Pengikut

Rabu, 25 April 2012

Wordless Wednesday#2

Assalamualaikum dears,

DIY gubahan untuk hantaran my fren.. jeng jeng jeng!




Wait for the full hantaran after May 27th ya!

Note: Bizi sekarang untuk study dan kerja-kerja luar study...haha.. x sempat hapdet belog

@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

 

Sabtu, 7 April 2012

Mood: Editing blog

Assalamualaikum dears,

Tadi penat dah Cikza duk edit-edit gambar dalam Photoshop. Tapi still fail. So, watermark tu tangguh dulu. Nanti dah siap, baru Cikza war-warkan... Ekekeke... bajet artis pulak nak war-warkan. Banyak lagi nak kena belajar guna Adobe Photoshop ni. *sigh*

Tapi tengah-tengah serabut main kat Photoshop, sempat lagi belajar macam mana nak buat tab-tab untuk pages dalam blog ni. Alah, yang ada HOME, ABOUT ME, TUTORIAL dll macam yang blog lain punya tu. Dah pandai dah nak buat. Tapi tak sempat nak edit lebih-lebih lagi. Cikza ada mission nak siapkan malam ni. Nanti Cikza cerita panjang lebar horizontal vertical gitew.



K la...jumpa esok. (Kul 1 pagi nanti pon dah esok... ekekeke)



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

 

My Blog Signature

Assalamualaikum dears,

Hari ni belajar dari tutorial Cik Lyssa macam mana nak buat Blog Signature. Blog Signature ni akan keluar untuk setiap entry yang korang post. Disebabkan blog ni dah ada Signature, so dengan rasminya saya akan menggunakan nama CIKZA sebagai kata ganti nama. Ekekeke....

Lepas ni Cikza nak buat watermark untuk gambar yang nak masuk dalam blog pulak. Watermark dah siap tapi tak pandai nak masukkan dalam gambar. Deng!
(Macam sweet la pulak bahasakan diri sendiri CIKZA... hihihi........)


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

 

Happy time with Galaxy Note#1

Assalamualaikum dears,

Yippppeeeeeeeeeeeeee!!! Kali ni nak share dengan korang karya seni saya dengan menggunakan Galaxy Note. Nanti-nantilah saya review pasal tablet+phone ni.

Sekarang nak tunjuk apa yang boleh dilakukan dengan Galaxy Note. Eh, ni kira review la jugak kan?? Galaxy Note mempunyai satu aplikasi yang dinamakan S Memo. S Memo ni kita boleh menulis nota, melukis, mewarna, nak mengedit peta atau ape2 je la... Boleh pilih sama ada nak menggunakan S pen atau keyboard. Okeyh jom kita tengok apa saya lukis. Nak gelak pon takpe~ ^______^




1st drawing: 
Sepenuhnya menggunakan khidmat Note. Lukisan dan warna sekali. memang comot sebab tak reti nak kawal pen dan diri. Eksaited! Tapi boleh la... hahaha (masuk lif tekan butang sendiri)




2nd drawing: 
Yang ni pon menggunakan sepenuhnya Note. Entah berapa kali padam pon tak tahu la.. Sekejap-kejap terkeluar dari S Memo. Ingat senang nak sambung garisan bile dah putus? Ish3x.... Tapi berjaya jugak siapkan..

3rd drawing:
Apa ni korang rasa? Cuba la teka???? Ni baru semalam lukis. Terinspirasi dari seseorang yang suka bunga orkid. Eh, dah tersebut pulak nama bunga ni!(Kutil tangan sendiri sebab tertaip) Ni sketching jer. Nak warna macam x berani jer. Ntah-ntah jadi lempeng nanti.

4th drawing: 
Eyh, siapa ni??  Hi awak! Hahaha.....
Yang ni lukis kul 12tgh tadi dengan lajunya. Hari ni mood baik. So, sketching pon laju jer. Dah siap sketch terus send ke .......................! 
Tang rambut tu tak tahan.. Jadi pulak saya buat rambuk cacak-cacak. haha...

5th drawing:
Yang ni lukis malam tadi semasa tengah tension. Lukis dengan menggunakan Galaxy Note tetap diwanakan dengan Photoshop. Wah, memang rajin hari ni! Lepas warna comey lotey la pulak.... Muehehe... (tetibe blushing pipi ada kaler merah jambu)



Semua ni saya lukis dengan menggunakan S pen untuk Galaxy Note. Mula-mula tu hancus la jugak melukis guna S pen ni. Rasa nak baling-baling pon ada. Hahaha.. memang tak penyabar. Sekarang dah pandai kawal kelajuan pen dan ketajaman mata pen. Eyh, tak faham takpe. Beli satu cuba sendiri. Ekekekeke....

Ada lagi lukisan saya tapi tak siap letak watermark lagi. Nanti la eyh. Kang lambak dalam satu entry, korang lak tension! 

K bai!!!!






@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Hati Wanita Sukar Diduga

Assalamualaikum dears,

Nak share satu entry. Tersentuh emosi pulak bila membacanya. Macam faham-faham jer perasaan daku malam ni..

Tapi owner blog ni tak bagi copy entry dia. So, ak bagi link jer la... jangan tak baca pulak! Klik cepat sini.

Aku rasa kata-kata dia memang betul menggambarkan perasaan aku malam ni. Malam ni jer aku nak layan perasaan ni. Sebab aku tak plan nak tido malam ni. Hehe... suke ati jer. Nanti makan ubat confirm pengsan! Tapi bagus jugak pengsan. Ak dah tak yah fikirkan jawapan kepada persoalan-persoalan yang ada dalam neuron-neuron otak aku. Aku rasa dah beban otak aku duk fikir dari malam tadi. Sampai jammed! Kena jumpa doktor.

Yes, memang aku tengah sakit. Demam dan batuk, penyakit yang nampak. Tapi sebenarnya mental aku yang tengah sakit, stress, keliru. Kejap-kejap aku nangis. Eh, tambah-tambah aku saja gi dengar lagu sentimental. Tambah lagi berjejeh air mata. Takpe2...Jangan risau. Bagi je aku nangis. Sebab kalau aku dah nangis malam ni. esok pasti aku buang sapa-sapa yang buat aku nangis. Buat apa nak simpan duri, sembilu, jarum peniti dalam hati aku kan?

Oh, terguna ganti nama 'aku' pulak dalam entry malam ni. Sorry la dear.. Macam sopan sangat nak guna perkataan 'saya' dalam entry ni.. Hahaha... (eh, tadi nangis. sekarang gelak.. mmg kritikal!)

Tiba-tiba aku rasa nak g panjat bukit! Sebab hari tu aku stress, aku gi seksa diri aku kat Bukit Panorama. Gila penat pon aku paksa diri aku naik. Sambil naik, aku kumpul semua kesedihan aku. Bila aku turun, aku tinggal satu-satu kesedihan aku. Tapi kalu aku naik bukit sama, aku terjumpa balik kesedihan aku. Takpe-takpe, esok aku g cari bukit lain. Tak yah jumpa dah~

Okeyh sekarang ak tengah bantai dark chocolate yang beli last week.. Ceh, tekak tak baik lagi. Ada berani makan coklat!

Ok..batuk dah menyerang. K bai




@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Jumaat, 6 April 2012

Melaka River Cruise

Assalamualaikum dears,

Lepas makan ubat tadi, dah rasa ok sikit demam. Batuk still ada. Mustahil la terus hilang lepas makan ubat kan?? Tadi bosan-bosan, blogwalking la kejap... Blogwalking sampai ke Melaka! hahaha... Blogger ni cerita dia naik river cruise kat Melaka tu... Ouh...jeles!

Tahun lepas g Melaka tak sempat nak naik. Sebab dah naik Taming Sari Tower, jadi masing-masing dah penat. kang kalu saya naik sorang, syok sendiri pulak! Hehe...bajet tahu jalan nak g cruise tu ek??



Bulan Jun ni nak g Melaka. Harap-harap dapat la merasa naik river cruise ni. Amiin~


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Astrid - Tentang Rasa

Astrid – Tentang Rasa


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

P/s: download sendiri la yer lagu ni kalu nak dengar... hahaha... 


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Speed trap summon

Assalamualaikum dears,

Setelah berhari-hari berperang dengan batuk, akhirnya saya mengalah. Saya telah ke klinik UMP untuk mendapatkan rawatan. Ingat nak jumpa doktor Khairul, tapi Dr. Khairul bizi la pulak... Dr. Yunoos je free mase tu. Hari ni saya cakap Malay je dengan Dr. Yunoos... muahaha... Dr. Yunoos ni foreigner. Kita bukan student medic nk speaking dengan dia pon. Dah la tak faham terms medic. (ceh, alasan!!!) Apepon, doktor dah bg ubat demam, ubat selesema, ubat batuk, antibiotik dan lozenge untuk sakit tekak. 

Lepas tu pergi bayar saman speed trap kt post office jaya Gading. Dah alang-alang nak amik duit kat situ jugak. First time kena saman. Rasa macam betul ke tidak boleh bayar kat post office ni? Risau jugak. Dah la lesen P tak habis lagi... muahaha... mahu kene merit macam ni. Ish3x.... Hopefully tak ada apa-apa la lepas ni. Cek balik kat MYEG td pon, dh clear saman tu. Bagus la...cekap buat kerja!

Keluar dari Jaya Gading, patah balik ke Taman Tas sebab nak g tebus bagpack Diadora kat Guardian. Nasib baik ada stok. Hehe...sukanya! Pastu isi minyak kete full siap-siap. Khamis next week nak balik tak yah dah sibuk-sibuk isi minyak..

Key la....mahu tido... ngantuk pulak rasa lepas makan ubat...

zzzzzZZZZZZzzzzzzz


@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Khamis, 5 April 2012

Mind torturing

Ignorance is a nice method to torture someone's emotional.

Thank you for your ignorance!






@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Batuk! Bukan melepaskan batuk di tangga~

Assalamualaikum dears,

Hari-hari buka blog. Dh type sikit, cancel.. type sikit, cancel lagi... Takde mood nk publish...Ade mood bertarung dengan batuk yang tak henti-henti jer. Penat tau batuk~ 

Bile tengah tak sihat ni, mood lain macam la sikit. Over sensitip pon ade.. Nak makan pon kne memilih. Nak tido tak boleh, asyik terjaga sebab batuk. Hari ni breakfast+lunch sekaligus terus...hahaha... Makan biskut cicah air coklat.. Hmmm dapnyer!!! Air tu suam-suam masuk dalam tekak... Best weyh!

Tapi kene tegur oleh kawan tadi. Rupa-rupanya tak boleh minum air milo masa batuk. Sebab milo akan menambahkan kahak dalam tekak. Ouh baru tahu... Dah esok nk breakfast apa pulak? Pening2....

Makan ubat pon macam takde efek. Tak berkurang pon batuk. Ni tengah type entry ni sambil batuk-batuk! Haish... Rase macam berdarah pulak kat dalam tekak ni.. Pernah tak rasa bile korang batuk melampau sangat, dada rasa sakit, perut pon berangin, dalam tekak macam ada bau darah.. Uwekkkk nak muntah sekarang! Sape-sape tengah makan, SORRY!

Plan hari ni nak siapkan abstract untuk hantar ke conference. Tapi tak tahu la...jangan kata nk siapkan abstract, baca jurnal pon rasa nk juling mata. Huhuhu... deadline dah dekat!

STRESSSSSSSSSSSSSSSSS!!!








@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Selasa, 3 April 2012

yeah...makan satay!!!

Assalamualaikum dears,

Ini cerita hari Ahad lepad. Sorry la lambat pulak apdet story ni..

Ahad lepas saya masak tomyam untuk seisi ahli apartmen. Cewah...ayat nak kelas. Apartment beb! Tak tahu la sedap ke idok nye... tp yang pasti habis... Hahaha...sebab semua orang kelaparan. Lebih2 lagi restoran kat sini semua tutup. Buka malam jer.

sudu erin nk jugak interprem kat sini... 

haha sorry la yer. gambar kurang menggoda sebab tak ada mangkuk kaler putih style hotel ibarat Dr. F selalu cakap. Saya duk kt hostel jer..Nanti dh ade dapur sendiri, sume sy hias lawo2 okeyh!

Malam tu, DC ajak makan di Satay Zul cawangan ECM (eyh suka suki je buat nama cawangan sendiri). Sebab berdekatan dengan ECM so cawangan ECM je la...senang nk cari. DC nak belanja. Lupa pula sempena apa. Anyway thank u DC. I lebiu.......!!!

Nasi impit x sempat sampai....satay ayam dh hampir habis

Semangatnya!!

Maknae wat gaya comey ke???

Sebelum makan...

Satay Daging

Gambar owner blog xde sebab owner blog segan nk capture gambau sendiri.. tapi ade dalam Galaxy Tab kak Anne. terlupa pula nak amik dari dia.

Selamat makan semua!









@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

To my dearest 'sahabat maya'

Assamualaikum dears,


Sahabat saya di alam maya super duper bizi...dh dua hari tak bersembang dengan dia. Rindu pulak.... Hihihi...


Dia cakap dia mmg bizi skrg. Dia reply pon sepatah dua kata jer....


Untuk my friend,

Sy x thu ape yg mengganggu diri awak smpai emosi awak x stabil..ape pon, sy doakan awak sentiasa tenang dan sabar. Semoga Allah mudahkan jalan untuk awak....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kritikal

Rasanya tak sampai 48 jam lagi tak berkomunikasi dengan seseorang, tapi rasa macam dah 48 tahun...

Kritikal..kritikal


Sekali tengok, macam kucing... dua kali tengok ntah la....chipsmunk ke??














@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Isnin, 2 April 2012

Kalau rindu, tandanya sayang

Pepatah lama mengatakan...

Tak kenal maka tak cinta





Ni nak buat pepatah baru pulak...sambungan dari pepatah lama

Tak kenal maka tak cinta,
Kalau cinta maknanya sayang,
Kalau sayang maknanya akan rindu....




Wakakaka....boleh masuk kamus DBP tak ni??? Hihihi


Mode: kebosanan di makmal~



@>----- Thanks for reading this entry!! (*_^)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal