahahaha... basuh balik. sebab aku tak tahan bau dia. Aku rasa salah satu sebab aku jadi macam tu sebab mak aku. Masa tu dia pregnant. Dia tak boleh bau baju yang baru dibasuh. Dia nak bau baju yang dah kepam jer. Adeh! Tapi aku takdelah biar baju aku kepam. Aku cuma tak boleh bau Dynamo jer.  Sejak dari hati tu aku memang tak pernah beli Dynamo. Adalah sekali adik aku yang bongsu mengada-ngada tahi kuda pergi beli Dynamo sebab nak try. Aku dah warning awal-awal jangan basuh baju aku pakai Dynamo. Nasib baik aku bawak balik sabun aku masa tu. So, selamat baju aku dari bau Dynamo. 

Tapi sekarang Dynamo dah advanced. Botol pun dah tukar kaler. Bau pun aku dah boleh terima. Pernah lah terbasuh baju aku pakai Dynamo + Downy ni sekali. Terdesak. Tapi not bad la.. aku dah tak buat perangai g basuh baju aku balik.. Hahahahaha.... So, Dynamo dah improved a lot. Dah 20 tahun kot. Kalau tak improved, tak tahulah camne nak bersaing dengan produk baru kan??? Sekarang aku dah 26 tahun...

*confused aku dengan cerita aku kat atas ni. Aku nak citer ape sebenarnya?*

Haha..aku dah lupe nak citer ape sebenarnya. Bye korang....






@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Jumaat, 20 September 2013

Sakit kepala

Assalamualaikum,

Hari ni stayback kat lab smpai pagi esok. Rasa-rasa mampu tak bertahan?? Sebab sekarang tengah sakit kepala. Bangun pagi tadi lagi dah rasa. Lepas tu pergi mandi. Bagi air kena kepala banyak-banyak supaya sakit tu pergi. Tapi tak hilang jugak. Lepas tu makan, mungkin sakit kepala sebab tak makan kot. Dah breakfast tetap sakit kepala ada. 

Sekarang takde la severe sangat sakit kepala ni. Risau malam karang jer. Dahlah sejuk lab ni hingga mencengkam tulang belakang dan saraf otak~  aduhai.....

@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Ahad, 8 September 2013

Maxis Wireless Internet Modem - Mobile Wifi Part 2:Review

Assalamualaikum dears,

Hari tu aku janji aku nak review pasal Mobile Wifi ni kan? Aku ingat nak pakai 10 hari, lepas tu aku nak review la. Sekali, aku demam panas. Lama pulak tu. Otak aku jammed kejap. Haha..

Aku guna Mobile Wifi Maxis ni dah nak masuk 4 minggu dah. Sehingga hari ni, aku memang puas hati. Tapi bila sampai bil nanti, for sure aku pening. Sekarang smartphone aku dah beberapa minggu tak berkredit. Oh, dulu aku pakai postpaid. Tapi sebab aku rasa aku tak mampu nak bayar bil postpaid dan wifi ni sekaligus, jadi aku terminate la postpaid aku. Lagipun aku takde sape-sape nak call. Aku guna postpaid sebab aku tak nak smartphone aku jadi dumbphone. Ekekekeke.... Jadi, aku rasa menggunakan Mobile Wifi Maxis ni sangat tepat bagi aku. Bagi korang, aku tak tahu.

Disebabkan kat rumah kat kampung aku pun ada wifi dan semua orang dalam rumah tu pakai smartphone, jadi memang takde masalah nak contact parents aku kat sana walaupun aku takde kredit. Bijak tak? So, sepanjang aku guna Mobile Wifi ni, aku WHATSAPP atau guna LINE je dengan mak ayah aku. Canggih tak mak ayah aku? Korang jangan tak tahu, mak ayah aku pengguna internet tegar sejak ada smartphone. Kejap-kejap online, buka news, buka youtube, cari resipi, cari petua, cari maklumat, tengok tutorial. Ko ada?

Kalau kat kampung, kadang-kadang mak aku keluar pergi bandar atau hospital sebab ada urusan, aku akan bagi dia bawa Mobile Wifi Maxis aku untuk dia guna. Jadi, sebab aku kat rumah, aku boleh call dia gune internet jer. Kejap-kejap aku call tanya gula kat mana, asam jawa kat mana, penutup blender hilang la.... hahaha.. Sekarang dah tak perlu risau kredit habis. Cakaplah puas-puas sampai panas telinga.

Sekarang aku kat asrama. Asrama aku takde wifi. Ada kabel internet je. So, laptop aku jelah yang berfungsi. Smartphone aku akan jadi dumbphone bila balik asrama. Sebab tu dulu aku pakai postpaid. Aku takleh terima hakikat smartphone aku jadi dumb tetiba. Tapi dulu masa aku pakai postpaid, aku cuma ada 250Mb jer data plan untuk sebulan. Laju tu memang laju tapi aku selalu dalam kerisauan sebab aku selalu kena check data plan aku dah banyak mana guna. Kan terbabas lebih dari 250Mb, aku kena caj. Bukan sikit dia caj.. RM 0.10 per kilobyte data transfer. Dah kalau banyak, banyaklah aku kena bayar. Jadi, aku memang kawal penggunaan internet postpaid aku dulu. Kalau kat rumah, aku pakai wifi jer, kalau aku kat lab, aku akan pakai lab wifi. Update segala applications dalam smartphone aku. Ekekeke.. Memang berjayalah aku manage 250Mb tu dalam sebulan.

