Doaku buat abah | Belle of Paradise


Pengikut

Isnin, 25 Julai 2011

Doaku buat abah

Assalamualaikum dears,


Hari ni hari lahir abah yg ke 51. Selamat Hari Lahir abah.. Semoga Abah sentiasa sihat dan diberkati Allah S.W.T


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillahirabbilalamin
Syukur ku panjatkan ke hadratMu
Kerana masih meminjamkan abahku buatku dan keluargaku

Ya Allah, Ya Rahman
Kau berkatilah usia abah
Usia yang sudah berlalu, dan yang mendatang
Kasihilah abahku seperti mana beliau mengasihiku sewaktu aku kecil sehinggalah dewasa

Ya Allah, Ya Rahim
Kau murahkanlah rezeki abahku untuk menyara keluarga kami
Bukakanlah pintu rezeki yang ada di langit dan di bumi
Kau berilah beliau kesihatan yang baik
Jauhkanlah beliau dari sebarang penyakit

Ya Allah Ya Rabbul Izzati
Lindungilah abahku dalam rahmatMu
Jauhkanlah beliau dari kesusahan hidup di dunia dan di akhirat
Jadikanlah beliau orang yang sentiasa beriman dan bertaqwa denganMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Selamatkanlah abahku dari azab api neraka
Hanya kepadaMu aku memohon dan meminta pertolongan


Buat abah,


Zaa minta maaf atas segala kesilapan zaa dari kecil sehinggalah sekarang. Terima kasih abah kerana membesarkan anakmu ini dengan cukup sempurna. Sayang abah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave ur comments wisely =)

Click-click

Copyright©All rights reserved to Zaidatul Akmal