Tapi sekarang, aku tak perlu risau lagi. Mobile Wifi Maxis yang aku guna ni 8Gb data plan. Ni ikut pakej yer kawan-kawan. Ada pakej 4Gb, ada pakej 16Gb. Tapi untuk aku 8Gb dah cukup. Maxis bahagikan data plan ni kepada dua masa. 4Gb dari pukul 8 pagi sehingga pukul 2 pagi. Dan 4Gb lagi dari pukul 2 pagi sehingga 8 pagi. Sebenarnya aku tak faham kenapa dia nak bahagi secara tak adil macam tu. Yelah patutnya buatlah 4Gb untuk 12 jam dan 4Gb lagi untuk 12 jam seterusnya. Barulah adil dan saksama gitu~ Tapi nak wat camne. Ikut je laa..

Ha, macam mana nak cek penggunaan data plan kita? Sekali-sekala kenalah juga cek kan? Ni laman web dia http://myaccount.maxis.net.my/wbb/Default.aspx

Step 1: 
Buka laman web ni, register dulu as first time user. Dah register, baru boleh login.


Step 2: 
Bila dah login, dia akan welcome kita. Hihi.. jelas dan terang nama kat situ. Korang boleh tengok banyak tabs disediakan. Nak tengok bil, nak bayar bil, nak tengok data usage, tengok mesej dari Maxis.
Korang tekan View My Data Usage yer.


Step 3: 
Bila dah masuk tab View My Data Usage, akan kelaur dua tab lagi 1. Usage Education. 2. My Data Usage Details. Yang tab pertama, Maxis ajar macam mana kita nak manage penggunaan internet kita dengan betul. Kat situ ada anggaran-anggaran berapa banyak data yang digunakan untuk mesej, chatting, call, surf internet, downloads adan macam-macam lagi. Kalau nak tengok penggunaan internet semasa, sial tekan tab 2 yer kawan-kawan. 



Step 4: 
Macam ni lah dia akan keluar. Graf sebelah kiri untuk penggunaan dari pukul 8 pagi sehingga pukul 2 pagi. Sahih-sahihlah penggunaan kat situ banyak kan? Yang sebalah kanan, graf untuk pukul 2 pagi sehingga pukul 8 pagi. Sikit je kan aku guna. Tak sampai 1 Gb. Sebab malam aku tidur. Yang digunakan tu pun sebab aku buka internet lepas subuh sehingga 8 pagi. Kadang-kadang saje aku gi tengok youtube, aku update applications masa ni supaya cepat sikit gerak data plan ni. Hahaha..


Mobile Wifi ni sangat kecil dan nipis serta ringan. Mana-mana aku pergi mesti aku bawak. Even nak pergi basuh baju dekat blok sebelah sebab ada mesin basuh. Letak je dalam poket. 

Untuk pengetahuan semua, Mobile Wifi Maxis ni tak terhad untuk satu device jer. Kita boleh guna sehingga 8 devices yang Wifi enabled dalam satu-satu masa. Laptop, tablet, PSP, smartphones dan apa-apa la yang ada wifi. 

Modem ni menggunakan bateri yang tahan sehingga 5 jam untuk penggunaan internet secara berterusan. Dan tahan sehingga 280 jam semasa standby mode (maknanya wifi off la tu). Aku takde masalah nak caj modem ni. Sebab modem ni didatangkan dengan USB cable. So, aku boleh caj melalui laptop atau aku cucuk dekat charger smartphone aku. Jadi kalau aku tak on laptop pun, aku masih takde masalah nak caj modem ni. Kalau dalam kereta pun aku tak risau kalau habis bateri. Dalam kereta aku ada USB point untuk cucuk pendrive MP3. Jadi cucuk saja kalau habis bateri. dengan syarat kena bawak kabel ye. Kan senang hidup aku.

Dari segi coverage, setakat ni signal dia sangat kuat. Dalam bandar memang tak boleh dinafikan. Tapi tempoh hari aku pergi Felda Chini di Pekan yang sekitarnya kelapa sawit tu, aku masih dapat connection internet. So, so far, aku takde masalah dengan connection. Even aku drive dari Kuala Terengganu ke Kuantan melalu Jabor-Jerangau pun aku masih dapat coverage internet. Oh, sebab aku drive seorang diri jadi aku ngantuk. Untuk memastikan aku tak ngantuk, aku akan telefon mak aku 2 hingga 3 kali dalam masa 3 jam perjalanan tu. Guna internet saja. *_^

Aku rasa itu saja kot aku nak review. Lebih-lebih lagi aku tunggu Maxis bayar akulah dulu. hahaha... 

Sekadar berkongsi~




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)
 

Isnin, 2 September 2013

4 Days 3 Nights in Felda Chini, Pekan

Assalamualaikum dears,

Weekend baru ni aku pergi bercuti di rumah kakak senior aku. Entah macam mana aku boleh tanya,"Nak ikut akak balik rumah boleh?" Hish...tak malu betul aku ni. Mungkin sebab aku stress sangat dah. Sebelum tu 5 hari aku demam. Sampai sakit badan aku asyik baring jer. Aku nampak laptop, katil, makanan dan ubat jer dalam hidup aku. Aku keluar sekejap-sekejap je ambil angin. Tu pon sebab terpaksa. Makan pun roomate masak atau belikan. Aku memang tak daya la nak memasak. Aku tak lalu makan kalau aku masak. Sudahnya, aku buang saja macam hari tu.

Jadi percutian tak dirancang aku baru-baru ni aku kira sebagai titik untuk aku memulakan Isnin ni dengan penuh semangat. Hahaha... Poyo sangat!

Aku takde buat apa-apa yang menarik pun kat rumah senior aku. Aku memang nak berehat jer kat kampung, jauh dari suasana UMP yang dah 7 tahun aku tengok. Naik muak dah aku tengok. Janganlah aku sambung PhD kat sini. Masa buat degree, aku gembira jer duduk UMP tapi bila aku sambung master, aku rasa depressed. Aku rasa tak terluah kat orang. Aku rasa macam aku just teruskan jer apa yang aku buat ni tanpa perasaan. Aku nak cepat-cepat habiskan master. Sekurang-kurangnya aku  boleh fikir dengan tenang lepas ni.

Hari Sabtu, aku just ikut Kak Sham dan Makcik Hawa ke kenduri di Felda Chini 3 dan 4 kot. Aku pun dah lupa FC berapa.. Banyak sangat. Pening aku melihat jalan-jalan di sini. Nak masuk rumah Kak Sham saja dah berapa jalan aku tengok. Confused~

Kitorang pergi dua kenduri. Dari kul 8.30pagi lagi dah keluar dari rumah. Pagi tu sebab nak pergi tengok akad nikah. Lama jugaklah tunggu sebab tok kadi lambat. Pengantinnya dah tak sabar-sabar dah tu nak jawab nikah. Lepas tok kadi sampai, majlis pun bermula. Ni pertama kali aku lihat pengantin lelaki mengangis lepas akad nikah. Lepas akad nikah tu takdelah terus cry2.. Dia nangis masa bersalam dengan mak dia. Ni bukan sekadar mengeluarkan air mata ni. Ni sampai kesat-kesat mata sebab air mata laju sangat turun. Syahdu kejap. Aku pun turut sebak. Eh, sebetulnya aku rasa wonderful sebab susah kot nak tengok anak lelaki menangis sedu-sedan depan orang ramai.

Hantaran kepada pihak lelaki

Eh, ada jam dalam helmet!

Sila fokus pada figurine burung tu. Omeyy ngat~

Ni lah sirih yang Mak Cik Hawa cerita dari malam tadi. Berapa helai je daun mereka guna lepas tu gulung-gulung sahaja. Senang sangat!



Ni pelamin akad nikah.

Ha...ni baru pelamin sanding. Letak kat luar rumah. Besar giler. Dengar-dengar khabar pakej dia ambil RM5000. *pitam*




Selepas menjamu selera, kitorang pun gerak ke majlis kedua. Majlis kedua adalah majlis sambut menantu. Meriah jugak. Tapi aku dah tinggal beg dalam kereta, jadi tak sempat snap gambar. Hihihi.. Kat sini aku tak makan nasi dah. Makan ABC jer. Nasib baik takde cendol. Kalau ada, aku tengok je la..

Petang tu Kak Sham bawak aku dan anak saudara dia pergi Tasik Chini. Aku memang nak naik bot tapi sebab masa suntuk, tak dapatlah. Lagi satu, sekarang dah mahal. Bagi aku mahal la sebab aku yang kena bayar. Cuba kalau ada orang belanja, aku belasah jer. Dulu masa kecik-kecik, aku dah pernah naik bot merentasi tasik ni. Pak Cik aku bayarkan. Masa tu kami baru balik dari Majlis Bertandang sepupu aku. Dia kahwin dengan orang FC jugak. Tapi aku tak tahu FC berapa. Masa tu aku kecil lagi. Aku tahu aku nak ikut jer. Tak bawak, aku nangis~ Muahaha...

Masa sampai tu, ada dua pasangan pengantin tengah shoot outdoor photoghraphy. Keh..keh..keh tergelak aku tengok aksi mereka. Main gelongsor kat playground la... Jatuh kang baru tahu. 









Ada ikan sebenarnya dalam ni. Tapi tak nampak. Kamera canggih sangat.









Hari Ahad, kami tak pergi mana-mana pun. Aku tengok tengok tv, main dengan budak-budak, sembang-sembang, makan-makan and tidur. Hari Isnin baru kami balik UMP. Terus g lab kot~


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal